nurinkhairi: Melawat United Kingdom Day 2 - Carboot di pekan berdekatan London

20 August 2013

Melawat United Kingdom Day 2 - Carboot di pekan berdekatan London

20 August 2013
 

Hari kedua trip kami di UK, pagi2 tu kami turun makan breakfast complimentary kat hotel which we stayed Holiday Inn Express, Swindon setelah berjalan ke Oxford dan Bicester pada hari pertama. Swindon ni sebenarnya 1 jam daripada Oxford dan 1 jam daripada London. Sebenarnya book Swindon sebab mula2nya nak pergi jalan ke Bath (Swindon ni kira tengah2 antara London dan Bath)..tapi tak jadi la pulakk.. so hmm takpe je la. 


Lepas tu terus cepat bertolak sebab nak ke carboot sales! Hari tu hari Ahad, jadi banyak la carboot sales bersepah. Kami carik yang paling strategic, i.e. dekat dengan Heathrow Airport supaya boleh hantar kereta tanpa lebih masa. Kereta kena hantar pukul 1 pm, paling lambat pun pukul 1.30 pm. Kami sampai carboot pukul 11 lebih..dah nak pukul 12.


Kami pergi ke Ascot Car Boot sales. Pertama kali saya masuk carboot kena bayar! 1 pound sorang, tapi cik Aisyah takyah la. Car boot nye OK, tidak lah menghampakan. I have seen better carboot sales, tapi yang ini OK memandangkan masa kami yang terhad. I bet my husband felt really giddy going to carboot sales sebab mengingatkan dia masa zaman kanak2 dia..hehehe (dia duduk kat UK dulu).

Walaupun ada masa dalam 40 minit je untuk pusing carboot tu, mata meliar tengok pinggan mangkuk je la ye..hehe. Nak carik pinggan hiasan yang antik2 as a souvenir. Sebab rumah mama banyak camtu, sebab dulu masa graduation waktu my parents datang, diorang mengangkut pinggan carboot je..hehe.

Jadi ini lah hasil tangkapan yang tak seberapa..


Set pinggan di atas, kami dapat 15 pound selepas tawar menawar daripada harga asal 20 pound


Pinggan yang 15 pound tu, kat belakang dia tulis 'Real Old Willow, Made In England'. Yang set kedua ialah tea set, harga 2 pound lepas tawar daripada 4 pound. Belakang dia ada tulis 'Victoria, Bone China, England. So bukan untuk makan/minum ye, hanya hiasan sahaja.

Yang pinggan ada gambar pemandangan tu tak ingat dah harga dia..tapi mungkin dalam 2 pound gitu.

Kalau shopping carboot ni, benda perlu beli ialah pinggan mangkuk antik dan buku. Buku Aisyah kami beli 50p je.. Tapi tak boleh nak borong sebab luggage dah berat..

Lepas carboot, terus bergegas pulangkan kereta. Asalnya nak 2 hari tapi kami tukar 1 hari je.. kami pulangkan kereta semula sebab found out that sewa kereta mahal . We were glad we did, sebab kat UK ni tak berapa nak perlu naik kereta sangat kat area2 London ni.

Next stop pada hari kedua petang, naik bas ke Windsor Castle :)

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh 

1 comment:

  1. Terima kasih awak, byk maklumat mengembara ke uk yg sy dpt....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...