nurinkhairi: Menginap di Chalet Lexis Port Dickson

22 May 2013

Menginap di Chalet Lexis Port Dickson

22 May 2013
Ni entry lama, tentang trip ke Grand Lexis Port Dickson sempena company punyer family day. We call it teambuilding, sbb dia bukan family day have fun je.. Hari Sabtu. the whole day kami ada workshop...so our plus ones dok la lepak atau jalan2 ikut suka. Hubby took care of little Aisyah, so melalak2 la cik Aisyah tu..

Sebenarnya semua orang sepatutnya dapat Grand Lexis..teruja tu..sbb chalet dia semua ada indoor swimming pool.. Konsep tempat ni is chalet atas laut. Tapi ntah camne silapnya organizer kata tak cukup bilik, sbb ada company lain amik (company "P"). Sedihnyaaa..and ramai yang terkilan tak dapat.. So they moved us to Lexis Port Dickson (takde Grand huhu). Bilik dia takde swimming pool indoor.

I ni memang spesis suka amik gambar bilik hotel..

King sized bed. Kepala katil dia buat screen yang extend sampai ke siling..jadi cam ala2 kelambu (kain organza?) kat atas katil ni 

Pemandangan dari balcony chalet.. kalau kat Grand Lexis (yg ada indoor swimming pool), my friend cakap ada jenis chalet yang swimming pool dia kat dalam and tak nampak..ada yg jenis nampak dari chalet orang lain (camtu tak berapa nak privacy lah kan)

View dari bilik..tu dia punya almari. Sebelah almari is meja tv

Layout agak pelik, sebab..sebelah toilet ni kan..is the pintu masuk.. Masuk toilet tu baru masuk itu bilik. Tengok bathtub dia woohoo besar weh..boleh jadi selling point ini chalet..never seen bathtub besar camni lagi kalau dok hotel :)

Ada satu tingkap untuk tengok laut kat bawah, ni depan toilet. Tapi err..nak tengok apa kat PD waters? Murky sea la..takde nye nak biru2 hijau cam dalam website tu..tipu je tuh 

Self explanatory

Shower dia special, sbb lighting dia daripada sunlight. Kat bumbung shower ni ada satu tingkap, yang boleh bukak..so kau mandi boleh bukak ini tingkap untuk sun tan kan? Ataupun shower air hujan..

All in all, tempat ni ok la..probably one yang worth it punya residence kalau nak datang Port Dickson. Tapi kat sini takde beach ye..kalau nak yang hotel beach, sini bukan tempatnya. (Beach PD OK lagi ke??)

Lepas hari Sabtu workshop tuh, Ahad is the hari berfamily day.. kami ada telematch, pastu free activity. Each family member will get a ticket to 3 games around the chalet..pilih la antara archery, Wii, biking, ATV, tak ingat dah apa lagi.. we chose archery 2 round.. pastu main Wii satu round. 2 ticket x 3 games x 2 orang.. 

Best part was, I won a lucky draw.. menang RM 300 voucher giant...yeay!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...