nurinkhairi: Design Kitchen Cabinet

19 September 2013

Design Kitchen Cabinet

19 September 2013
Setelah begitu lama tertangguh, akhirnya saya mulakan hasrat saya untuk design my kitchen cabinet. Dua benda utama yang saya ingin design adalah my kitchen cabinet dan wardrobe di dalam master bedroom. And I have finally started!

Selama ni banyak sumber rujukan yang digunakan, seperti majalah Impiana Dapur, pergi ke expo (ni mungkin sekali aktiviti tetap kami hehe), dan yang terbaru, blogs terutamanya dari Malaysia, which is lebih realistic dan boleh relate. 

Bagi kes seperti saya yang mempunyai banyak masa untuk berangan tentang kitchen cabinet dan wardrobe, setiap kali saya ada masalah dengan current wardrobe or kitchen cabinet design di rumah mama ni (I am still living off with my parents, since Hubby and I long distance), saya selalu make a mental note supaya design nanti akan address masalah2 ni. Malangnya saya tak pernah tulis di mana2, jadi mungkin saja beberapa mental note tu dah pun lupa.....pengajaran untuk masa hadapan.

Setelah belek2 a few catalogs dan diikuti dengan berjumpa dengan salah satu daripada kitchen cabinet punya showroom pada hari Isnin lepas (tapi bukan my KC contractor, hehe) , saya dapat clearer picture bagaimana design kitchen cabinet yang saya nak dan what are the jargons dalam KC world ni.. (contoh: base unit, wall unit, etc). Selama ni memang selalu ke expo tapi tau sikit2 je..in which case, as always, Hubby knows more than I do!

Panjang pulak intro..

How I start designing my kitchen cabinet

What I was most excited was, to ensure my kitchen cabinet is most functional and will work around my needs. Like I said, I have imagined this dah lama, cuma sekarang I have put it on paper and work on this, slowly.. Saya dah cuba melukis tapi sebab tak berapa cantik melukis, tak berapa la nak menarik. I wanted to try using software to visualize better, Hubby ada satu app dalam iphone dia, namanya Home Design 3D tapi kurang praktikal untuk saya guna sebab dalam iphone, ia perlukan iOS 6 tapi saya hanya ada iOS version 5. So I turned to Microsoft Excel, yang juga insyaAllah membolehkan saya tweak dengan senang pada masa depan, sebelum saya finalize my design. Juga senang digunakan untuk communicate dengan my KC designer nanti.

Di bawah adalah draft plan for my kitchen cabinet, menggunakan layout dapur yang sedia ada. Unfortunately saiz dapur saya sangat lah comel, hanya dalam 10' x 9' sahaja dan saya sedar that I am dealing with a limited amount of space, jadi kenalah design dengan betul! 


As you can see, setiap module kitchen cabinet ni saya labelkan dalam gambar ni.. A sampai J, tujuan dia senang nak describe dalam ni. You may think I am starting on a loooong post here..I think so too.. 

My module E adalah dalam kategori "mungkin buat". Yang E ni akan menyebabkan kabinet dapur saya sedikit terkeluar daripada ruang dapur, tapi itu adalah perlu jika saya nakkan counter space yang lebih besar. Kalau E tu saya tak buat, counter space saya hanyalah D dan I, iaitu hanya dalam total 6 kaki je panjangnya. 3 kaki tu tak panjang pun..dalam 1 meter je. Bayangkan la kalau 1 kaki for each side, boleh letak apa je oi.. campur dengan nak letak blender nye, mixer nye, pinggan mangkuk siap cuci nye, lagi2 kalau ada open house/kenduri, rasanya susah nak letak bahan2 mentah atau makanan kalau ada space kecik begini. Tambah pulak kat tengah2 tu agak sempit, mungkin susah nak letak meja. island table memang jauh sekali lah.

Module J pulak is our future project. Yang ini adalah meja makan mini dengan kerusi..can be used untuk sarapan pagi etc.. Tak mampu nak buat sekarang, byk lagi yang kena dibuat :D

Assess my usage and storage needs

By assessing what I need to store and what I need to put on counter, kerana ini lah saya merasakan yang counter saya tu tak cukup. Saya juga kena carik solution atau compromise oleh sebab kekangan space.. contohnya, kalau di rumah sewa dulu saya biasa letak mixer dan breadmaker di atas counter, sekarang saya kena khaskan storage dalam rak untuk barang2 tu dan hanya keluarkan kalau nak guna je. Tak payah nak tayang2 haha. Dan mungkin jugak khaskan dishrack tergantung seperti gambar di bawah.

Gambar ni adalah front view untuk module F - I



Gambar ni front view untuk module A - E


Berbalik semula pada topik, mula2 saya list down what goes where dan inilah hasilnya:

A (bhgn base): Fridge
A (rak bahagian atas): Barang yang jarang digunakan. Kemungkinan sekali separuh daripada rak tu nak buatkan slot2 khas untuk letak baking tray, baking sheet, roller, dan separuh daripada rak tu pulak untuk letak barang2 baking dalam bekas..seperti measuring cups, icing pipe, dan sebagainya.

Gambar slot2 khas tu seperti ni:

sumber


B (atas): Tak pasti lagi
B (tengah): microwave oven dan oven
B (bawah): Drawer yang agak dalam untuk simpan pinggan mangkuk , contoh macam kat link ni, guna plate organizer. Lebih suka guna drawer untuk simpan pinggan sebab tak perlu cari kat dalam2..ataupun ada idea lain ye kalau masih menggunakan rak biasa?

C: Tall unit untuk simpan barang2 kering - roti, kopi/teh, gula, canned food, tepung, snacks, cordial, etc - KC contractor offer tambahan pull out basket (bayar lebih sikit la) tapi saya tak pasti ketahanan dan reliability pull out basket.. basket tu tak melendut ke? Kalau barang tak penuh dalam pull out basket tu, adakah dia akan jatuh? Contoh kalau kita letak botol2 sos ke.. Tapi mungkin boleh mitigate dengan letakkan basket asing.

Saya berangan nakkan set drawer ni sebenarnya....

sumber
D (atas): Oleh sebab ku banyak jugak stok pinggan Luminarc dan Corelle (ni nak promo jual murah la ni hehe), jadi set drawer yang dua dari bawah rasanya untuk simpan pinggan mangkuk jugak. Drawer yang belah atas untuk simpan cutlery tray dan letak cutlery seperti garfu, sudu, senduk nasik, etc.. Cutlery seperti pisau pemotong, peeler etc saya akan cerita kat mana saya  rasa sesuai untuk simpan..
D (atas kaunter): Untuk letak electric kettle 
D (bawah): Tak pasti lagi

E: Pun tak pasti lagi

F: Ni tempat sink, jadi base unit bawah sink tu kemungkinan untuk buat rak biasa untuk letak cleaning essentials. Juga berminat untuk letak recycle bin dari IKEA, tak ingat jenis mana. 

G: To me this is one thing I am quite specific on. Oleh sebab area ni adalah area memasak dan saya tak banyak ruang untuk letak barang di atas kaunter, saya perlukan tempat untuk simpan barang2 yang saya senang capai masa memasak dan prepare bahan mentah. I think the slim drawer can do the job. Contoh gambar seperti di bawah, tapi tak terlalu slim macam ni sangat..

Tempat ni saya nak khaskan untuk letak botol2 spices, botol kunyit, garam, gula untuk masak, asam, etc. Bahagian drawer bawah pulak mungkin untuk letak pisau pemotong, peeler, can opener, sudip..sebab tu saya tak nak drawer ni terlalu sempit. Dalam 1 kaki lebar ok la kot..

H: Is my hob and hood. Bawah rak tu mungkin untuk letak tong gas dan foodstuffs seperti bawang, potato, dan tong beras.

I: Bawah rak tu mungkin akan letak pull out basket yang heavy duty untuk simpan kuali, pots, pans. Tapi saya masih tak pasti cara yang terbaik utk simpan benda2 ni tanpa perlu memakan banyak ruang dan tanpa perlu bertindan with each other. Pernah saya google simpan pots and pans but mostly akan menyebabkan pembaziran ruang. Manakala kalau google simpan kuali, jarang dapat jumpa apa2 yang inspiring!

KC contractor pernah cakap ada pull out basket boleh tahan 10 kg, tapi kalau nak heavy duty boleh upgrade ke 30 kg.

Rak bahagian atas masih tak pasti nak letak apa.

Finally! Bagi saya this exercise was beneficial to me sebab:

- Selepas saya dah identify my storage needs, baru lah saya come up dengan cadangan untuk letak drawer lah, pull out basket lah bla bla. Jadi boleh optimize what works to my needs. Semua orang keperluan dia berbeza
- By doing this process, i.e. dengan membayangkan apa yang saya akan letak dan di mana saya akan letak, saya perasan yang saya dapat tau apa lagi yang saya lupa nak identify (boleh paham ke ayat yang terbelit ni??). Contohnya, bila dah siap , baru saya perasan yang saya takde tempat nak letak tong sampah dan washing machine! Layout rumah saya ni menyebabkan dapur terletak di tengah2 jadi both depan dan belakang dapur ni adalah laluan orang, jadi tak sedap nak letak tong sampah keluar daripada area dapur ataupun takde tempatnya yang khas. 

Satu lagi adalah washing machine, tapi oleh sebab takde space mungkin kami akan jadikan bilik kecik di bawah sebagai tempat letak washing machine. 

Assess project stages

Untuk tambahkan aksesori macam Blum drawer dekat tall unit ataupun pull out basket di module I ataupun apa2 lagi yang I terasa nak, saya tengah assess kemungkinan untuk buat lain kali, i.e. bukannya straight masa buat kitchen cabinet. This is to save cost la kann.. Contohnya kena survey dulu saiz standard drawer atau pull out basket, and make sure rak yang kita buat tu boleh accomodate that bila kita nak beli lain kali. Yang ni masih lagi survey..

Other things I learnt

- Pinggan mangkuk yang kerap digunakan seharusnya letak dekat dengan tempat mencuci supaya tak ulang alik basuh pastu simpan. Sebab tu saya ingat nak letak dishrack. Tapi yang tu pun masih lagi teragak2 sebab macam mana pulak dengan budak2 kecik nak letak pinggan mangkuk sendiri kalau tinggi sangat? Thanks to Susun Atur Sioca sebab baru I teringat.. :D 
- Kedudukan microwave oven pun agak tinggi dan susah untuk budak2 capai. Masih tak pasti lagi. Rasa macam tak cantik la pulak untuk letak microwave di bawah dan oven di atasnya kann.. ke ada orang buat?
- Yang ni memang dah aware la.. cuba tengok kedudukan sink dengan dapur saya.. dekat kan? Kalau camni mau terpercik air kena kat minyak panas....huhu.. Saya pun masih tak pasti macam mana nak solve ni. Ada bincang dengan Hubby dan kemungkinan untuk masa2 biasa, kami boleh utilize satu sink je (sink yang kami beli ni is 3 sink) dan sink yang dekat dengan dapur tak digunakan. Tapi sampai bila boleh disiplin begitu? Mesti tak punya.. Nak taknak, until I get a better solution, I think we have to live with this. 



So if anyone of you is reading this, ada ke apa2 lagi storage dalam dapur yang saya terlupa? Kat mana anda letak tong sampah? Ada ke antara cadangan2 saya ni yang rasa seperti tak praktikal dari segi functionality dsb?

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

10 comments:

  1. uishh panjang betul post ni..btw i like the way you plan it..semuge dpt dapur idaman! satu hari yg indah sy akan cerita pasal dapur sy k :)

    ReplyDelete
  2. Nnt cerita la ttg your storage..what worked n didnt work for u ye..boleh take note

    ReplyDelete
  3. hihi.. tiba2 jadi silent reader. oh, rumah i pun have limited space of storage.

    untuk kuali, pan and pots, mana yang boleh hook, i hook dalam pintu cabinet.

    since my cabinet takde specific storage untuk microwave and oven, i terpaksa la letak segala mak nenek blender, mixer, rice cooker dalam cabinet. maybe awak buat satu bahagian untuk letak semua gadget tu. except kettle sebab kettle everyday use. yang lain2 tu jarang guna.. so why not simpan je kat dalam..

    as for tong sampah, untuk elakkan halangan laluan, put it under your sink. dalam cabinet tu.. lagipun selalunya bawah sink letak detergent and cleaning essential. and barang2 mcm ridsect tu..

    tu je opinion i..

    btw, cun betul arrangement storage untuk pinggan tu. cool!! senang tak payah susah2 ambil yang bahagian dalam2

    ReplyDelete
  4. Hai arina,
    Brownsugar tu blog u ke? Saya nampak u gantung kuali, pots tu x jatuh ke. Kalau terhempas pintu almari ke, x jatuh ke ye? Haritu ada terfikir gantung jugak tp x pasti la sbb takut jatuh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah blog suam2 kuku syok sendiri...

      tak jatuh. i hook guna paku.. jangan ketuk sampai habis berlubang bahagian depan lak.. so far takde la jatuh.. tapi make sure pintu cabinet ada space dengan rak bila tutup.

      Delete
  5. salam kenal..amboi rajinnye..siap buat paperwork ek...follow me back ya

    ReplyDelete
  6. Cantik sket nak present..nak cakap dgn contractor pun senang..saya melukis buruk :D

    ReplyDelete
  7. arghh.. bestnye.. leh buat rujukan ni.. hihii. kena buat homework siap2 kan.. nnt jadi main office kita jugak.

    ReplyDelete
  8. Wahhhh bestnye kalo leh bt kc jenis pull out mcm tu.. Ala sy dh bt kc.. Xleh undur blk dh.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau u memang ada tall unit, boleh je tambah dalam tu dengan pull out basket tu. Kalau takde tall unit payah sikit la..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...