nurinkhairi: Melawat United Kingdom Day 3 - Kota London

15 September 2013

Melawat United Kingdom Day 3 - Kota London

15 September 2013

Untuk hari ketiga, memandangkan beg kami banyak, kami tinggalkan semua beg di hotel Arora berdekatan dengan Heathrow Airport tempat bermalam for the 2nd night, kecuali satu beg yang perlu saja untuk dibawa ke bandar London. Kalau bawak semua ke London, memang jenuh kena sewa teksi la ni, dan pengangkutan awam macam teksi ni sangat mahal kat UK..rasanya2 mungkin boleh mencecah 80-100 pound mungkin, memandangkan jarak Heathrow Airport dengan kota London agak jauh, dalam 30 km.

Harga untuk naik tube dari Heathrow Airport (Zone 5) ke tengah London (Zone 1) ialah 5.50 pound per adult. Harga tube London ni tak ikut destinasi, maksudnya kalau nak berhenti satu stop lebih awal ke, harga dia tak beza dengan satu stop sebelumnya, as long as dia sama Zone. Harga dia ikut Zone..ada Zone 1,2,3,4,5. Kalau memang naik tube, dinasihatkan untuk beli daypass ticket je, harganya 8.80 pound per person. Yang tu boleh guna untuk mana2 steset tapi within Zone 1 dan 2 sahaja. Kalau nak ke Zone lain, harga nya lebih mahal.


Destinasi kami yang pertama ialah station tube bernama Marble Arch sebab nak collect tiket untuk naik tour bus.. ye, ni kali pertama saya naik tour bus. Bagi yang ada baby kecik, rasa convenient untuk naik tour bus sebab tak perlu turun naik tube. Memandangkan kami bawak stroller, susah jugak kalau naik tube je selalu. Kebanyakan tube takde wheelchair access, cuma ada tangga atau elevator, jadi bila kat tangga tu we ended up angkat sampai ke atas. Lagi satu sebab senang nak breastfeed :)

Bus tour yang kami naik adalah The Original London Sightseeing Tour. Ada dalam 3 company bas yang mengendalikan bus tour ni, salah satu competitor nya ialah The Big Bus Tour. Bagi saya, Big Bus Tour tu lebih frequent , i.e. masa menunggu tak begitu lama. Ada tiga route in total dan untuk jump from one route to another, kena tunggu kat tempat2 tertentu. Kadang2 lama jugak nak tunggu.. Lagi satu, tiket yang kami beli tu harga dia 42 pound seorang, yang ini untuk tiket valid selama 24 jam. Jadi tak kisah la kita beli bila, it is still valid for 24 hours. We knew that bus company Original London Sightseeing ni, bus dia sampai malam la jugak..dari pukul 7 pagi sampai 8 malam camtu, tapi kann, by pukul 5-6 pm, dah tak banyak dah bas dan hanya tempat2 yang hot je yang masih banyak bas company ni. Jadinya, memang perlu keluar pagi2 untuk get the most out of this bus ticket.

Tower of London
Lepas kami round satu kali dengan bas, kami pergi ke hotel untuk letak beg dan solat, pastu sambung balik jalan2. Destinasi pertama yang kami turun dari bas ialah London Eye..destinasi wajib bagi banyak pelancong. Harga tiketnya bagi saya mahal, dan pada pendapat saya hanya berbaloi pergi sekali. Kalau tak naik langsung pun takpe sebab harga mahal dan takde la apa sangat pun..tengok pemandangan London dari atas je..haha. Harga tiket bus tour tu sebenarnya dah include tiket London Eye. Walaupun ramai yang beratur untuk naik, tapi masa menunggu tak begitu lama sebab masa naik hanya dalam 30 minit (or less), dan gerabak dia banyak.                                                              

 

Bangunan parlimen dan Big Ben - pemandangan dari London Eye
Destinasi seterusnya ialah ambik gambar at nearby attractions, i.e. bangunan parlimen, menara jam Big Ben, ambik gambar di depan Buckingham Palace (masa tu dah maghrib).
The Parliament

Buckingham Palace - dah malam dah..

 Lepas kami jalan2 round2 nearby London Eye, kami pusing semula ke London Eye, niatnya nak naik semula tour bus untuk pergi ke stesen bas yang paling dekat dengan hotel. Hotel kami Edward Hotel, near satu park nama Hyde Park. Waktu tu dah pukul 8. Tapi tak nampak2 pun bas..ni mesti bas dah finish operation. We were contemplating of our option to go back..rasanya teksi je la option kami but kalau naik taxi mau melayang lagi dalam 7-10 pound agaknya. 

Last2 kami decide untuk jalan kaki di malam2 hari tu..kami jalan dalam 7 km lebih. Selama 2 jam! Seronok jugak jalan kaki, tak rasa penat pun.. malam2 sejuk dan berangin. Takde la sejuk sangat sebab masa tu bulan Julai, so masa summer. Summer awal bulan Julai masih lagi sepoi2 sejuk di London and kadang2 je boleh bukak jaket. Kalau tak, agak berangin jugak..angin dia yang sejuk tuu..

Takde keje amik gambar dari depan kedai :)
Kami lalu area2 Pall Mall (ingat tak dalam Monopoly nama ni?? hehe), area Hyde Park, area Mayfair (Monopoly! tempat ni yang paling mahal dalam Monopoly). Kami lalu area2 kawasan high class dan lalu Oxford Street jugak (tempat shopping popular kat London) tapi kedai dah tutup la.. kat sini kul 6-7 je kedai dah tutup kannn.. Alhamdulillah after 2 jam jalan, pukul 11 kami sampai hotel..nasib baik la tak bertembung dengan orang mabuk ke huhu.


If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh









1 comment:

  1. Sorry, tumpang iklan ye Tuan Blog...

    Kepada sesiapa yang nak melawat kota London, kami ada menyediakan servis penginapan budget di London :

    Homestay di london
    @
    Homestay-london


    TQ n sorry again..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...