nurinkhairi: Playgroup / Playschool Untuk 1 Tahun

29 July 2013

Playgroup / Playschool Untuk 1 Tahun

29 July 2013
Last Saturday, Hubby and I brought our lil' Aisyah to a playschool / playgroup utk trial session. Sebenarnya seminggu sebelum tu ada survey2 playgroup yang sesuai untuk kanak2 umur 1 tahun camtu. Aisyah dijaga oleh nenek dia (my mum) dan dia takde interaksi dengan kawan2 sebaya lain. Pernah sekali kami bawa dia ke jamuan masuk rumah saudara, dan ada sorang budak lelaki yang peramah dan ajak Aisyah main sama. Aisyah was so into her world of bermain dgn rakan sebaya, sampaikan dia tak sedar yang saya dah jauh sikit daripada dia masa tu.




Sebagai ibu, seronok sangat tengok dia bermain. Lalu minggu lepas, timbul idea nak carikkan dia playgroup.

Saya pergi survey playgroup Brainy Bunch, Krista kat Primaya Bdr Tun Hussein Onn, dan juga Genius Aulad. Semua di BTHO. Malangnya semuanya umur kemasukan 3 tahun ke atas....

Saya call pulak Little Tots BTHO dan dapat cakap dgn Puan Rose. Dia kata dia ada organize playgroup untuk kanak2 2-4 tahun dan Aisyah boleh join. Mula2 saya risau jugak sbb Aisyah baru 1 thn 2 bulan.

Playgroup tu diadakan di Little Tots punya branch, nama official tempat tu ialah LTE Enrichment Center terletak di Jln Impian Mahkota 1, terletak betul2 di belakang Tesco Kajang (Saujana Impian). Belakang Tesco tu ada satu row rumah kedai, dan tempat tu takde signboard, tapi kedainyer kaler hijau dan di tingkat bawah.

Nama playgroup tu ialah ALIM Kids. Start pukul 10, habis 11am hari Sabtu. Masa mula2 masuk, kami perasan yang playgroup ni untuk mommies je, jadi Hubby pergi jalan2 ke Courts dan Tesco ehe..

Mula2 Teacher yg ajar tu start dgn baca doa belajar. Lepas tu ada nyanyi2..salah satunya lagu 'Heads Shoulders Knees Toes'.

Lepas tu ada sesi di mana semua kanak2 berkumpul dpn Teacher dan dengar cerita. Teacher tunjuk buku yg ada shapes n colours. Kesian Aisyah hehe..kawan2 dia suma dah besar2, berkerumun dpn Teacher, Aisyah ter kebelakang sket..tapi Teacher asyik suruh budak2 lain bagi Aisyah tengok jugak. Sbb nampak mcm Aisyah nk tengok Teacher baca, cumanya dia kecik berbanding org lain dan org lain dah boleh jalan n lari..Aisyah belum boleh. Kdg2 je boleh jln tanpa sokongan.

Lepas tu Teacher bentang meja dan semua org diberi stensil bentuk shapes dan krayon n kaler pensel. Kanak2 tu start lukis shapes guna stensil dan kaler. Aisyah pulak, hehe, dia mansla minat lg menyonteng. Dia pegang pensel pun, kalau kt rumah, dia akan ketuk2 hujung pensel tu kat sofa rumah. So mmg tak pndai mewarna lg. Ada mak yg 'tolong' anak dia kaler tapi I tak mau la..I ada coax Aisyah utk mewarna tp nampaknya dia masih belum berminat. Sepanjang sesi tu, Aisyah suka keluarkan krayon dari bekas dan masukkan semula..hehe. Teacher pun ckp, umur dia, dia akan suka tengok kaler je, belum reti kaler.




Finally, mereka main jalan sambil imbangkan bean bag atas kepala. Teacher letak straight line atas lantai dan letak bean bag atas kepala. Kanak2 tu jalan sampai habis. Yg ni pun Aisyah tak pandai lagi. Dia dah ler tak suka apa2 barang atas kepala dia..huhu.

Kanak2 kat situ dah besar kan..lgpun takde yg friendly dgn Aisyah. Mama nyer jadi anxious..hehe. Tapi mereka nice je.. Bila nak balik, I suruh Aisyah salam semua orang. Yang kelakarnya sbb budak2 tu kalau salam, mereka cium tgn sendiri kan..so Aisyah pun nk cium tgn dia, so berlaga kepala hehe.

Kesimpulannya, mungkin playgroup ni terlalu awal la dengan Aisyah. Tapi saya tak menolak kemungkinan akan try lagi in the future kalau jumpa di tempat lain, yang mana kanak2 dia ada yg boleh kamceng dgn Aisyah. Saya harap Aisyah boleh belajar bersosial as soon possible..and grow to learn many more wonderful things.

Kalau ada yg berminat, playgroup trial ni ialah RM 25 setiap sesi. Kalau berminat lepas tu, boleh mintak jadual nya dgn cashier kat situ.

3 comments:

  1. assalamualaikum, boleh saya tau dimana playschool ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya ada tulis kt dlm blog post ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...