nurinkhairi: Melawat United Kingdom Day 1 - Pergi Factory Outlet di Bicester

05 August 2013

Melawat United Kingdom Day 1 - Pergi Factory Outlet di Bicester

05 August 2013


Selepas Oxford town, kami pun bergerak ke Bicester Shopping Village i.e. factory outlet (sebutnya sebagai Bis-ter). Dulu saya suka pergi ke  factory outlet, kalau di Sheffield, yang paling dekat ialah Doncaster Factory Outlet. Kerana bagi saya barang branded di situ agak murah.. branded2 pun, bukan la branded sangat pun... Setakat Nike, Adidas, La Senza, Topshop dan Clarks.. tak ingat dah apa lagi. Yang lain2 masih mahal lagi..kecuali di US la di mana barangan branded murah, purchasing power tinggi. 

Pergi ke sini sekadar nak tengok2 je. 


Hasil "tengok-tengokan kami tak memberangsangkan. Sebab kat US jauh lagi murah. Contoh:

1. Beg jenama Kate Spade
- Harga di UK waktu tu ialah 165 pound (50% discount, harga asal 330 pound) - 165 pound equiv to RM 800
- Tapi di US, harga typical beg ialah USD 162.5 (50% discount, harga asalnya ialah USD 325) - USD 162.5 equiv to RM 510 

2. Levi's jenama 501 (ni jenama popular untuk orang lelaki)
- Harga yg di survey ialah 40 pound , takde discount lebih. Di factory outlet, harganya memang dah murah daripada harga semasa. Jadi, bila ada discount further tu, maksudnya discount atas discount lah. So, equiv is RM 190
- Kat US, typical ialah USD 48, tapi dapat discount 50%, so dapat USD 24. Equiv to RM 75

3. Beg Coach yang jenis wristlet (beg kecik tu, yang boleh letak handphone, duit sikit, kad sikit)
- Harga yang di survey kat Bicester ialah 200 pound!!! Equiv to RM 960 gitu
- Kat US, boleh dapat dalam USD 30-60 sahaja. Yang saya beli, saya dapat USD 34 je (from original USD 78, yang ni factory outlet price la..harga di boutique lebih mahal). USD 34 equiv to RM 110 


Pada mulanya saya jangka Clarks mungkin lebih murah di UK daripada di US, tapi bila saya survey dalam jangka masa kami yang singkat di situ, di US lebih murah dan banyak choice daripada yang kami pergi haritu. Contohnya, di US, kasut perempuan boleh dapat USD 15 (equiv to RM 80 gitu), tapi di Bicester haritu, paling murah ialah 19 pound (equiv to RM 95)

Tapi di UK masih lagi lebih murah daripada di Malaysia. Saya pernah buat bisnes beli barang dari UK semasa hampir pulang dulu, dan sudah tentu, barang yang paling hot di request oleh customer Malaysia ialah Clarks.. macam yang saya tulis kat atas tu lah.. kalau kat Malaysia harga kasut perempuan dalam RM 300 lebih, di sana  kurang daripada RM 100 atau dalam RM 100 lebih sahaja.. :)


As you can see from the photo, ramai tourists je kat sini. Kat Clarks pun ramai betul orang, orang Malaysia pun ada. Kat sini ada prayer room so takpayah risau tentang kat mana nak solat.. 

3 comments:

  1. Bestnya. Pas ke US ke uk plk :)

    ReplyDelete
  2. Kebetulan ada masa dan harga tiket pun tak bertambah sangat.. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info. So far takde plan ke US. Plan nak ke UK bulan disember ni. N im a clarks fan!

    Tq!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...