nurinkhairi: Kenangan di Houstonian Hotel , Club and Spa

17 July 2013

Kenangan di Houstonian Hotel , Club and Spa

17 July 2013
Warning: Entry ni banyak gambar

Selama 13 hari 12 malam kami duduk kat Houstonian Hotel, Club and Spa nama penuh dia.. seronok jugak kat sana walaupun agak jauh, dalam 15 minit untuk ke training centre. Ada banyak lagi hotel yang lebih dekat untuk ke training centre. Tapi perhaps the two reasons kenapa saya rasa tak perlu tukar hotel ialah kerana:

1. Set mandian dia ialah set L'occitane! Memang dah tau sejak dari Malaysia lagi, jadi memang saya dah siap beli shower gel and pek syampu cukup2 untuk 2 minggu so that boleh bawak botol2 ni sebagai sort of macam souvenir la pada orang.. Souvenir free dan best! Benda2 camni boleh la bagi2 kat sedara mara ke.. even sampai ada sekali tu, saya sempat balik dari training time lunch, time tu ada housekeeping, dengan tak malu nye I mintak 2 set..huhu.


Reason no 2: Hotel dia dalam kawasan yang tenanggg gitu..pemandangan dari bilik ialah small forest. Kalau hotel2 yang dekat dengan tempat training tu (i.e. hotel dekat area Galleria, shopping mall kat Houston ni), pemandangan dia ialah normal la..jalan raya, shopping complex.. cuma yang ralat sikit sebab kami hanya sekali je sempat keluar berjalan di sekitar kompleks hotel sebab hari lain2 kami keluar berjalan


Pemandangan dekat lobby dia. Hotel ni cuma 2-3 tingkat je rasanya. Bukan hotel chain yang besar2 dan banyak bilik. Lobby dia rasa homey je..

 

Ni dari lif ke our room. Kami tak guna pun lif sebab sama level kecuali kalau bawak stroller, sebab ada tangga sikit 


King sized bed, tapi bilik dia antara katil dengan tv agak kecik. Banyak lagi hotel yang jarak antara katil dgn tv tu besar. Oleh sebab tu, bilik ni ada rasa kecik sikit walaupun masih rasa luas (apakah yang aku merepek ni)


Gambar hallway pergi bilik


Set tempat letak ais dengan corkscrew siap (untuk wines la nih). Ais tu memang tahan wo the whole day even sampai esok


 Bila masuk, siap ada letak kad with my name on it , cam welcome card la kira


Meja study

Minibar dengan coffee maker. Pelik gila sebab kami request kettle(tak pernah pergi hotel yang tak sediakan kettle) lepas tu dia tak kasik, dia bawak gelas yang ada air panas haha lawak. Reason mintak kettle sebab nak buat susu for little Aisyah (dia minum campur BF dgn FM sekarang) tapi takde so pasrah la guna coffee maker..


Bilik air dia kecik tapi boleh tahan la. Teringat bilik air masa kat Putrajaya Pullman dulu , sangat besar dan bathtub dia best!


Bathtub + shower..



Penuh arak2 je dalam minibar tu, takde tempat langsung sumbat barang kami.. Memang punggah keluar la semua


Makanan masa malam first. Order dua pizza cheese sebab masa tu dah sampai dekat tengah malam, dengan banyak dugaan sebelum sampai


Hotel ni terletak dalam satu kompleks estet yang agak besar. Dia ada clubhouse sekali, dan clubhouse ni terbuka untuk hotel guests dia dengan club members. Clubhouse dia kami pergi sekali je tapi memang banyak cerita aktiviti2 my colleagues yang pergi almost every evening. Ada gym, basketball court, playground, kids' gym, sauna, steam bath.. siap ada exercise class for every day eg: yoga, masuk je mana2 kelas yang berkenan 

Bawah ni boxing room dia..


Cycling room.. ni banyak2 ni untuk group cycling which they taught here with an instructor


Ada swimming pool yang ada lap.. ada jugak swimming pool ala2 hotel + slide sekali.. pool budak2 pun ada tapi kecik je


Patung orang gardening, ingatkan betul mula2 


Path leading to the swimming pool


Pemandangan dekat park dia , tenang..


Tu je la cerita Houstonian Hotel ni.. kalau dapat datang lagi (ntah bile ye..) , mungkin tak pergi dah sini sebab agak jauh. Lagipun kalau tak bawa baby dan perlu pump EBM, recommended hotel daripada colleagues ialah kat Double Tree by Hilton kat Houston ni sebab dia ada full size fridge dalam bilik hotel nya..

Kenangan manis di USA..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...