nurinkhairi: Wall Makeover Contest tajaan wallmakeoverbyna.com dan nadiafarahida.com

18 July 2013

Wall Makeover Contest tajaan wallmakeoverbyna.com dan nadiafarahida.com

18 July 2013
Teruja bila ada contest ni! Blog famous nadiafarahida.com  tengah ada contest yang sangat best, memang harus la I join.. Hi Nadia, I have been your silent reader tapi sekarang kena menonjolkan diri la kan..lepas ni dah takde silent dah la.. Particularly like her travelogue tu and also selak2 entry2 lama dia tentang deco2 rumah, sebab dia deco lawa! Lagi2 memang sekarang ni berminat ambil tahu pasal deco2 rumah and home organizing ni, sebab rumah dah ada...tapiii..cuma belum pindah masuk nya lagi la tak tahu lagi bila sebab Hubby dok Temerloh...isk. Rumah pun takde apa dan tak terurus lagi.

Yang dimaksudkan ialah contest / GA untuk mencari 3 buah rumah kat sekitar Lembah Klang untuk dimakeover kan dinding nya.. Link nya kat bawah ni.





Jujurnya I ni tak tau tentang wall painting guna stensil ni. Me and Hubby pernah tau wallpaper2 je. Tapi bila tengok fb sponsor Wall Makeover by Na yang taja makeover ni (berserta dengan cik Nadia ni la), I tengok cam lawa nyee.. I realized that kalau guna stensil ni kita lebih ada kebebasan untuk cat macam mana..tak semestinya simetri la kiranya. Mungkin boleh hias kat satu bahagian je ke ataupun tumpukan kat satu bahagian kat dinding je.. contohnya kalau nak corak yang high density kat bahagian bawah dinding tapi dekat atas siling tu nak corak sikit2 je..this is a brilliant idea as compared to wallpaper. 




In terms of design, saya berkenan pilih yang ni..sesuai dengan kaler kegemaran warna purple2 pink gitu.. sangat menteteramkan jiwa :) Aesthetic dia memang kelassss..
So, straight to the point..

Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall Makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana... 


Saya ingin sekali ubah wajah salah satu wajah dinding di rumah baru kami sebagai pembuka tirai masuk rumah la kira. Rumah ini adalah rumah pertama kami sekeluarga dan kami berazam untuk jadikan ianya as homey as we can possibly make it. Kalaupun takde apa2 lagi di dalam rumah tu, ada dinding yang gorgeous macam tu, sudah tentu akan jadi semangat dan sangat bersemangat untuk mula deco rumah.  



Sebab kedua, sejak dari mula kahwin dengan rumah sewa di sebuah apartmen, suami saya sangat bertungkus lumus mencari rumah yang terbaik untuk kami jadikan tempat berteduh. Saya kurang terlibat dalam proses ni sementelah kami duduk berjauhan, jadi banyaknya dia je yang bertungkus lumus dalam hal orang dewasa ni. Dia balik dari Temerloh tengah2 hari minggu untuk settle kan urusan bank, urusan bayaran, kemudian balik semula pada hari sama..pastu nak follow up lagi dengan bank adoyai banyak masalah masa tu.


Sebab tu la I made it a point sendiri2 yang rumah tu nanti saya nak tolong decorate, tolong bagi input dan lain2 (yang "lain2" tu termasuk tolong hulur duit la kan hehe). Kalau la berjaya, nak surprise kan dia dengan hadiah ni..mesti dia happy I ada contribute, kira2 cam my first contribution to the house la hehe. Penat Abang settle kan isu rumah kita ni.. alhamdulillah akhirnya berjaya jugak kita memiliki rumah. I berangan..balik dari office dan penat, tengok Aisyah yang senyum nampak mama dia, lagi2 nampak bilik yang berseri dengan kaler yang sangat riang ni..I pun jadi seronok :D



Kalau la..kalau la..kalau la dapat, memang bersyukur sangat.. memang tengah berkira2 apa yang nak invest dulu untuk rumah: grill, lampu, racun rumput segala mak nenek.. dah tentu lah hiasan dinding priority dia ter-kebawah sikit kan dengan duit terkumpul yang tak berapa nak terkumpul ni lagi kan..haha. 


Dan reason yang keempat dan last sekali..Ni nak cite sikit sebelum tu: alkisahnya, pagi hari Selasa tiba2 je bila bangun tidur, dapat la pulak idea untuk buat sketch untuk contest ni. Balik je dari office pukul 3.30 pm (bulan Ramadan, datang awal balik awal), terus pergi ke Jusco Mahkota Cheras dan beli segala barang untuk sketch/color. Seriously dah lama sangat2 tak melukis, last time mungkin time kolej dalam 8-9 tahun lepas kot! So dengan berbekalkan Sharpie marker, sketch pad dengan barang2 watercolor.. I pun start la melukis....kat Jusco food court petang tu. Sebab bulan puasa dan orang belum balik kerja, maka tak ramai lagi orang so takler segann.. Dok melukis kat Jusco sebab nak optimize time, kalau kat rumah mau nya tak siap dok melayan cik Aisyah kita tu..hehe.







Akhirnya siap la satu sketch yang simple..baru je siap touch up petang hari ni last day dan siap scan semua (tu yang last minit antor entri ni sowii). Kenapa Nadia harus memilih saya sebagai salah seorang pemenang nya, kandungan sketch ni ada la merangkumi jugak reason2 saya kat atas yang panjang berjela tuh.. So berbalik pada reason saya yang terakhir sekali yang agak jelas ialah..nampak tak selekeh benorr I kaler dan lukis ni. Maklumlah dah lama tak memegang water colour. Memang nampak sangat cat atas kertas pun tak reti, lagi la nak mengecat atas dinding..selekeh habis la. I bab2 ni serahkan je la pada yang pakar, kalau tak pun Hubby I la.. Hopefully dapat la sentuhan pakar kali nii..hehe.


Knowing my Hubby, I pasti dia berminat dengan konsep2 wall painting ni (lagipun dia yang perkenalkan pada wallpaper2 , wall covering ni) . Mana la tau kalau2 la dapat hadiah ni dan dah try satu dinding , kita berminat lagi mengisi dinding2 kita yang kosong tu, kita hire lagi (atau beli stensil nya) bila tiba waktu dan ongkosnya kan Abang kan kannn...

OK tu je entri panjang berjela. I dah like dah both of the facebook tapi nama I bukan nurinkhairi kat dalam tu. Dan jugak dah hantar within tarikh tutup.
Salam semua :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...