nurinkhairi: Melawat United Kingdom Day 1 - Oxford dan Pengalaman Sewa Kereta di UK

04 August 2013

Melawat United Kingdom Day 1 - Oxford dan Pengalaman Sewa Kereta di UK

04 August 2013
Nak tulis entry tentang trip bulan Julai lepas ni ikut mood. Skarang mood ada, jadi mari tulis.

Selepas meninggalkan bumi Amerika, perjalanan ke London mengambil masa dalam 9 jam dan kami sampai London pada awal pagi, dalam pukul 7 pagi rasanya. Masa transit waktu nak pergi ke US dua minggu sebelumnya, dah perasan dah yang London tu sejuk benar, jadi dapat la kami shopping beli jaket di US.. (saya pun dah lupa camne rasanya London pada bulan Julai walaupun pernah belajar di sana).

Ye, London masih sejuk dalam 12-15 deg C pada musim summer. Takde la sejuk mana, rasa cam air con je. Yang masih teringat pengalaman masa student dulu, di mana matahari nya sungguh terik rasa macam terbakar badan kalau our body is exposed. There's a scientific explanation to it tapi susah la pulak nak explain sini tapi ianya berkaitan dengan kedudukan negara ni kat muka bumi (northen hemisphere versus khatulistiwa).

Pada mulanya nak sewa kereta 2 hari, dah book dah dengan hotwire.com (kawan yang recommend site ni waktu kat US haritu). Dia tulis kena bayar dalam 84 pound (dalam RM 400) untuk 2 hari, so OK la. Tapi bila pergi kat kaunter dia kat Heathrow Airport, terkejut kami, bahawa yang tu tak termasuk insurans! Apakah? Saya masih ingat pernah sewa kereta di Sheffield semasa parents saya datang dulu, harganya hanya 40 pound lebih for one day termasuk insurans. Tapi yang ini, bila dah campur insurans, jadi 90 pound lebih per day?? 

Kami terkejut dan tak puas hati. Saya jugak tak berapa familiar dengan hotwire.com. Sales assistant tu kata ada option untuk tambah insurans semasa booking online, tapi I swore I did not see it (lagipun aku book tergesa2). So kami kena beli insurans on the spot. 90 pound lebih for one day? 2 hari dah nak dekat 200 pound!! RM 1000..matiii..

So bear in mind, kalau nak book online untuk kereta, insurans kereta dia memang wajib. Ini untuk cover accidental damages on the car. Yela, cam kereta kita jugak kena ada insurans. 

Kalau nak sewa kereta company lain pun dah tak boleh sebab jenis kereta yang affordable semua dah sold out (hari sabtu, summer time..what do you expect kan). Jadi setelah berbincang punya lama dengan Hubby di atas lantai depan kaunter kereta sewa, we decided to just use the car for one day je. 90 pound lebih melayang.

Ni lah kereta kami pada hari tu. Volkswagen Golf. I forgot to take photo dalam kereta tu, tapi Ya Allah susahnya nak masukkan semua beg kami. Semua beg tu muat2 je dekat belakang. Lagi satu, kami tak sewa car seat untuk Aisyah (kat US kami sewa). Sebenarnya car seat tu wajib kat sini. Takde tempat untuk letak car seat kat dalam kereta ni dengan beg punya penuh. (lagipun kalau ada pun dia takkan duduk di situ). So memang kami risk it la..dengan harapan tak kena saman. 




Perjalanan ke Oxford mengambil masa selama 1 jam lebih sikit dari Heathrow Airport. Kami pun sebenarnya tak tau nak pergi mana kat Oxford tu, so kami nav guna GPS pergi Oxford Information Centre dia kat Broad Street. (Yang GPS tu kena sewa extra, dalam 23 pound extra per rent). Sebelum pergi Oxford Street, kami singgah kat Hillingdon Hayes (dalam 15 minit dari Heathrow Airport) untuk beli makanan. Chicken Cottage - memang salah satu tempat target nak makan kat UK ni. Beli ayam goreng dan lamb ribs dia - lamb ribs ni memang famous. Bila pergi kat Hillingdon Hayes ni punya town, ramai betul orang Islam. Penduduk Muslim dan pakai tudung memang ramai, tak terasa dok kat UK tau. Hubby pun excited amik gambar Hillingdon coz Hillingdon was his birthplace. 

Ni gambar Broad Street tu. Information centre tu dekat2 dengan bangunan warna oren kat hujung gambar ni. Rupa2nya bila kami sampai sini, parking nya sangat la scarce. Susah nak carik parking. Aiyaya.. Padan la semasa memasuki Oxford town ni, ada car park yang besar dan ada shuttle guna bas. And I read in a few websites saying "The best way to travel Oxford is by walking". Kecik je Oxford punya tourist attractions ni, boleh jalan2 kaki je. 


Bila kami parking, kena bayar 2.50 pound untuk sejam. Maximum satu jam je..so kalau nak tambah, kena datang balik. That's how scarce the parking space was. Ralat jugak sewa kereta ye, tapi kalau tak sewa kereta macam mana nak mengangkut beg kami yang bertimbun tu. 


There were a few museums kat situ. Tempat tourist attractions ni dekat Oxford University la. Bangunan dia lama2.. kami melawat kat library dia , tapi kat luar je la hehe. Bodleian Library nama dia.


Nampak ramai yang ala2 student kat sini dan of course tourists la. Banyak kolej2 residential dia yang tourist boleh masuk, especially kalau kita ikut tour yang disediakan. Boleh cek dengan tourist info centre dia. Kalau beli online dan awal, the cheapest walking tour boleh dapat dalam 4.50 pound je sorang adult. Kalau last minute, 8 pound. Itupun benda tu cepat sold out, so kena beli awal.


Yang saya notice gak, banyak kedai2 cam art la..pastu kedai buku dia pun, which is Blackwells, is called Blackwells Music, ie specialize in music stuffs. Well, orang pergi Oxford ni selalunya orang kuat art je.. top universities for science & technology and stuffs, banyak lagi uni lain..contohnya Manchester, Nottingham dan of course my alma mater University of Sheffield :D

Dekat dengan tourist center kat Broad Street tu, selang 2-3 buah kedai, ada satu gift shop tau. Kat situ waktu saya datang ada jual tshirt tengah sale. Ada baju tulis University of Oxford, dan sangat murah. 4.99 pound je satu.. so saya beli 3 baju. One for myself (warna pink), one for Hubby (warna merah) and one for my colleague yang tolong cover saya di ofis semasa saya bercuti. Ingat nak beli sama kaler with Hubby tapi takde la pulak. Hubby punya je mahal sikit.. 5.99 pound.

Tapi kalau nak beli fridge magnet, kat kedai tu mahal..2.50 pound satu. Kami ada jalan jauh sikit dan ada jumpa convenience store dan satu kedai orang Islam, dia jual fridge magnet 3 for 5 pound kot..


Kami rushing je kat Oxford ni, ambik2 gambar sikit sebab our parking was only for 1 hour kan.. after 1 hour we went back to our car and we thought, ok la dah la tu. Cukup syarat dah la tu..banyak jugak amik gambar dan jalan2 sekitar. Time tu masih awal, pukul 5 pm camtu..so we headed to Bicester Shopping Village. Factory outlet yang terletak kat Oxfordshire punya territory gak..perjalanan dalam 30 minit dari Oxford town ni.

Sambung..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...