nurinkhairi: DIY Tampal Bunga Renda Atas Tudung Bawal

01 September 2013

DIY Tampal Bunga Renda Atas Tudung Bawal

01 September 2013
Baju raya warna hijau. Tudung pun warna hijau. Semua beli baru. Kami beli tempat biasa la, Jalan TAR. Pergi waktu lepas kerja masa bulan Ramadan, jadi memang tak banyak masa. Berkejar untuk habiskan beli baju Hubby and I. Baju cik Aisyah pun tak sempat beli masa tu.

Saya memang orang tudung bawal. My tudung can be really simple aku tak kisah. Dan tudung bawal ni takde la mahal mana..dalam RM 25 tu kira ok la. Waktu nak carik tudung hijau tu, dengan laju je carik, akhirnya jumpa, terus beli. Tak begitu berkenan sebab takde sulam2, hanya ada bunga2 cam gambar kat bawah ni.. jadi nampak memang la sangat simple dan tudung murah je. Tapi I memang jenis tak kisah je, so beli je la.


Bila balik, sungguh aku tak sangka, rupanya bunga tu bukannya terletak kat hujung tudung, tapi terletak kat atas kepala. Bila aku pakai, memang nampak sangat macam.....tanduk! Huhu. Bila aku try adjust supaya tak terletak sangat atas kepala, boleh la jugak turun kan supaya tak betul2 letak atas kepala, tapi tudung tu jadi saaangat labuh dan nampak pelik untuk tudung bawal.





3 hari sebelum Hari Raya, I started thinking about the tanduk again, secara serius. Memang rasa tak larat nak pergi cari tudung lain, lagipun rugi la beli tudung baru tu. Kemudian, ada idea untuk DIY tudung ni.. Petang hari Isnin, lepas balik kerja, saya terus ke Jalan TAR untuk beli bunga lain untuk tudung tu. Destinasi saya ialah kedai Bunga Reben kat Jalan TAR.

Sebab memang secara impulsive nak pergi beli, jadi saya tak bawak pun tudungnya untuk sampel. Pilih je mana yang hampir sesuai. Niat saya nak cabut bunga tudung sedia ada, dan jahit/tampal dengan corak yang baru. Sambil tu ada google2 sikit tentang inspirasi tampal bunga tudung ni.



Akhirnya pilih punya pilih, saya pilih satu jenis design bunga dan saya pastikan ada at least 4-5  design bunga yang sama untuk saya gunting. Saya mintak 1.5 meter. Setelah siap gunting, saya pergi bayar. Pelik betul sebab waktu dengan promoter, saya tak tanya pun harganya.. terkejut sangat saya, yang harga nya mahal sangat!! Bila campur dengan harga gam fabrik (RM 15.90), saya kena bayar RM 72! Tapi salah saya jugak sebab tak tanya harga dan dah potong. Kiranya harga untuk DIY bunga ni 3 kali ganda daripada harga tudung tu sendiri huhu.






Sepanjang remaining 2 hari tu, gigih la DIY tudung ni.. Mak memang banyak tolong, cabutkan bunga dia memang leceh betul. Dia kena cabut satu demi satu layer bunga dia dan jahitan dia sangat halus.






Ni perbandingan bunga yang my mum cabut dan aku yang cabut. My mum's..






and mine..


Selekeh kan yang aku buat... memang gaya takde kesabaran huhu.
Lepas dah siap, renda yang dah dibeli tu, gosok dengan rata.. ni untuk mengelakkan daripada tak rata bila dah lekatkan pada tudung. Masa gosok tu, seeloknya alaskan seterika dengan sekeping kain kat atasnya supaya tak rosak bunga renda tu.



Lepas dah siap, guna gam fabrik yang aku beli kat kedai tu jugak..harga dia RM 15.90.. sapukan gam tu rata2 kat belakang bunga tu dan terus lekatkan bunga tu atas tudung. Pastikan sebelum buat tu dah agak2 la kan, kat mana bunga tu kita nak taruk kannn.. Ulang untuk semua bunga.



Lepas dah siap, tunggu je lama sikit bagi dia kering. Kalau nak yakin lagi, boleh gosok untuk kali terakhir, tapi like I said, tunggu lama sikit bagi gam dia kering.

Akhirnya ni dia hasil DIY yang memakan modal yang mahal..haha. Takpe la , asalkan dapat beraya tanpa tanduk atas kepala.. :D







If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh









1 comment:

  1. cantiknye…pandai buat. …saya pun minat buat manik atas tudung….

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...