nurinkhairi: Beg Luggage Samsonite Yang Murah

08 July 2013

Beg Luggage Samsonite Yang Murah

08 July 2013
Tunggu masa sesuai nak post entry2 cuti2 US dan UK.. (kami singgah UK jugak 4 hari). Sambil tu kebetulan ada gambar ni dalam phone tentang luggage beg yang baru dibeli..relatively baru. Beli tahun lepas semata2 untuk trip US. Beg Beverly Hills warna purple. Pernah tulis dalam entry lepas.
Masa di US, Hubby perasan kat bawah salah satu tayar belakang dia dah retak. Tayarnya masuk ke dalam, dan the tayar kira useless dah lah.




Ini salah satu keburukan beli hard shell luggage bag. Pernah tengok youtube tentang zip luggage bag senang2 je boleh bukak, making tampering really easy? Menakutkan.. Itu keburukan luggage berzip pula.
Setelah difikir2 semasa kat US tempoh hari, akhirnya kami beli satu lagi beg, memandangkan masih ada baggage allowance dan memang dah jangka hasil shopping yang agak banyak.
Hasilnya..beg Samsonite hitam soft shell yang murah bersaiz 29".. harganya lepas tax ialah 92 dollar.. kurang daripada RM 300. Kalau kat Malaysia, harganya dalam RM 700 - 1000. Begnya cukup besar dan surprisingly, kedalaman beg tu memang dalam..berbeza daripada my hard shell punya bag and Hubby's.




Kena beli di kedai harga murah seperti Ross cam dalam gambar ni, kalau tak, mahal jugak. Ada banyak compartment dan expandable feature.




Siap ada compartment yang kalis air..




Dalam beg..




Ada 10 year warranty lagi. I am convinced that this luggage bag and I will go a long way.. Dah serik beli hard shell luggage bag..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...