nurinkhairi: Idea Gantung Baju Yang Nak Pakai Semula?

08 September 2013

Idea Gantung Baju Yang Nak Pakai Semula?

08 September 2013
Salah satu benda yang saya tak berapa gemar bila masuk bilik tidur ialah pakaian yang bersidai di hujung katil. Apa yang saya maksudkan ialah pakaian yang bukannya kotor (sebab baju kotor boleh terus masuk dalam bakul baju kotor), tapi pakaian yang dah pakai dan plan nak pakai lagi later. Kebanyakan baju kita pakai sekejap2 je dan tak payah nak selalu basuh je kan.. contohnya kain pelekat atau baju tidur.


Sebab bilik ni sempit, tak muat untuk letak rak gantung tuala dan baju macam ni. Tambahan pula, untuk rumah kami nanti, saya rasa macam tak berminat la nak letak rak begini, sebab takut 'disalahgunakan' untuk jadi tempat sangkut baju2 jenis gini. Bila dah jadi banyak, nanti jadi semak dan cara sangkut pun nanti main cincai je. Sedangkan sepatutnya tempat tu hanya sangkut tuala, telekung atau pakaian dalam kuantiti minima je (1-2 helai max I think).

Tapi kalau tak guna rak macam ni, nak guna apa ye? Ada sesiapa ada idea ke? Macam mana dengan tempat sangkut benda2 gini kat bilik tidur blogger2 lain ye..curious la. 


Anyway, kat belakang pintu bilik memang dah ada tempat gantung gini.. Mama yang gantungkan. Saya pun tak gemar benda gini, sebab bagi saya rasa semak, tapi sementelah dah ada so guna je la kann.. Tapi tempat gantung ni selalunya dah penuh dengan seluar kerja, anak tudung dan tudung yang saya plan untuk recycle i.e. guna semula. Kalau Hubby balik, seluar jeans pun gantung kat sini.

Jadinya, stok kain pelekat, baju tidur, seluar/baju rumah selalunya tersidai kat tepi katil. Eee..geramnye tengok. Timbul idea untuk tambahkan lagi tempat sangkut kat dalam almari pulak. Walaupun masih tak berapa gemar dengan solution camni sebab takut terkena dengan baju bersih, but I think this is the best at this point daripada berperang emosi (lah sangat kannn..haha) tengok baju tersadai kat hujung katil. Kadang2 berlipat tu ok la sikit tapi kalau yang encik Hubby..main campak je ler dia..hehehe..

Bila tengok2 kat kedai Carrefour di cawangan Bandar Tun Hussein Onn ni, kat bahagian hardware/DIY dia hanya ada jual penyangkut yang jenama 3M tu..yang claimed tu be heavy duty. Harga satu penyangkut tu je dah dalam RM 11. Well, we do not need to have a heavy duty punya penyangkut kan..

Lepas tu di bahagian kedai2 kat Carrefour tu, ada satu kedai nama OK Shop, dekat je dengan Carrefour, just before the one and only elevator untuk turun ke ground floor. Kat situ I found some nice looking penyangkut, it is a pack of three. And they were priced at only RM 2. Kat situ dia tulis that it can hold weight up to 2 kg. OK sangat lah tu. I particularly wanted to have penyangkut yang jenis gam, bukan jenis suction atau yang menggunakan paku.


Nasib baik jumpa yang ni sebab nyaris2 nak beli dekat kedai 5 ringgit macam Hinode Shop. 

Dan good news, pada hari yang lain masa tengah pergi ke Econsave Balakong, I found the exact same design of penyangkut, tapi it is a pack of two, dan harganya RM 3.95 ! 

Same penyangkut, pack of two, tapi harga RM 3.95 . Zoom tu bahagian paling atas, tengah

Hasilnya, berpuas hati la  sikit. I still don't like cara penggantungan begini (tapi ini lah yang paling cepat) , tapi at least rasa semak tu is hidden from view. 

Sebab almari saya ada 4 pintu, saya gantung 2 hook di setiap pintu. Total 8 hook semuanya. Haa kalau tak cukup lagi tak tau la. Sekarang everytime I see any of my Hubby's baju lying around at the edge of the katil lagi, I will hang them kat dalam ni. I think he knows the drill already ;)




Tapi masih lagi bukan my long term solution untuk rumah baru nanti. Oleh kerana dalam master bedroom di rumah baru nanti, jarak antara katil dan almari adalah agak jauh, kemungkinan sekali cara ni takkan praktikal. Almari baju mungkin agak jauh dari pintu. Jadinya, kalau nak cepat, nak ke almari mengambil masa sikit. Saya ada jugak fikir2kan cara lain untuk store pakaian gini..  I'm thinking something like chest box kat depan katil? Ataupun mungkin  rak gantung baju macam gambar pertama tu, tapi mempunyai palang yang minima supaya tak tergoda letak macam2 baju kat situ? Ntah la..


Tapi idea chest box ni macam besar sangat..padahal baju2 nya bukannya banyak pun. Dan somehow, perasaan mencampakkan baju dalam chest box ni , terasa macam campak baju kotor pulak, bukannya baju yang nak pakai semula. Oi cerewetnya!! *geram*

So ada sesiapa yang ada good storage solution untuk towel dan baju2-yang-bukan-baju-kotor-tapi-baju-dah-guna-dan-nak-digunakan-lagi ?

Update Nov 2014: Penyangkut serbaguna yang saya beli ni cepat rosak, sebab murah sangat rasanya. So saya suggest untuk invest yang lebih berkualiti, contohnya macam penyangkut brand Command. Mahal tapi puas hati, sampai sekarang masih ok lagi penyangkut brand Command saya.


13 comments:

  1. Salam.
    Saya ada idea, kalau2 nurin setuju. Saya takde gambar nak tunjuk sbb saya baru pindah. Rak tu dah donate. Nurin blh guna rak penyidai dari ikea. RM13.90 je kalo xsilap. Ada satu palang je, tapi kukuh dan tak terbalik punye. Rak ni slim je,kaler putih. Kalau baju atau seluar blh letak kat hanger gantung kat rak ni sbb rak ni tinggi.kalau sejadah, pelekat, telekung ke boleh lipat mcm biasa sangkut je kat rak tu...
    (huhu...harap blh dapat gambaran)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm kat sini ke su?

      http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/deko-rumah-dengan-barang-ikea.html

      Delete
    2. Salam. Tq semua for the opinions. :)
      Macam blur2 lg by reading the description ttg rak tu, tapi bila fizah bg link tu..oo..macam ni kah rak ikea yg dimaksudkan ye?

      Delete
    3. Haah yes2...exactly mcm yg kakfizah bgtau kt entri dia.. :-)

      Delete
  2. facing exactly 100% the same problem..google gak idea tp tak jumpa solution..agaknya omputeh takde mslh ni kut...hurm

    apapun my solution (for now), gantung blkg pintu jgk..nti one sweet day akan cuba up entri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp rasa rimas kan gantung macam tu..for now tu lah dua cara yg saya guna: gantung blkg pintu dan gantung blkg pintu almari

      Delete
  3. saya selalu masuk almari sangkut balik tp terbalikkan baju tu..tapi kena ada ruang berasingan la dari yang belum pakai..takut berbau acum ke tak sedar kan.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for the response :) Ada jugak plan nak create salah satu unit untuk almari di rumah sendiri nnt (custom wardrobe), sbg tmpt letak baju2 gini, supaya x campur dgn baju bersih. Tapi jena fikirkan practicality jugak..sbb almari ni bkn di laluan traffic dlm bilik nnt jadi takut x praktikal

      Delete
    2. Tq for the response :) Ada jugak plan nak create salah satu unit untuk almari di rumah sendiri nnt (custom wardrobe), sbg tmpt letak baju2 gini, supaya x campur dgn baju bersih. Tapi jena fikirkan practicality jugak..sbb almari ni bkn di laluan traffic dlm bilik nnt jadi takut x praktikal

      Delete
  4. saya basuh jer terus...muwahahaha...lagi ar senang... ;p

    ReplyDelete
  5. saya sangkut belakang pintu gak! semak!!! sgt semak! errrmm..tgh carik solution caner nk setel!

    ReplyDelete
  6. hehe sekarang saya ada satu ruang dalam almari yang memang khas untuk gantung baju yang nak dipakai semula. semua gantung stu..sejadah, kain pelikat, baju tido dll. mula hubby tak disiplin jugak. tp lama2 bila dia tengok kita buat, dia pun ikut sama. tapi, cara dia hang tu tak la kemas mana..tp syukur gak la..

    ReplyDelete
  7. Cadangnya nk buat gitu la tp kena consider lg sbb almari bkn di laluan trafik. Kalau tak keberatan, share lah gambar kt blog ke...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...