Tuesday, 21 May 2013

Bas dari KL ke Temerloh

Tuesday, 21 May 2013
Agak lama jugak berikhtiar untuk carik tiket bas dari KL ke Temerloh, dah beberapa bulan dah. Tapi tak pernah dapat2..

First attempt: petang lepas pegi keje, pegi ke LRT Bandar Tasik Selatan, parking kat situ..jalan punya jauh melalui construction site (kat situ kan tengah nak buat parking bertingkat)..then it hit me, bila tengok kaunter2 tiket..yang TBS is a TBS.. Terminal Bersepadu SELATAN. Adoii..buang masa betul

Second attempt: Keluar office time lunch time, bawak kereta, set GPS kat Google Maps untuk ke Hentian Putra near PWTC. Pusing punya pusing, tak jumpa pun bangunan dia..parking pun tak jumpa. (I tak recognize sbnrnye bangunan Hentian Putra). Sesat sampai ke Chow Kit, Jln Masjid Jamek.. pulang ke office dgn perasaan hampa.

Dalam kedua2 cubaan tu, in the end Hubby cakap he will come and pick me up, and kitorang pergi ke Temerloh.. I will only go to Temerloh if Hubby works during weekends. Or else I duduk kat KL je.

My third attempt was Jumaat haritu. My penyelamat was my mum.. I was almost nak pergi ke Hentian Putra (dengan harapan tak sesat lagi), untuk carik tiket bas. Tapi Mama sms kata, untuk ke Temerloh, dia tanya dengan ejen bas Transnasional dekat my place, ialah kat Jalan Pekeliling..bukan Hentian Putra.

Bermulalah episod petang Jumaat mencarik tiket kat Jalan Pekeliling..dah la sesat lagi! Lately ni memang I takde cash dalam tangan, jadi pada hari Jumaat lepas cuma bawak handphone, IC dengan ATM/debit card je..dengan harapan boleh withdraw dekat stesen bas tu..

Tapi hampanya bila tengok rupanya ini bukan stesen bas..it's just a small hentian bas. ATM memang sah2 la takde..operator2 bas pun sah2 la tak terima kad debit kan. (I ni mmg pengguna kad debit yang kerap..kad debit, bukan kredit). Pusing punya pusing..gosh, that area is a miserable place.. Lepas tu pusing sampai 2 kali, at last jumpa Ambank. Dapat la withdraw duit. Parking jangan cakap la..mmg parking haram, berlari2 cari tiket, dengan harapan takde DBKL saman.

Apa yang saya perasan, Jalan Pekeliling punya hentian bas ni memang dedicated untuk destinasi Pahang (myb ada destination lain, tapi tak perasan..maybe Kelantan/Tganu ada jugak kot). Raub, Kuala Lipis, Bentong, even Genting pun ada.

Ada tiga bas yang pergi ke Temerloh:

1. Bulan Restu. Last bus pukul 6 pm. Ada bas yang seat arrangement 1 seat je (tak sambung dgn orang lain - sesuai utk traveler solo dgn baby yang breastfeeding cam ai)

2. KL-Temerloh Express. Last bus 6 pm jugak. Rasanya ada arrangement 1 seat jugak

3. Metrobus. Last bus 8 pm.

Saya amik Metrobus sbb nak balik malam tu jugak ke Temerloh, and I can't make it at 6 pm sebab masih keje sampai pukul 4 pm.

Harga? RM 11.30!! I was so surprised coz it is so cheap! I even thought of making bus travelling an option daripada naik kereta.


After having travelled by bus for the first time with my little Aisyah yang dah nak hampir setahun, I learnt a few things:

1. Pack lightly. Ensure you have a sturdy bag..seboleh2nya pakai small trolley bag daripada beg sandang atau beg sangkut tepi to prevent spillage, mess..etc. Yang ni I memang adhered to..pass!

2. Travel at night by public transport can be good too. Walaupun risau travel malam2 dgn bus, tapi one good thing is senang nak breastfeeding. Passenger pun ramai rasa nak tido je..jadi boleh bfeed senang hati

3. Choose one seater punya seat..cam bas Bulan Restu atau KL-Temerloh express. Pros dia sebab privacy sket takde orang kat sebelah kita..selesa nak bfeed.. cons dia kalau guna satu seater ni ialah takleh nak stretch kaki. Aku ni memang suka kaki mulala nak mengangkat atas seat bagai..bersila..menyimpuh.. dari bujang sampai skarang

Malam Jumaat haritu travel, kebetulan ada pakcik duduk sebelah aku (konsep bas ni ialah tiket ada nombor seat). Tapi pakcik tu baik, dia usha2 tempat lain..pastu dia duduk tempat lain. Walaupun waktu beli tiket tu, operator tu kata bas ni penuh (I orang last yg beli), tapi alhamdulillah surprisingly banyak lagi yg kosong..dont know why. Orang tak jadi naik bas kot.

4. Pack his/her favourite video and pack some food (of course)
Kalau malam, bawak buku tak practical..so smartphone u tu, cam biasa aa..donwload la video2 yang dia suka. I biasa bukak youtube je (sbb hp dah smart, tuannya belum smart lg camne nak download)..but I realized that, when you are in the middle of highway, high chances that there is no reception..so tiba2 your child throw tantrum, video teletubby takde utk jadi penyelamat..

So sapa2 yang nak naik bas ke Pahang:
1. Jalan Pekeliling, bukan Hentian Putra atau TBS (duhh)
2. Bawak duit siap2...ATM di situ tiada ye
3. Parking is scarce, jadi bersedia la parking jauh sket..or senang naik LRT (stesen LRT Titiwangsa kat sebelah je)
4. Duit kecik untuk bayar parking
5. Jangan sesat. Jalan Pekeliling is now divided by two sebab ada Jalan Tun Razak kat tengah2..hari Jumaat tu aku sesat sampai ke depan saf orang semayang Jumaat (orang semayang Jumaat atas
ifjalan,sambungan daripada masjid). Gila hape!
P/s: If you found this entry useful, could you do me a faavour and Click the .+1 button below? Tq!! ;) T


4 comments:

  1. wahh . so challenging . why not u tanya orang sekeliling ? takkan tade yang tahu ? btw, nice experience!

    ReplyDelete
  2. Sbb time tu dlm kete kan, susah nk tanya2..tp kat masjid lepas org abis solat jumaat tu ada tny sorg tu kat mana jln pekeliling :)

    ReplyDelete
  3. kak, i nak tanya, kalau nak balik dari temerloh to KL, macam mana? thanks ya =)

    ReplyDelete
  4. Pegi kat hentian bas nama terminal utama, di jln sudirman. Google nnt boleh dpt num phone.. Dlm terminal ni ada the store..kecik je terminal bas ni

    ReplyDelete

~Embracing Mommyhood~ © 2014