nurinkhairi: Shopping di US - Pinggan Mangkuk Corelle Yang Murah

23 July 2013

Shopping di US - Pinggan Mangkuk Corelle Yang Murah

23 July 2013
Siapa nak beli pinggan Luminarc murah  (RM 390 untuk 32 pieces), klik sini for more details :)
_______________
Tak habis2 lagi cite jalan2 US. Ni belum jalan2 UK yang lagi banyak nak cerita.

Entry hari ni nak cerita tentang antara hasil tangkapan dari US. 2 hari sebelum balik, malam lepas dinner bersama2 my colleagues, Hubby and colleagues pergi ke Walmart untuk bershopping. I hantar balik dulu sebab nak tido kan cik Aisyah. Walmart tu 24 jam.

Hasil shopping pada mlm tu, antaranya ialah set pinggan mangkuk Corelle!!



Ni ialah set 12 pinggan: 4 pinggan besar, 4 sedang, dan 4 yang macam bowl sket. Waktu tengok harga tu, my colleagues (yang memang dah biasa dgn US) pun cam tak percaya and tanya byk kali dgn cashier betul ke harga yang dia taruk tu..

Harga dia... $ 13.44 per box of 12 !! Equivalent to approximately RM 42.00 . Kalau kat sini mau dalam RM 200-300 kot.

Ada jugak yang set of 16 (termasuk 4 cawan). Tapi harga double, ie $26, sedangkan cawan dia Made in China tapi pinggan2 dia Made in US, so Hubby tak beli yg tu.

Ni resit dia kalau tak caya hehe. Dan juga alamat Walmart tu kalau ada orang google2 dan nak terjah tempat ni.



Tapi Hubby and colleagues kata designnya tak banyak dan waktu nak beli tu, dah nak habis dah stok nya. Mungkin cpt habis stok sbb murah kot. Tapi kan..org sana mana nak heran murah camni ye dak..kita je. I remembered mother in law penah cite waktu mereka kat UK dulu (Hubby n family pernah dok UK waktu kecik), orang Malaysia borong habis pinggan mangkuk Royal Albert kat Stoke-On-Trent (tmpt popular beli pinggan mangkuk), sampaikan lepas diorang keluar je, banner sale tu org kedai dah turunkan.

Even vitamin pun kami beli dalam 4-5 botol.. Tapi kena make sure takde gelatin tau. Murah kat sini kurang drpd $10. Haritu kami beli multivitamin $7.68 sebotol (RM 24). Vitamin C, $9.00 sebotol (RM 28). Kalau kat Malaysia dalam RM 90 satu botol. Brand apa tak sure, kena check kat rumah. Kalau ada nanti I tulis sini balik.

Jangan bawak banyak sangat barang dalam luggage. Nanti nak simpan Corelle terlebih berat pulak!! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...