Wednesday, 22 May 2013

Santai di Chalet Lexis Port Dickson

Ni entry lama, tentang trip ke Grand Lexis Port Dickson sempena company punyer family day. We call it teambuilding, sbb dia bukan family day have fun je.. Hari Sabtu. the whole day kami ada workshop...so our plus ones dok la lepak atau jalan2 ikut suka. Hubby took care of little Aisyah, so melalak2 la cik Aisyah tu..

Sebenarnya semua orang sepatutnya dapat Grand Lexis..teruja tu..sbb chalet dia semua ada indoor swimming pool.. Konsep tempat ni is chalet atas laut. Tapi ntah camne silapnya organizer kata tak cukup bilik, sbb ada company lain amik (company "P"). Sedihnyaaa..and ramai yang terkilan tak dapat.. So they moved us to Lexis Port Dickson (takde Grand huhu). Bilik dia takde swimming pool indoor.

I ni memang spesis suka amik gambar bilik hotel..

King sized bed. Kepala katil dia buat screen yang extend sampai ke siling..jadi cam ala2 kelambu (kain organza?) kat atas katil ni 

Pemandangan dari balcony chalet.. kalau kat Grand Lexis (yg ada indoor swimming pool), my friend cakap ada jenis chalet yang swimming pool dia kat dalam and tak nampak..ada yg jenis nampak dari chalet orang lain (camtu tak berapa nak privacy lah kan)

View dari bilik..tu dia punya almari. Sebelah almari is meja tv

Layout agak pelik, sebab..sebelah toilet ni kan..is the pintu masuk.. Masuk toilet tu baru masuk itu bilik. Tengok bathtub dia woohoo besar weh..boleh jadi selling point ini chalet..never seen bathtub besar camni lagi kalau dok hotel :)

Ada satu tingkap untuk tengok laut kat bawah, ni depan toilet. Tapi err..nak tengok apa kat PD waters? Murky sea la..takde nye nak biru2 hijau cam dalam website tu..tipu je tuh 

Self explanatory

Shower dia special, sbb lighting dia daripada sunlight. Kat bumbung shower ni ada satu tingkap, yang boleh bukak..so kau mandi boleh bukak ini tingkap untuk sun tan kan? Ataupun shower air hujan..

All in all, tempat ni ok la..probably one yang worth it punya residence kalau nak datang Port Dickson. Tapi kat sini takde beach ye..kalau nak yang hotel beach, sini bukan tempatnya. (Beach PD OK lagi ke??)

Lepas hari Sabtu workshop tuh, Ahad is the hari berfamily day.. kami ada telematch, pastu free activity. Each family member will get a ticket to 3 games around the chalet..pilih la antara archery, Wii, biking, ATV, tak ingat dah apa lagi.. we chose archery 2 round.. pastu main Wii satu round. 2 ticket x 3 games x 2 orang.. 

Best part was, I won a lucky draw.. menang RM 300 voucher giant...yeay!

Tuesday, 21 May 2013

Bas dari KL ke Temerloh

Agak lama jugak berikhtiar untuk carik tiket bas dari KL ke Temerloh, dah beberapa bulan dah. Tapi tak pernah dapat2..

First attempt: petang lepas pegi keje, pegi ke LRT Bandar Tasik Selatan, parking kat situ..jalan punya jauh melalui construction site (kat situ kan tengah nak buat parking bertingkat)..then it hit me, bila tengok kaunter2 tiket..yang TBS is a TBS.. Terminal Bersepadu SELATAN. Adoii..buang masa betul

Second attempt: Keluar office time lunch time, bawak kereta, set GPS kat Google Maps untuk ke Hentian Putra near PWTC. Pusing punya pusing, tak jumpa pun bangunan dia..parking pun tak jumpa. (I tak recognize sbnrnye bangunan Hentian Putra). Sesat sampai ke Chow Kit, Jln Masjid Jamek.. pulang ke office dgn perasaan hampa.

Dalam kedua2 cubaan tu, in the end Hubby cakap he will come and pick me up, and kitorang pergi ke Temerloh.. I will only go to Temerloh if Hubby works during weekends. Or else I duduk kat KL je.

My third attempt was Jumaat haritu. My penyelamat was my mum.. I was almost nak pergi ke Hentian Putra (dengan harapan tak sesat lagi), untuk carik tiket bas. Tapi Mama sms kata, untuk ke Temerloh, dia tanya dengan ejen bas Transnasional dekat my place, ialah kat Jalan Pekeliling..bukan Hentian Putra.

Bermulalah episod petang Jumaat mencarik tiket kat Jalan Pekeliling..dah la sesat lagi! Lately ni memang I takde cash dalam tangan, jadi pada hari Jumaat lepas cuma bawak handphone, IC dengan ATM/debit card je..dengan harapan boleh withdraw dekat stesen bas tu..

Tapi hampanya bila tengok rupanya ini bukan stesen bas..it's just a small hentian bas. ATM memang sah2 la takde..operator2 bas pun sah2 la tak terima kad debit kan. (I ni mmg pengguna kad debit yang kerap..kad debit, bukan kredit). Pusing punya pusing..gosh, that area is a miserable place.. Lepas tu pusing sampai 2 kali, at last jumpa Ambank. Dapat la withdraw duit. Parking jangan cakap la..mmg parking haram, berlari2 cari tiket, dengan harapan takde DBKL saman.

Apa yang saya perasan, Jalan Pekeliling punya hentian bas ni memang dedicated untuk destinasi Pahang (myb ada destination lain, tapi tak perasan..maybe Kelantan/Tganu ada jugak kot). Raub, Kuala Lipis, Bentong, even Genting pun ada.

Ada tiga bas yang pergi ke Temerloh:

1. Bulan Restu. Last bus pukul 6 pm. Ada bas yang seat arrangement 1 seat je (tak sambung dgn orang lain - sesuai utk traveler solo dgn baby yang breastfeeding cam ai)

2. KL-Temerloh Express. Last bus 6 pm jugak. Rasanya ada arrangement 1 seat jugak

3. Metrobus. Last bus 8 pm.

Saya amik Metrobus sbb nak balik malam tu jugak ke Temerloh, and I can't make it at 6 pm sebab masih keje sampai pukul 4 pm.

Harga? RM 11.30!! I was so surprised coz it is so cheap! I even thought of making bus travelling an option daripada naik kereta.


After having travelled by bus for the first time with my little Aisyah yang dah nak hampir setahun, I learnt a few things:

1. Pack lightly. Ensure you have a sturdy bag..seboleh2nya pakai small trolley bag daripada beg sandang atau beg sangkut tepi to prevent spillage, mess..etc. Yang ni I memang adhered to..pass!

2. Travel at night by public transport can be good too. Walaupun risau travel malam2 dgn bus, tapi one good thing is senang nak breastfeeding. Passenger pun ramai rasa nak tido je..jadi boleh bfeed senang hati

3. Choose one seater punya seat..cam bas Bulan Restu atau KL-Temerloh express. Pros dia sebab privacy sket takde orang kat sebelah kita..selesa nak bfeed.. cons dia kalau guna satu seater ni ialah takleh nak stretch kaki. Aku ni memang suka kaki mulala nak mengangkat atas seat bagai..bersila..menyimpuh.. dari bujang sampai skarang

Malam Jumaat haritu travel, kebetulan ada pakcik duduk sebelah aku (konsep bas ni ialah tiket ada nombor seat). Tapi pakcik tu baik, dia usha2 tempat lain..pastu dia duduk tempat lain. Walaupun waktu beli tiket tu, operator tu kata bas ni penuh (I orang last yg beli), tapi alhamdulillah surprisingly banyak lagi yg kosong..dont know why. Orang tak jadi naik bas kot.

4. Pack his/her favourite video and pack some food (of course)
Kalau malam, bawak buku tak practical..so smartphone u tu, cam biasa aa..donwload la video2 yang dia suka. I biasa bukak youtube je (sbb hp dah smart, tuannya belum smart lg camne nak download)..but I realized that, when you are in the middle of highway, high chances that there is no reception..so tiba2 your child throw tantrum, video teletubby takde utk jadi penyelamat..

So sapa2 yang nak naik bas ke Pahang:
1. Jalan Pekeliling, bukan Hentian Putra atau TBS (duhh)
2. Bawak duit siap2...ATM di situ tiada ye
3. Parking is scarce, jadi bersedia la parking jauh sket..or senang naik LRT (stesen LRT Titiwangsa kat sebelah je)
4. Duit kecik untuk bayar parking
5. Jangan sesat. Jalan Pekeliling is now divided by two sebab ada Jalan Tun Razak kat tengah2..hari Jumaat tu aku sesat sampai ke depan saf orang semayang Jumaat (orang semayang Jumaat atas jalan,sambungan daripada masjid). Gila hape!



Monday, 20 May 2013

Puree Ayam Nasik for my baby


Memang ngaku selalunya makanan untuk my little Aisyah ialah yang beli dalam paket..contohnya Heinz yang dalam botol, Farley's Rusks atau Nestle Cerelac. Bila time weekend je selalunya gigih buat puree untuk dia. Itupun ada weekend yang termiss, especially time weekend yang asik kuar berjalan je..Heinz lagi la.

Dulu masa umur dia dalam 7-11 bulan gitu, suka buat kan dia puree nasik + ayam + carrot ni. Mama yang selalu buatkan (dia jaga Aisyah when I go to work)..


Mula2 potong2 ayam isi, dan rebus.. carrot potong kecik2.. pastu amik nasik yg dah masak.. 

Campur air dan blend. Banyak mana air bergantung kalau nak cair ataupun taknak cair sangat.. the older my Aisyah is, the lesser cair I buat.. 

Lepas dah blend, masakkan lagi sikit, to ensure carrot masak dan bahan lain hilang bakteria.. Done!

Now little Aisyah does not like the Rusks or Cerelac anymore (byk lg stok takde org mkn huhu). We feed her the food that we eat jugak..nasik, lauk etc..cuma jangan pedas je. 

Sunday, 19 May 2013

Pilih Peti Sejuk / Peti Ais

Sejak berkahwin, banyak jugak barang yang dah dibeli.. kecuali peti sejuk..sebab waktu kat rumah sewa, rumah dah fully furnished..walaupun gitu kitorang beli barang2 sendiri, cth sofa, katil, tv, meja makan..cuma peti sejuk belum beli.

Teruja sampai bosan pulak asyik survey peti sejuk je setiap kali shopping. Prinsip kami, beli peti sejuk biarlah yang besar terus. Of course yang good quality.Takpe la mahal sket asalkan boleh tahan lama dan tak perlu fikir nak upgrade. Cuba u bayangkan kat mana nak dispose peti sejuk lama kalau nak beli baru..? Last2 nyemak je dalam rumah kannn..tak kuasa ah.

Banyak jugak jenis peti sejuk kat market ni..Ni satu contoh.. korang perasan tak yang ni ada 2 door, door freezer dia belah kiri dia..pastu siap ada dispenser air sejuk. Dispenser air sejuk ni elegant nye, I am contemplating nak ke tak nak jenis yang ada dispenser..I rasa kan, last2 I tak topup pun air dalam ni..huhu.


Bawah ni gambar interior peti sejuk jenis camni.. rasanya bukan peti sejuk yang sama tapi konsep similar.. Cuba tengok bahagian freezer ni, nampak stylo gile (bukan sume orang ada peti sejuk jenis camni kan), tapi practicality wise, I don't think it's top notch.. Macam mana ntah I ada perasaan bahagian freezer dia kecik walaupun ada banyak rak.. cuba ko bayangkan ko beli ikan siakap besar punya, camne nak sumbat dalam freezer dainty bagai ni? Lagi satu, apa fungsi tempat letak botol ni? Takkan la beli 100 Plus nak letak dalam freezer kan? Last2 tempat ni akan jadi tempat letak frozen vege, burger dengan hot dog.. Tak minat sangat la.. Lagi satu, lebih penat nak maintain/cuci. Cantik memang la cantik..


Yang ni freezer brand lain, konsep peti sejuk yang typical.. I plan nak beli yang ada built in ice twist cam kat bawah ni..tu penting, sebab more hygienic.. takkan ais nak expose takde penutup, letak sebelah ikan daging.. tak best la kan..


Yang ni freezer jugak. Banyak nye laci oi..yang ni I rasa lebih jimat letrik kah? Anyway, I am not so interested in this either sebab makan space (berbalik kepada senario ikan siakap tadi) and susah nak cuci.


Finally, yang ni freezer type yang macam laci. Tak ingat brand apa..


 Ni interior peti sejuk drawer type tu.. concept dia best, size besar, and kau humban la segala apa barang dalam freezer ni. I would love to have an organized fridge/freezer tapi kemungkinan akan jadi kurang berdisplin kalau freezer camni (ceh alasan). So I have to beware..so far jenis macam ni I minat. Dia ada 2 compartment, so boleh la asingkan..satu bhgn ikan/daging/ayam, satu lagi aiskrim/nugget etc.. Yang tak best pasal freezer ni ialah cuba tengok bhgn kiri atas gambar ni, dia ada dua compartment kecik..rasanya compartment ais dengan nak letak barang2 kecik..the downside is I think compartment tu kecik sgt dan susah untuk dicapai. Ice twist takde but u have a small but dedicated ice compartment..


So sekarang masih lagi contemplating..but we are not in a rush..lmbt lg pindah rumah baru

Part 5: Visa Interview US Visa (Malaysia)


Kalau berminat, sila la baca link2 yang kat bawah ni:
Buat US Visa for Malaysians Part 1
Buat US Visa for Malaysians Part 2
Part 3: US Visa untuk Kanak-Kanak
Part 4: Specification gambar passport dan US visa
Part 5: Visa Interview US Visa (Malaysia)

Ni yang last sekali pengalaman amik US visa. Panjangnya cite aku nih..

Lepas dah schedule interview, datang la at least 20 mins before.. kat depan guard US embassy tu, akan ada dua barisan. Satu row ialah untuk orang yang dah dapat visitor pass ie pass hijau. Satu lagi yang belum dapat pass. Jangan risau kalau u datang tapi dah nak dekat dengan interview time. Contohnya kalau u punya interview pukul 8.20 am, guard tu akan jerit u punya interview time, be alert and u boleh potong queue.. Selalunya kalau orang tu interview slot dia lambat lagi, dia akan duduk dulu, kat situ ada beberapa bangku.

Kalau nak amik visitor pass hijau tu, kena kasik appointment slip (print lepas isi borang DS-160), dan tunjuk IC. Surrender barang2 elektronik untuk disimpan..so takyah la bawak banyak barang..laptop segala. Even charger dengan I punya USB wire pun kene simpan kat guard.

Lepas tu masuk daloam queue nombor 2, sampai la giliran anda. Guard will release you into the pintu one person at a time..dia akan bukakkan pintu besi untuk masuk ke dalam bangunan.

Dalam bangunan dia yang besar itu, tunggu la giliran anda. Tanya je ada pak guard kat dalam tu kalau tak sure nak pegi mana. Ada dua bilik menunggu kat situ..

Typically akan kena panggil 3 kali. Yang pertama kali..hmm..actually yang first tu tak ingat untuk apa..hehe..rasanya untuk kasik passport dengan borang DS-160 kot. Pastu dia suruh duduk balik.

Yang kali kedua, kaunter lain pulak.. yang ni untuk cap jari. Semua sepuluh jari dia suruh cap! Masa menunggu tu ada video demo camne nak bagi cap jari tu. It's electronic so don't worry, no smudge ataupun indelible ink hoho

Kali ketiga, baru la interview session dia. Walaupun u bawak segala macam documentation..macam I bawak slip gaji 3 bulan, flight ticket, bank statement 3 bulan..tapi dia tak mintak itu sume, yang dia mintak ialah benda yang I takde!

1. Mula2 dia tanya I company mana..biasanya kalau company I diorang OK je sebab company US la kan..
2. Pastu dia tanya I buat apa kat US.. I said for training.
3. How long? I kata la 2 weeks..
4. Pastu dia mintak describe sket training tu pasal apa
4. Then she asked me to produce her my training schedule. I pun dengan confident nye kasik satu kertas yang mengandungi start date dengan end date of my training...

 Dia kata "that's not what I wanted" and she explained that she wanted training schedule, yang menunjukkan apa yang I buat tiap2 hari..that is to confirm yang I datang sana untuk training dan bukan untuk keje ke apa.. tersentap aku.. Takde la pulak orang suruh I bawak bende gitu. Not that I have it handy dalam laptop kat ofis ke apa..kalau nak pun kene mintak dengan orang organizer kat US sana la.. So bila I dah ter stumble dan fumbling2 gitu, dia pun cakap dengan nada cam warning.. dia kata.. "I'll let you off this time, but I will not do it again later (for another person la). Make sure you tell your HR or your boss about this requirement"

Maka aku pun akhirnya dapat la US visa confirmation card..fuhh.. Aku balik and bagitau my boss tapi dia cam tak amik port sangat je apa aku cakap. Dia kata sebab maybe aku tak bawak surat confirmation from HR (aku ngaku aku tak bawak tu, sebab tak tanya dengan kawan2 dulu..). Surat confirmation tu mengatakan yang I am an employee from Company X and will be going for training pada date sekian2 dan semua kos ditanggung oleh company. Bos cakap sebab aku takde surat tu...tapi aku rasa it is more than that surat..but ntoh la ye..

Turns out a few weeks after that, my friend pun ada problem pasal tak dapat US visa..sbb tak cukup document..myb I ask him apa problem dia..

Ok la dah ler tu penat aku dah cite pasal US visa ni..plan trip nye tak buat2 lagi.. huhu.

Saturday, 18 May 2013

Makan di Gobo Chit Chat Traders Hotel KL

Akhirnya selesai training selama 2 minggu, training yg buat dekat bangunan ofis jugak. Selama 2 minggu tu la tak pernah belanja untuk makan langsung! The organizer was feeling slightly generous this time..sbb selalunya kalau in-house training lama2 gini, mkn free hanya setiap hari Rabu...

Jadi kami memang patronage tetap Gobo Chit Chat kat Teaders Hotel for that whole 2 weeks. To me, makanan dia best n has an extensive range. Much better than 10-on-Call KL Convention Centre yg dekat situ.

Staff dia friendly, sampai to the point yang u sampioa kat lobby, dia nampak muka u (dah tau dah muka pegi Gobo Chit Chat), tekan lift untuk naik, jemput u masuk lift, bawakkan sampai atas, and persilakan u keluar lif. Agak annoyed gak aa (in a weird way, agak rasa annoyed haha), takde la tiap hari, dalam 1-2 hari je camtu.

Anyway, nak share makanan dia yang ada. Ada suratkhabar kata, amik gambar makanan ni simptom orang sakit mental. Wtf??

Bahagian seafood. Ada sushi, byk jenis tempura, udang galah etc. 

Ni bahagian mee. Ada pelbagai jenis mee yang ada, from bihun, to mee kuning, kuetiaw, maggi pun ada. Condiments dia pun ada banyak setiap hari tak .. Sup mee ada sup ayam, kari dengan udang 
Ni bahagian main course. Ada dua row main course, makanan dia memang selalu tukar2 tiap hari..for the whole 2 weeks ada 2-3 je makanan yang recycle. Antara my favourite ialah ikan dory dengan ayam masala..yumm!
Bahagian appetizer. Yang ni byk recycle jugak.. selalunya ada keropok lekor, pizza, bolognese pie. shepherd pie, sotong goreng..


Aiskrim section dgn other dessert..ada kek, marcapone, macaroons..choice dia byk!  Sometimes ada chinese pancake, apple pie, pisang goreng
Dessert lagi. Ada chocolate fountain, marshmallow, dried fruits..yang ni tak tukar2 same je..
Yang tak amik gambar ialah bahagian sate..dengan satu lagi row main course.

Dia kasik minuman complimentary satu gelas. Kalau nak air refill, kena bayar lebih..kalau taknak bayar lebih, air kosong je la.. Harga buffet tak tau aa..mungkin dalam RM 80-100 jugak kot, ntah ler..tapi dengar2 kalau corporate rate dapat RM 58..




Monday, 13 May 2013

Pullman Hotel Putrajaya

Blogging about my visit to Pullman Hotel, Putrajaya last January. Company had an Away Day..basically agenda was ada sharing of safety credo for the year and teambuilding. Tu untuk session siang.

Malam pulak we had a dinner with costumes.. The theme was "Dreams", basically about what you dreamt of becoming. Quite a lot of ppl came dressed as snow white la, batman, pocahontas.. Me? I takde keje nk menyewa costume beratus2.. Kat the weld bukit bintang or kat plaza sentral adalah tmpt biasa kitorang menyewa costume.. Plg murah pun baju dlm RM 120 gitu.. Tak kuasa ah.

I just borrowed my sister nyer lab coat, pastu my husband nyer stetoscope dgn name tag. Tadaa.. Jadilah seorg doctor.. That was basically my childhood dream job kan, tapi bersyukur la sangat tak jadi doktor..I would lead a miserable life.


Pullman Putrajaya was a nice hotel.. concept was nice sbb its an open hotel concept. Takde la cam gelap dlm bangunan.. Tp nak pegi satu blok ke blok lain jenuh sket la nk berjalan.

Bila bas berenti kan dekat depan entrance (without having to go to the parking lot), the hotel view was beautiful.. rasa cam kat China or Japan or somethin.. Tengok tangga dengan konsep bangunan dia..







I brought my mum n daughter. Kalau tak bawak my daughter, ni la first time I akan berjauhan dengan dia. Tak sanggup la.. lagipun dekat je. Alkisahnya, mula2 receptionist tersilap kasik bilik yg dah ada org duduk. Bila nak bukak kunci bilik tu, tak boleh. Panggil bellboy tolong bukakkan, rupanya bilik tu ada orang kat dalam. Tunggu punya tunggu, I dah dapat kunci baru..I rasa dia dah upgrade my room (even though they did not tell), sebab bilik dia besar! Rasa cam executive suite kot.

Ni bahagian depan kanan bilik..sebelah tv
View dari pintu masuk
Pandangan katil dan tv
Shower, ada cermin besar dengan mirror punya sill lagi..terbaik

Bathtub..sayangnya tak dapat digunakan.
Bidet. Tak paham aa kegunaan bidet ni kat negara cam Malaysia
View shower punya cubicle dengan toilet. Pintu2 tu tak boleh kunci, boleh tutup je 


Bathtub yang nampak elegant

Pullman ni sesuai untuk company event sebab tak ramai tourists.. mostly yang datang sini pun adalah company staffs dengan diplomats.. Tempat spa dia pun cam nice. Ada sauna berbayar dengan sauna free. Kalau nak datang for vacation, maybe orang yang jauh2 jelah..but putrajaya can be completed in less than half a day. 

Satu yang tak best pasal tempat ni ialah makanan.