nurinkhairi: Pengalaman Dapat Baucar Penginapan Percuma

11 September 2013

Pengalaman Dapat Baucar Penginapan Percuma

11 September 2013
Ada tak yang pernah di-offer holiday package sama ada dalam atau luar negara? We did, dalam bulan April tempoh hari, masa datang salah satu expo home renovation , tak ingat expo apa.

Waktu tu, we signed up for flooring package. Kami sign up dengan Inovar Floor untuk supply kami lantai kayu yang slabs panjang2 tu. Cadangnya nak tukar kayu parquet di tingkat atas rumah. Kami bukan tertarik untuk beli sebab pakej cuti2 tu pun, lepas dah sign up baru saleswoman tu gitau.

These are what we got:

- Pakej penginapan 4 hari 3 malam di hotel/resort di Bali atau Phuket, DAN
- Pakej penginapan di dalam Malaysia 3 hari 2 malam. Contoh: P Pinang, Langkawi atau Perhentian

Ada banyak T&C untuk dapatkan package ni. Salah satunya ialah saya kena activate kan voucher ni dalam website mereka, Revelation Rewards (company ni nama Max Revelation) sebelum 31 May. On the last day baru ler saya activate voucher tu, tapi ada masalah dgn website tu dan saya tak dapat confirmation email mengatakan activation dah confirm.

Bila saya call Person-In-Charge, dia janji untuk confirm balik sama ada voucher saya sudah activate ke belum. Sampailah bulan Ogos baru saya teringat semula, takde orang yang call saya. 2nd T&C adalah yang saya kena book hotel yang saya pilih tu dengan mereka, within 3 months of activation. So deadline saya ialah 31 Aug.

Bila call balik PIC tu Mr Praise, rupanya dia dah berenti! Ada sorang lady yang take over but dia dengan bluntly nye cakap (which I did not mind) bahawa dia tengah selesaikan kes2 yang tertunggak dulu yg lebih penting.
Kes2 tertunggak tu termasuklah yang dapat voucher hotel tapi bila dah pergi ke sana, bilik tu dah double-booked, ada yang dah pergi dan pulang, tapi deposit dari company ni dah berbulan2 tapi belum dapat lagi. (Another T&C ialah kita kena bayar deposit RM 500 bila dia book hotel di Bali atau Phuket, dan RM 175 utk Msia, dan akan dipulangkan bila balik bercuti).

Akhirnya dia call saya untuk proses my voucher. Kami pilih Bali, dan kami tengok kat Air Asia untuk carik reasonable-priced tickets. Waktu tu harga tiket untuk 2 adults, 1 infant dalam RM 800-900 lebih. Paling murah RM 760.

I dengan lady tu exchanged emails (dia taknak I call, I rasa dia macam stress sbb kena settle semua benda masalah org yang dah berenti), byk kali jugak exchanged emails utk dapatkan hotel availability yg sesuai dengan masa dan flight kami.

Bila dah dapat tarikh, lady tu bagitau yang saya perlu masukkan duit dalam bank mereka, RM 500 sbg deposit.
Sebenarnya saya tak teringat, ingat2 lupa ttg deposit tu dan how much. At that point, I rasa ragu2 pulak tentang integrity of the company. Tiba2 takut kena scam pulak.

So saya google2 'Revelation Rewards Scam' dan 'Max Revelation Scam' and I found a lot of websites.

Antaranya inidan ini.

Website kedua tu, ialah tentang scams in Malaysia, scroll down to number 24. Tapi ada jugak website inidaripada CEO company ni yang refute all the tuduhan daripada website2 tu dan mengatakan ianya tak berasas dan sengaja utk damage the company. Juga mengatakan yang company dia telah partner dengan banyak corporate companies untuk offer voucher ni kepada customer2 mereka. Most of these websites are dated 2009, 2010, 2011..takde yang latest.

Walaupun website yang mengatakan company ni scam adalah bukan berkaitan dgn kes voucher holiday (it is more of jual timeshare, bknnye voucher hotel one-off camni) dan nampak seperti damaging dan sengaja, tapi masih ragu2. 500 ringgit tuu deposit!! Tambahan lagi sebab setelah byk kali bercakap dan email dgn lady tu, sounds like company ni tak terurus, hanya beberapa org je yg manage dgn byk masalah yg mereka kena uruskan. But I value that lady punya determination utk settle kan masalah kami. Dia siap suruh saya utk pergi ke Bali tu sebelum akhir tahun, sebab by akhir tahun dia akan berhenti kerja dan dia tak gerenti yg orang yg seterusnya akan manage dgn sebaik mungkin. Company tu pun dah stop kan semua voucher baru kepada company2 lain mcm Inovar tu.

Akhirnya selepas bincang dgn Hubby, kami putuskan utk tak ambil risiko, jadi kami tak pergi. I told the lady our decision dan saya cakap je dgn dia sebab kami ragu2 sbb banyak dalam website cakap pasal company ni scam. Her response was "Yeah, I got that a lot". Kami tak ralat sangat tak pergi lagipun sebab kami ada vacation club yang boleh pergi ke Bali atau Phuket jugak.

Waktu pergi ke expo Perfect Livin'beberapa minggu lalu, kami jumpa semula dengan saleswoman Inovar yang bagi voucher tu dan cerita tentang pengalaman kami dgn company tu. Dia kata dia dpt banyak complaints from Inovar customers tentang voucher tu....

Pengajarannya supaya kita berhati2 dengan offer2 too good to be true, lagi2 yang suruh kita masukkan duit.. dan make good judgment. Kemungkinan company ni legit pun tapi kami rasa tak nak ambil risiko...



If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...