nurinkhairi: Nak Beli Bekas Untuk Simpan Mekap / Makeup Organizer!

10 August 2013

Nak Beli Bekas Untuk Simpan Mekap / Makeup Organizer!

10 August 2013
credit pic

I can't remember when was the first time I saw this beauty on WWW, but I was salivating when I saw it first time. Selama ni tak pernah terfikir makeup storage camni!




credit pic

Oleh kerana koleksi mekap ku tak ler banyak pun, jadi tak perlu yang terlalu tinggi cam gambar kat atas tu. Aku selalu amalkan guna sampai habis, baru beli yang baru. Tapi ada pengajarannya: oleh sebab tu, banyak barang mekap hadiah kahwin dari suami dan kawan2, ada yang baru nak guna..tapi ada yang dah tak elok sangat!! :(

Contohnya, perfume Estee Lauder pemberian suami, baru je start guna lepas 2 tahun, jadinya wangi dia pun dah kureng.. Blusher MAC which my friend kasik, dah jadi rapuh, dan alkisahnya semalam dah habis berkecai sebab terjatuh..

Haritu kebetulan browsing through website Ilovediscounts.my, terjumpa sale makeup organizer ni.

The layout was perfect for my needs, compartment dia tak terlalu sikit dan tak terlalu banyak. I kept visiting the website and contemplated on buying it.

Ni gambar makeup organizer yang aku berkenan sangat tu.




Dia ada bahagian atas yang ada banyak compartment dan ada 3 tier drawer yang dalamnya ada lapik supaya tak licin.

Aku bajet yang bahagian atas untuk letak my skincare bottles: toner, moisturizer, hair leave on cream, contact lens solution, deodorant, SKII punya treatment essence..rasanya muat kot.

Yang drawer atas kiri boleh taruk benda kecik2 cth: cotton pads dan kotak kecik untuk letak everyday brooches.

Drawer atas kanan boleh letak toiletries set, ie nail clipper, tweezer etc.

Yang drawer tengah mungkin boleh letak Hubby punya barang ie deodorant, hair gels..

Bawah pulak boleh letak koleksi rantai n gelang ke..

Ewah2..berangan kau. As I am writing this, rasa cam tak muat la pulak 3 tier.. Hahaha.

Anyway, selepas beberapa hari asyik dok contemplate nak beli ke idok, bear in mind that it was already discounted. Harga yang ditawarkan ialah RM 151 selepas 56% discount. Bagi saya dah cukup murah dah tu, tapi Hubby kata mahal. (but he doesnt know anything does he?)

Anyway, setelah berfikir2 akhirnya tak jadi beli. Sebab apa? Sebab dia tulis kat dalam website, made of 'food grade plastic'. Saya tak tahu apa maksudnya, whether it means it is of good quality ke tak, tapi rasanya ity tak sama dengan acrylic. Sebab semua makeup organizer yang saya tengok, sama ada yang dijual kat US, ataupun dalam blog2, semua dibuat daripada acrylic. Dan saya ada baca dalam website, yang acrylic ni is the plastic substitute of glass. Sounds like a good quality! Tapi sayangnya, yang kat ilovediscounts tu ialah 'food grade plastic'. Penat carik sama ada ianya sama dgn acrylic ke tak, tapi tak jumpa jawapan.

Tambah lagi, aku tak dapat pegang and nilai the thing I'm buying, so in the end I had to let it pass...

After that, aku jumpa website Malaysiayang jual organizer ni. Seperti yg dijangka, harganya mahal!! Aku tak jumpa design yang sama dengan yang kat ilovediscounts tu, tapi tengok2 harganya mungkin dalam RM 300-400 kalau nak beli yang betul2 kena dengan selera dan keperluan aku.

Good news is, they just updated their website to say that some if their collections ada kat Parkson Pavillion, dekat Level 6, berdekatan dgn collection Bohemian Crystal. At least I can have a browse, try test kalau ada yang berkenan dan paling sesuai dgn keperluan aku. Kalau mahal sangat say bye2 aa, might as well get it from US or something!

But sudah tentu aku memang akan dapatkan satu untuk bilik aku satu hari nanti. Cantik sangat!!

P/s: Hari ni 10 Aug ialah hari lahir cik nurinkhairi ni. Hubby belikan kek Secret Recipe macam2 jenis slices ada, satukan jadi satu kek besar. Beli yang macam2 jenis supaya tak muak. Umur dah makin bertambah, lagi banyak la barang skincare ni ek..lagi tinggi makeup organizer ku kena carik hehe

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh 

6 comments:

  1. Replies
    1. I ada jual make up organizer

      Follow instagram/fb
      Lydiastreetstyle

      #makeuporganizerbylydia

      Whatsapp/sms 013-6342053

      Delete
  2. bukan saya jual.. click link Makeup Organizer kat atas..dia ada jual

    ReplyDelete
  3. Saya ada jual make up organizer bole whatsapp/sms 013-6342053

    Follow instagram lydiastreetstyle or page fb lydiastreetstyle

    Price range rm35-rm200

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...