nurinkhairi: Gosok Baju Guna Garment Steamer

09 August 2013

Gosok Baju Guna Garment Steamer

09 August 2013
Kerja rumah yang paling ku tak suka ialah gosok baju.

Furthermore, dalam byk2 keje rumah, gosok baju lah yang selalunya aku mesti buat for Hubby. Kalau benda lain cam pack baju Hubby, even if I pack kan untuk dia, he will check and pack more if needed (takut tggl barang la tuh hehe).

Mesti semua tau lecehnya nak gosok baju2 yang banyak beads, yang kain lembut (chiffon, silk).. Lagi2 baju raya kami nihh.. Baru tau yang rumah mak mertua ni ada garment steamer so pinjam la guna..




Hasilnya, menakjubkan.. Senang sangat guna garment steamer ni. Cuma arahkan steam tu kat baju beberapa ketika and the kedut hilang. Kalau kedut tak hilang lagi, arahkan steam tu lama sikit.
Lagi2 yang ada manik2 ni..camne nak gosok atas iron conventional kan.

Lagi satu, baju yang susah nak gosok..I ada satu baju, baju dah branded dah (beli murah je tapii, sale) tapiii..susah nak gosok. Ko bayangkan baju kemeja kasual yang lengan rollover tu, yang cam kain kasa tu. Aku mesti selalu 'ter' spray air kat atas baju tu untuk membantu in the gosokan. Lepas tu bila gosok, warna dia akan lari ie bila gosok nnt air tu serap dan tinggal la bulatan kat tempat yg digosok tu dengan kaler pink yang pudar. Padahal kaler baju tu bright pink. (paham ke??( Huhu. Garment steamer ni akan membantu aku gosok baju2 camni.

My MIL siap steam kan langsir lagi. Dah siap gantung baru steam.

Tapi aku perasan ada gak cons pasal steamer ni. Semalam hari raya aku gosok seluar baju melayu Hubby, dia nyer trouser press tu hilang la kann.. Susah pulak nak mengelak supaya tak hilang. Ala yang tajam kat tengah2 seluar tu..cam seluar keje tu. So kalau nak tajamkan balik kena la guna iron biasa.

Pakaian2 cam sampin pulak, kalau steamer di rumsh MIL tu hanya ada tempat hanger gantung baju, tapi hanger dia takde tempat kepit baju..camne ko nak iron tudung atau sampin kan? So kalau bak beli, carilah yg ada sepit sekalii..




Last2 aku steam letak atas iron board sebab bila aku gantung (takde sepit) confirm asik nak jatuh je tudungnya. (Ahha, tudung bawal je pun, guna je ler iron biasa.. :p )

Lagi satu, kalau nak steam baju asik nak melayang je. Sebab dia takde penahan macam iron board kan. Kadang2 baju2 yang kena steam lama sikit kat tempat2 tertentu, agak susah nak fokus kalau baju melayang. MIL ada kasik satu padding untuk tahan belakang baju (rasanya it comes with the product) tapi tak menjadi la sebab padding tu kecik dan licin.




Brand my MIL tu islah brand GLOBAL, beli kat Carrefour dalam RM 200 lebih.

Kesimpulannya, tak semua baju sesuai guna steamer ni tapi ianya sangat menjimatkan masa esp gosok baju yang leceh2 dan fragile. Boleh la consider beli bila aku dah masuk rumah sendiri nnt..

P/s: Selamat Hari Raya. Tahun ni keluarha kecik kami bertema hijau..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...