nurinkhairi: Dapat Duit Tanpa Perlu Pergi Bank / ATM. Camne Tu? - UK Trip

31 August 2013

Dapat Duit Tanpa Perlu Pergi Bank / ATM. Camne Tu? - UK Trip

31 August 2013
Sebenarnya nak post entry tentang trip ke Windsor Castle lepas shopping di carboot. Tapi rupanya gambar tinggal kat rumah la pulak. La ni ada kat Temerloh :)

Kami pergi ke Windsor Castle tu naik bas di Heathrow Airport. Masa tu duit pound dah hampir takde, dan saya pun pergi la ke ATM nak keluarkan duit. Sebab dulu pernah jadi student di UK, saya masih lagi ada account di UK, duit pun masih ada lagi. Time tu UK ada krisis ekonomi, jadi kalau nak tukar duit UK ke Malaysia, tak berapa nak untung jadi terperap la dalam bank di UK.

So alkisahnya, kat Heathrow ni, takde ATM bank Natwest saya. Tapi kalau nak tau, kat UK banyak ATM yang tak berkait dengan mana2 bank, selalunya dia akan tulis 'Free Cash Withdrawals'

Nak dijadikan cerita, bila nak keluarkan duit dekat free cash withdrawals tu, dia reject my card. Tak boleh nak withdraw! Risau sangat. Duit syiling dah ler sikit, duit bank note dah hampir takde. Camne nak hidup ni kat UK duit takde??? Haha takde la camtu sekali perasaannya tapi panik la jugak apa yang berlaku.

Kami korek2 duit syiling yang kami ada  dan call Natwest hotline. Dalam 2 pound jugak la melayang. Rupa-rupanya, account saya tu dah di-downgrade kan daripada account nama Step Account kepada Basic Account. Yang tu memang saya tahu sebab masa di Malaysia dia pernah ada hantar surat, tapi tak tau la pulak apa changes dan implications dia kann.. So oleh sebab dah downgrade, salah satu keburukannya ialah hanya boleh withdraw duit dekat ATM bank tu je. Kalau nak upgrade balik pun tak boleh jugak sebab hanya terbuka untuk UK residents! Haih! 

Sebenarnya masih lah ok sebab debit kad masih boleh guna, i.e. kalau kedai tu terima debit kad lah kan. Yang tu kami dah cek sebelum call bank tu lagi. Cuma nya, kami kat Heathrow Airport yang jauh dari bandar..macam mana nak bayar bas?? Memang tak cukup. 

Kat terminal airport tu, ada dua kedai yang jual makanan etc: Marks & Spencer dengan WH Smith. Masa pergi ke WH Smith, rasanya saya ada tanya dia kalau kat sini boleh tak saya guna debit kad untuk saya dapatkan duit dari cashier tu. Kemudian dia cakap, "sorry we don't offer cashback".

Setelah beberapa minit, baru ler saya terfikir pasal konsep "cashback" tu. Saya pernah dengar pasal konsep cashback ni tapi tak pernah cuba. Yelah, selama ni ada je duit dan ATM selalu ada. La ni pulak ada masalah. 

Saya pergi ke M&S dan tanya kalau dia ada "cashback" and the cashier lady said yes, dengan syarat kena beli dari mereka barangan 5 pound ke atas dan maksimum cash yang dia kasik hanya 50 pound. Masa tu baru aku paham konsep cashback tu..dia sebenarnya cam yang aku try kat WH Smith tu la tanpa aku sengaja. Kedai tu charge debit kad kita, dan kita akan dapat cash. Senang kalau yang taknak ke ATM dan kes cam aku ni ler.. kedai tu pun untung sebab aku takde ler nak beli makanan sampai 5 pound tapi terpaksa la angkut sikit.



Saya keluarkan maksimum 50 pound. Cukup lah tu untuk kami sampai ke Windsor, makan dan bayar tiket masuk ke Windsor Castle..lebih dari cukup. So camtu lah kisah takde duit kami.. alhamdulillah Allah permudahkan akhirnya.


If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

2 comments:

  1. salam, seronok baca ruangan ni..saya akan ke london for the first time..boleh saya dapatkan tips yang membantu..sbb saya pergi seorang diri shj...masih tercari-cari hotel, terfikir samada nak terus ke kota London atau bermalam 2 mlm di airport Heathrow..iyelah langkah berjaga-jaga..kalau tak keberatan bolehlah puan/tuan bagi tups kpd saya di quzailan@gmail.com.

    terima kasih byk2

    ReplyDelete
  2. salam..teruja dgn cerita puan dan hubby di UK. Saya akan kesana 15 nov sorang diri..kalau boleh inginkan tips yg dpt membantu saya semasa di sana. Sdg mencari hotel yg sesuai dan mengikut budget yg sesuai. Bercdg samada ingin cari hotel di kota london atau di airport heathrow, agar senang balik nnt. Pengangkutan dari Heathrow senang dan mudah ke di dapati kalau saya ingin melawat sekitar bandar London. Kalau tak keberatan, boleh lah puan hantarkan tips ke quzailan@gmail.com.

    Terima kasih byk2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...