nurinkhairi: Makanan Halal di Houston

06 July 2013

Makanan Halal di Houston

06 July 2013
Masa sebelum datang dulu, ada yang bagitau makanan halal tak banyak. Tapi bila sampai ke sini, sebenarnya pilihan makanan halal banyak, cuma kena ada kereta untuk bergerak la.

Tempat terbaik untuk survey makanan halal online ialah di zabihah.com . It works wonders with my iphone. Cuma allow website tu untuk locate lokasi kita, dan dia akan senaraikan kedai makanan halal berhampiran dan juga masjid berdekatan.

Rupanya Houston ni banyak kedai makanan halal. Mungkin faktornya ialah ada University of Texas dan juga faktor industri oil & gas kat sini menggalakkan expats and migrants, termasuklah orang Islam. Kalau nak dibandingkan dengan ibu negeri Texas iaitu Austin, Houston ni jauh lebih byk pilihan makanan halal. (Time kat Houston tu pernah survey makanan halal di Austin sebab ada bercadang nak pergi Austin tapi lepas tu tak jadi).
Kalau kami malas nak keluar je kami akan makan nasik dengan tuna dlm tin, atau sambal bilis yang dah siap prepare dari Malaysia ataupun kari ayam atau daging dlm tin. Or else kami keluar beli..makanan for me is fully expensed jadi pandai2 la kongsi :)




Tempat makan ada satu ni was our favourite..we went here like 3 times kot.. Nama kedai ni India's kat jalan nama Richmond Avenue. Makanan tengah hari ada buffet dan murah, dalam $20 untuk seorang lepas campur tax. Kalau bukan buffet agak mahal, harga makanan dia sama cam harga kat Malaysia in terms of numerical (meaning, jgn convert..!). Kalau convert terasa makanan dia cam mahal sangat.. Ada sekali tu kami tapau lauk ayam, lamb dengan dua nan..total $40 = RM 120 !!

Ni selection buffet..




Sayur..tak suka sayur kuah so tak ambil. Menu best kat sini yang membuatkan kami datang berkali-kali ialah Lamb Vindaloo..pedas dan sedap.




Kami ada pergi KFC jugak yang halal. Kena bagitau kalau nak halal menu sebab ada menu yang sama tapi tak halal. Ada menu yang takde yang halal.. Banyak kedai tak tulis halal depan pintu, cuma kita tau2 je..ataupun boleh tanya. Best bet, zabihah.com





Ni air lemonade KFC saiz Medium, letak sebelah cawan typical Medium kat Malaysia. Mula2 ingat dah salah dah ambil cawan.. I wonder what Large and Extra Large sizes look like :) Cam biasa la, in America, everything is bigger..



Singgah jugak dekat restoran nama Bismillah. Kedai dia simple je, tapi makanan dia sedap..especially ikan (tak ingat apa menu ikan tu). Kami makan 5 orang..with my colleagues.. 120 dollar jugak la habis..
In the end, kami sekeluarga tak habis pun makanan yang kami bawak..ada bilis, beras dan roti tuna yang terpaksa buang sebab nak kurangkan berat beg yang dah terlampau beratnya dengan hasil shopping..

2 comments:

  1. Salam perkenalan. Bru baca ur blog jgk. :) sonok nnti leh share cite lg. tp rasanya buffet tg sgt byk lauk pun dlm usd7. N sblm dtg ingat sgt mahalkan. Kami pun guna zabeeha. Com

    ReplyDelete
  2. Mungkin tmpt yg saya pergi mahal kot..tp ada irg cakap certain tmpt ada je boleh dpt usd 5 Per meal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...