nurinkhairi: Pengalaman Sepanjang Flight KL - Houston - London - KL Part 1

08 July 2013

Pengalaman Sepanjang Flight KL - Houston - London - KL Part 1

08 July 2013


Cakap pasal pengalaman flight ni, rasanya pengalaman ke US ini yang paling mencabar sepanjang aktiviti travel menggunakan kapal terbang ni. Ni bukan kali pertama my little Aisyah naik kapal terbang - April lepas, both of us and my mum jalan2 ke Thailand (sambil saya ada kerja di sana)..but it definitely was perjalanan kapal terbang kami yang paling lama, both for Aisyah and for Hubby and I. Semoga menjadi pengajaran berguna buat kami dan orang lain pada masa akan datang..

Flight 1: Kuala Lumpur - London dengan Malaysia Airlines (duration: 13 jam 10 minit)

Flight pukul 11.40 malam, kami bertolak right after Maghrib dan kami sampai hampir pukul 9 gitu..so ada dalam 2 jam 40 minit sebelum berlepas. Alkisahnya sebab urusan travel saya memang wajib beli dengan travel agent, jadi saya punya dan Aisyah saya decide untuk beli dengan travel agent. Hubby pulak beli dengan expedia.com sebab masa tu tak boleh nak tunggu travel agent saya yang teramat la lembab nye.. Tambahan pulak time tu kami desperate nak beli sebab waktu tu weekend yang ada Matta Fair, ada orang MAS warning dengan Hubby, kalau after Matta Fair mungkin tak dapat dah harga tiket yang murah. Memandangkan tiket saya dan Aisyah memang dah block (dia boleh block dan kena bayar dalam masa 2 hari, kalau tak dia akan release kepada orang lain), jadi Hubby pada weekend tu terus beli dengan expedia. Lagipun bila kira2 balik travel agent punya lebih mahal.. (apa motif beli dengan travel agent ni dan tak kasik I beli dengan tempat lain kalau ada yang lebih murah dan sama value? Tak faham)

Berbalik pada cerita KLIA tadi..jadinya confirmation number kami ada dua..dalam masa 3 bulan lebih sejak dah beli tiket, memang kami dah confirm betul2 semua seat number, semua confirmation dah ada. Tapi ntah camne..bila dia carik2 confirmation number, orang check in desk tu kata, ticket number I dengan Aisyah ada, tapi my Hubby takde.

Meh nak alkisah sikit.. Sementelah la sekarang ni Malaysia Airlines dah jadi partner kepada oneworld alliance (korang boleh la google oneworld ni kalau nak tau lebih lanjut), jadi Malaysia Airlines ada codeshare partner, salah satunya American Airlines. Yang Hubby beli dapat murah tu ialah American Airlines punya code.. I just follow je flight Hubby, mintak dengan travel agent. American Airlines, meaning, nombor flight dia ialah AA kat depan.. in our case, it was AA 7435. Kalau kau beli dengan Malaysia Airlines, dia akan jadi MH la. 

Tapi dia akan tulis kat ticket tu, "Operated by Malaysia Airlines". Meaning, kita akan naik Malaysia Airlines flight, check in di kaunter MAS, makanan memang MAS punya, tapi weight limit ialah American Airlines punya.  
Nombor dan segala mak nenek nombor tiket ni ada macam2. AA punya nombor confirmation terdiri daripada 6 digit..selalunya semua abjad. Tapi bila I call MAS berkenaan MAS punya flight yang satu ini, orang MAS takkan dapat baca nombor AA. Dia akan insist nombor MAS yang terdiri drpd 5 digit, so terkial2 la I call balik AA mintak nombor ref MAS yg terdiri drpd 5 digit. Heran at this time and age takde system yang integrate semua tu..takkan nak expect customer semua tau. Nama dah codeshare! Kalau expedia pulak pun akan ada reference code sendiri pulak..hah tu dah berapa ribu nombor kau ada just untuk naik satu flight.

So dah cerita panjang berjela ni, berbalik semula kpd kisah check in kami. Alkisahnya la pulak yang Hubby punya TICKET NUMBER takde. Kami kat situ dah konfius bagai..hai yang ni berlambak nombor2 reference macam2, takkan takde satu pun yang sangkut bang oi? Abang MAS tu tunjuk ticket number I, nombor dia ala2 camni.. kat gambar bawah tu yang line number 3.



Dia kata "takde ticket number ni tak boleh check in. Puan dengan anak Puan boleh la boarding". Ah sudah! Langsung tak bagi solution yang baik..kerja gila apa pergi US berdua je dengan anak kecik.

Lepas tu dia suggest calk balik travel agent Hubby (expedia) untuk clarify. Call punya call lambat pulak nak connect, I dah berdebar2 dah. Anak dah nangis, nasib sangat ada my mun and dad. Kemudian, dia mintak kami pergi ke ticketing counter untuk check. Jadi sambil Hubby masih try call, pergi ke ticket counter, nasib tak jauh.

Check in counter tu boleh pulak nak tutup sebab dah habis shift dia pukul 10.. I dengan pantasnya cakap jangan tutup until you selesaikan masalah kami..huhu. Tp akhirnya dia tutup gak. Tunggu punya tunggu giliran call expedia, dapat connect through..kemudian expedia convinced Hubby yang tiket dia ada dan takde masalah. Bengang sebab tak tau apa punca masalah, dipendekkan cerita bila lady kat ticket counter tu bercakap dengan phone dengan expedia baru la sedar yang nama Hubby saya ada dua di dalam system.

Camne boleh ada dua? Itu tak tahu. Tapi salah satu reservation tu adalah nama bapa mertua I jadi first name dan nama dia last name! Satu lagi OK. Yang ada ticket number tu was associated with yang nama surname jadi first name. Lerrrr... *tepuk dahi*

I pun pernah experience nama terbalik ni sbb agent I sendiri yang buat (agent i ialah Mitra - saja up google search sket). I mintak tukar dia macam tak nak, katanya orang lain pun dia buat gitu (nama surname jadi first name) takde masalah pun. Haih.. So pentingnya kalau travel, the documents tu tulis betul2 nama you. Sebab kat negara omputih, dia tulis nama formal dlm tiket ke, camni:

Smith, Linda --- yang Smith tu nama surname

Abis tu time I dia letak:
Nurin, Khairi --- mana boleh cik kak Mitra oi

Alhamdulillah I takde masalah tapi masalah my Hubby walaupun tak pasti puncanya menyebabkan I beware sangat next time. Oh oh, jangan lupa letak bin/binti sekalu. I tulis kat bahagian first name. Cth:

First / given name: Nurin binti
Surname: Khairi

I pernah ada pengalaman tak letak ini binti waktu bukak acc bank di UK, jenuh meng-explain kenapa nama tak sama seperti passport!

So this whole ordeal took us about 1 jam lebih to complete. 1 jam setengah sebelum berlepas baru ler kami terkedek2 ke boarding gate.

Wahh panjangnya..sambung nanti la..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...