nurinkhairi: Tips Travel dengan Baby - Flight Jarak Jauh (long haul)

28 July 2013

Tips Travel dengan Baby - Flight Jarak Jauh (long haul)

28 July 2013
Ni tips aku je la ek..kalau ada sapa yang baca dan relevan, ikut korang la nak praktikkan ke tak. Aku belajar banyak sepanjang perjalanan ni dengan baby. Mula2 waktu kami beli tiket, sebenarnya salah satu tiket flight tu tak sama dengan Hubby (9 jam perjalanan). Aku asyik seriau ingatkan camne ler nak survive without my Hubby jalan 9 jam , dalam American Airlines pulak tu (by now aku memang anti aa flight AA ni, taknak naik lagi - baca entry pengalaman kami naik flight). Nasib ler pastu aku tekad gak nak tukar, bayar lebih sket , alhamdulillah tak bayar banyak sangat .. RM 770 and for  Aisyah, RM 77.

Sapa yang travel sorang2 dengan baby tu memang aku tabik spring ah..

Ni tips aku, jugak rujukan aku untuk masa depan. 

1. Always be the first to get into the plane
Kalau orang kat gate tu call untuk priority boarding termasuklah baby/infant, ko segeralah untuk masuk ke dalam. Waktu I pergi Thailand dgn Aisyah n my mum, pernah termiss panggilan itu sebab pegi toilet. So siap2 la pegi toilet, tukar nappy tu sume. Most of our US trip ni, kami boarding lambat, ko bayangkan aa..aku ada baby on my baby carrier..ada beg cabin satu..my Hubby ada beg cabin, ada beg nappy. Aku nak mengangkut beg dengan lancar pun susah sebab ada baby kat depan. Aku rasa dah berapa puluh kaki orang aku terlanggar terkena beg. Sampai ada sekali tu stewardess MAS offer untuk angkatkan. Tu tak termasuk tak jumpa tempat nak letak beg.. beg kami ada a couple of times, nun kat tempat lain sebab tempat duduk kami dah penuh dengan beg.

Yang MAS ok lagi, yang dalam American Airlines, satu2 pandang macam nak makan orang haha (aku je perasan tuh).

2. Invest in a baby carrier


Kami punya brand Baby Bjorn, sangat2 la useful sangat2 to free up our hands waktu kat airport tu. Sejak cik Aisyah lahir, actually kami lebih guna ni selalu daripada stroller..especially sebab cik Aisyah tak berapa gemor duduk dalam stroller. 

Semasa transit etc, kami pakai baby carrier ni (sometimes Hubby pakai, sometimes me), and stroller tu kami letak beg2. Sebab kadang2 tak semua area kat airport dia benarkan trolley besar kan. 

Tapi bear in mind, waktu security, ikut airport jugak, ada airport yang dia akan suruh bukak baby carrier untuk scan, ada yang tak payah. Yang I ingat, kat Houston Airport dia takpayah bukak. (alahai ada baby je pun aku tak simpan mendenye celah2 carrier tuh). Bila dah bukak tu yang leceh sket la nak kene pakai balik, so we bear in mind the extra time cost.

3. Elakkan pakai tali pinggang atau kasut tali

Sebab? Senang. I mengangkut Aisyah dalam baby carrier camne oi nak bukak belt. Nak bukak belt kene bukak itu carrier la. Aku jenis yang suka pakai kasut , bukan kasut sneakers ke..kasut yang ada tumit, pastu kasut tutup. Sejak ada baby ni mintak maaf la kalau nak pakai kasut2 camtu time jalan jauh, sekarang ni pakai flipflop je (yang comel sket la, takde la pakai flipflop serupa selipar toilet). Senang kalau dia suruh bukak kasut takde la aku nak membongkok bagai.

4. Request for bassinet seat 

Untuk flight last travel agent kami request bassinet seat. Bukannya travel agent tu taknak request sume, tapi sebab aku yang taknak sebab nakkan seat tingkap yg lebih privacy for breastfeeding. Sebab travel agent ku cakap, bassinet seat selalunya kat depan sekali and kat bahagian tengah. Rupanya2 tak la! Memang la dia bahagian depan, tapi bukan saja tengah.. yang bahagian tingkap pun ada..

Bahagian depan tu maksudnya yang dipisahkan dengan partition.. contoh camni aku amik flight Emirates Airbus A380. Row 41 dengan row 52 akan ada bassinet seat. 

My row haritu dalam MAS was row 32, upper deck.  

Travel agent kasik seat E dengan F (32 E dengan 32 F). So ku ikut je lew..sebab dia kata bahagian tengah je yang ada bassinet. Rupanya seat ABC dengan HJK pun ada ler..

Worse, when we boarded the flight, rupanya2 bassinet tu ada kat depan seat D/E dengan F/G. Maksudnya, takde yang betul2 depan seat E dan F. Aku tanya la dengan Uncle duduk kat seat G tu, boleh tak kalau bassinet ni depan dia (aku dok seat F). Dia cam OK je..lagipun dia mmg friendly jadi takde la takut nak tanya. Tapi bila dah letak bassinet tu, kesian ler pulak kat dia tetiba2 ada bassinet mengacau. So last2 kami tukar tempat. Aku dok seat G, Hubby dok seat F. 

So pengajarannya kene make sure betul2 kat mana bassinet tu sebenarnya dia skru kan.. aiya travel agent aku nih..ingatkan tau bebenor.

5. Elakkan bawak baby food kalau tak perlu

Cik Aisyah ni sebenarnya dah tak makan sangat dah baby food yang lembik2 tu..dia sume nak makan makanan orang besar je (oo dah pandai ye skarang). Kalau kita nyer makanan dia nak saje.. Kami memang sepanjang flight tu akan bawak jugak makanan dalam botol..ala cam Heinz beli kat supermarket dalam RM 3.60 sebotol tu.. 

Tapi pasni tak mo dah aa bawak kalau tak perlu. Satu nya ko kene asingkan baby food tu of course sebab dia cam paste kan. Waktu screening kat security, kena keluarkan siap2.. aku letak dalam pouch kecik je, 2 botol aku bawak, pastu campur dengan sudu dia sekali. Tak payah letak dalam beg plastik lutsinar pun takpe, janji asingkan..jangan ko humban sume dalam beg hand carry tu, nanti dia detect susah plak nak carik. 

Anyway, bila dah asingkan dan keluarkan letak dalam bakul waktu security tu..dia akan tahan bekas tu. Selalunya procedure dia camtu aa..kat London dengan Houston aku kene camtu la. Waktu kat London Heathrow dia cuma inspect gitu je..brand, description of the baby food sume, pastu ok pass.Tapi waktu nak balik dari London ke KL, cam biasa dia tahan makanan tu, dia bukak salah satu seal botol tu, pastu..aiya..dia suruh aku rasa.. Huhu. Yang botol Heinz tu tuna, aku dah ler tak makan tuna. Pasrah je ler, cuit la sket guna tangan and makan. 

So remember the extra time incurred for the checking.

Kalau nak bawak makanan from home, cam masak bubur ke..aku rasa yang tu confirm kena rasa kot. Kalau yang processed food ni, mungkin selalunya dia akan cek label je. Tu je sekali in all our flights haritu yang aku kene rasa. Sampai hati orang security tu bukak seal makanan tu, dah ler makanan tu once dah bukak kena consume within 2 days. Aku terlupa sampai skarang ada lagi dalam fridge tu..huhu.

Sebenarnya makanan baby tu standby je, Aisyah tak makan pun. Dia nak makan makanan kami jugak.

 6. Sedate the baby

Ni soal sedate your baby. Ikut ler if you want to drug your baby to make him/her feel drowsy and tido. We did these in some of the flights, some we did not. Tak ingat dah apa nama drug tu, Hubby amik kat hospital. Yang ni personal preferences, sapa2 mommies yang guna jangan la bash dia pulak. 

7. Air minuman for baby, letak kat bekas minum dia 

Our lil' Aisyah suka dengan juice2 yang kami minum. Kat UK, memang aku suka dengan juice brand Oasis. Kami beli satu botol and tak habis masa nak check in tu. So Hubby said, ala takpe cakap la dengan security tu, yang ni Aisyah ni punya. Memang dia tak kasi aa..! Kami transfer kan dalam bekas minum dia, baru ler security tu kasik.

Apa2 je la...

8. Waktu makan dalam flight, tunggu turn 

Selalunya steward/ess akan offer pasangan yang ada baby, salah sorang daripadanya makan dulu. Dia akan kasik makanan way ahead daripada orang lain. Sangat la convenient sebab 

Tapi kan tapi kan..kalau dia offer salah sorang daripadanya makan dulu and waktu tu dia serve orang lain jugak kan..aku selalunya nak makan gak time tu (takmo tunggu later). Sebabnyerr..nanti later makanan yang I nak dah habis..hehehehe

9. Bawak stroller untuk "gate check-in"

Term "gate check-in" ni maksudnya ko tak surrender your stroller waktu kat check in counter. Rather, you can use it sampai ler nak masuk ke dalam flight nanti. Waktu kat check in (ataupun kadang2 waktu kat boarding gate), dia akan kasik satu special tag yang tulis "Special Delivery" or something like that. Sampai la dah nak masuk tu, akan ada orang yang akan amik your stroller tu untuk bawak ke dalam cargo. 

Bila nak keluar nanti pun, those strollers will be the first to be taken out la kan logiknya. Tapi kan..downside is, kalau you ada connecting flight ke, kena take that waiting time untuk amik stroller into consideration. Sepatutnya masa nak amik stroller tu cepat je, tapi pernah je tunggu agak lama. Nasib baik time tu connecting flightnya lama lagi.

But really recommend gate check in sebab eve if your baby tak duduk dalam tu, I used that untuk letak beg2 kami hehehe

10. Breastfeed / give him/her something to drink while take off/landing

Yang ni tips standard aa..sebab pertukaran tekanan udara kan, jadinya gegendang telinga dia tak selesa, macam kita jugak. Jadi I selalu akan breastfeed dia.

Oo tiba2 teringat jugak, time bulan April lepas, that was the first time Aisyah was on a flight. Beberapa hari sebelum nak pergi, my mum ajar cik Aisyah minum guna straw. Biasanya dia minum guna sipping cup. Sangat useful untuk mencegah tumpah..tambah2 lagi dia cepat minum guna straw, senang sikit nak travel :)

Semoga berguna pada mommies2 lain..

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh 

3 comments:

  1. Salam..brp bulan umur baby waktu first time you bwk baby tu..saya nak travel dgn baby 6 bulan..huhu

    ReplyDelete
  2. Salam..brp bulan umur baby waktu first time you bwk baby tu..saya nak travel dgn baby 6 bulan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama sekali baby saya naik flight ialah utk baby saya yang kedua ke korea, umur dia 4 bulan je nair airasia

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...