nurinkhairi: Melawat United Kingdom Day 2 - Windsor & Windsor Castle

02 September 2013

Melawat United Kingdom Day 2 - Windsor & Windsor Castle

02 September 2013


Lepas kami carboot dan pulangkan kereta, pergi ke Heathrow Airport dan tunggu bas untuk ke Windsor Castle. Lama gila tunggu bas! Seingat aku dok kat UK tak pernah la pulak bas tak menepati masa tapi yang ni jenuh kitorang tunggu..last2 kami ingat bas untuk ke Windsor Castle tu bukan kat sini lagi, tapi ada sorang makcik tu pun tunggu bas yang sama jugak.. Dari London Heathrow ke Windsor Castle, perjalanan dalam 30 minit gitu.

Lepas tu masuk je bas, terus breastfeeding cik Aisyah..ada ku kisah? Orang lain pun tak kisah wehh..
Janji cik Aisyah kenyang.. :D

Tu dia pak guard yang tercegat tuu

Datang situ memang ingatnya nak ke Windsor Castle tu lah kan.. Tapi sayangnya, by the time kami datang, dah ada pak guard tercegat depan entrance sambil cakap kat passers-by..that they are closed at 4.30 pm.. So kami dah terlambat setengah jam..huhu.. Kempunan pulak dah datang jauh..

 Tapi takpe lepas tu kami pun jalan2 la kat sekitar pekan Windsor ni. First stop was Windsor Great Park. Kenapa nama dia Great Park? Mula2 kami masuk perkarangan dia, tercengang kejap. Memang sangat la great!



Park dia sangat la panjang dan berdepan dengan salah satu istana tapi taktau istana nama apa. Kat park ni memang sesuai lah sangat untuk picnic..banyak pokok oak dan sudah tentu kami tak jalan jauh ler..duduk yang dekat2 situ je.. Lama jugak duduk kat sini, baring2, makan, amik gambar sudah tentu, breastfeeding, siap tukar nappy Aisyah lagi guna baby wipes..!

Ni bahagian depan park tu..depan istana taktau apa nama


Lepas tu kami berjalan2 ke arah River Thames. Windsor ni masih area London, dan River Thames pun merentasi pekan Windsor ni jugak. Banyak gift shop dekat bertentangan dengan Windsor Castle ni..cam biasa beli fridge magnet la kann.. Standard harga ialah 5 pound untuk 3 magnet.. Tapi kan, bila dah berjalan jauh sikit dari Castle tu, i.e. ke arah River Thames, kecewa sebab ada lagi fridge magnet yang murah.. ie 4 pound untuk 3 magnet gitu.


Sebelum balik semula ke London, kami jalan sikit untuk ke Windsor Train Station sebab nak solat. Ada nampak tempat baby changing jadi we went there lah, and rupa2nya nappy changing tu sama bilik dengan toilet untuk handicapped. Dia ada foldable station tu je untuk tukar nappy. Apa je lar...penat je pergi.

Pastu dekat area train station tu memang banyak kedai (High Street), kadang2 target kitorang ialah tempat try baju kat kedai baju etc..tapi time tu dah lewat, dah nak pukul 7 (waktu summer haritu, Maghrib pukul 9 lebih). Kedai semua dah tutup. Tapi nasib ler nampak kedai Waitrose. Kedai Waitrose ni macam kedai supermarket la, tapi yang 'up' punya.. selalu kitorang ingat Waitrose ni harga barang dia mahal sikit and tempat mak datin mat saleh shopping groceries.. Tak pernah shopping kat Waitrose sebab masa study di UK dulu, jauh dari rumah.

Bila masuk kat situ, ground floor dia kami nampak baby changing room lagi. Alhamdulillah jumpa bilik yang besar dan bersih. Yang aku tak puas hati nye, dia bilik breastfeeding sekali tapi kan..alahai kecik gile bangku untuk mommies breastfeed. Tak selesa langsung. Kalau biasa aku pergi kat mana2 sure ada sofa yang selesa, ini bangku kayu serupa bangku kantin sekolah jek.. Bilik dia serius besar tapi tak utilize space sepenuhnya pun.


Lepas tu kami pulang ke Heathrow Airport, dan untuk save cost transportation can you believe it or not, we hopped onto the free shuttle van yang bawak ke car rental punya tempat, the place where we dropped our car pagi on that day. Hotel kami pada malam kedua ialah Arora International Hotels dan dia boleh jalan kaki je dari tempat car rental tu. Walaupun breakfast tak disediakan, tapi bilik hotel paling cantik antara 4 hotel di UK yang kami duduk sepanjang di sini (every night kami tido hotel lain). Wifi pun ada free.


Iron and board dengan kettle, organize dalam cabinet. Neat!

  

2 comments:

  1. Sukanya idea susun iron board tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inspirational tempat iron dan kettle ni..tu yg amik gmbr. For safety reason, nampak tak atas cerek tu ada kayu yg jadi sbhgn drpd rak kan..for safety reason, cerek tu xkan operate kalau kita x angkat kayu tu. Kayu tu ada hinge utk angkat ke atas

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...