nurinkhairi: Memilih Kontraktor Kitchen Cabinet - Everskill vs Maxime Designs

08 October 2013

Memilih Kontraktor Kitchen Cabinet - Everskill vs Maxime Designs

08 October 2013


Nak story macam mana saya pilih kitchen cabinet contractor. Semoga mendapat manfaat kepada sesiapa yang tengah survey contractor kitchen cabinet.

I am in the stage of dah ada kitchen cabinet contractor tapi bila nak buat KC tu masih lagi tanda tanya. Sebab seperti yang saya pernah bagitau dalam post haritu, keluasan dapur saya amatlah kecik. In the last few weeks, ada bincang dankalau boleh nak pecahkan dinding dan extend bahagian dapur dulu sebelum buat KC. That means, need to wait longer to get my dream kitchen cabinet sebab of course la, mana ada duit selepuk nak buat reno dan kitchen cabinet terus!!

Berbalik pada story tentang KC contractor, dengan internet, forums and the abundance of expo dan accessibility untuk ke multiple showrooms, we found out two contractors yang harga affordable dan
menepati cita rasa kami. (Sebenarnya kalau nak ikutkan cita rasa I ialah material kayu nyatuh untuk KC tapi kena reasonable la, duit yang ada takpayah nak splurge sangat..kayu nyatuh of course la mahal).

Di sini saya nak listkan comparison antara dua contractor ni, dari pelbagai segi.. and I will give you my conclusion later. Please let me know your experiences, comments, etc..berkenaan dua contractor ni kalau ada.

Sebelum itu, a bit of background. Maxime Designs ni HQ nya di Puchong, manakala
Everskill ada di Seri Kembangan, tapi rasanya ada 2 lagi cawangan dia di tempat lain. Everskill sudah bertapak selama 10 tahun, Maxime saya tak pasti. Selama saya selalu terjah ke expo,
Maxime ni memang di mana2 sahaja mesti ada..tapi Everskill ni tak pernah la pulak ada kat expo saya pergi (cuma ada weekend lepas - kat Malaysian Furniture & Furnishings Fair 2013 kat Viva Home). Tetapi, Everskill ni ada facebook page, aktif di forum lowyat dan interaction dengan potential customers, tapi Maxime takde website pun, dan kalau google, saya baca ada sikit bad review dalam forum lowyat. Banyak blog tulis pasal Everskill, tapi jenuh saya carik ada blog yang tulis pasal Maxime ke tak, tapi tarak..

OK, no judging now..let me present my comparison table first..


Dalam column kedua dan kelima dari kiri, unit dia 'feet' tau. Contohnya, base unit untuk Maxime Designs tu, 12 kaki.. Everskill ialah 13 kaki. Yang saya tulis 'x' semata tu maksudnya takde dalam tawaran harga keseluruhan..kalau nak kena tambah lagi drpd harga keseluruhan.

Untuk pengetahuan, Maxime ni ada pakej RM 10000 untuk kitchen cabinet dan wardrobe nya.. Manakala untuk Everskill, dia kira berdasarkan keperluan saiz kita, contohnya Tall Unit tu kami nak 4 kaki sebab 2 kaki untuk tall unit biasa + 2 kaki lagi untuk muatkan oven dan microwave. Kalau Maxime, dalam pakej RM 10000 dia hanya termasuk 2 kaki Tall Unit - kalau nak 2 kaki lagi, kena tambah lagi harga. Sebab tu comparison saiz tu tak sama.. ie apple to apple.. tapi OK la untuk compare kannn..

Summary daripada kaji selidik (la sangatt) ni:
- Harga hampir sama..tapi walaupun nampak tawaran Everskill macam lebih menarik sbb byk FOC, tapi Everskill takde almari wardrobe swing, dan pull out basket free (tp byk bende lain free la).

- Maxime ada almari 8 kaki yg sliding dgn 8 kaki swing door. Kalau ikutkan tu dah dua bijik almari dah. Everskill ada satu je almari 8 kaki, tapi ketinggian almari dia sampai ke siling

- Harga di atas tu termasuk permukaan solid surface utk Maxime dan granite utk Everskill. Kalau nk solid surface utk Everskill pun boleh, cuma kami mintak dia quote granite..mmg nk granite

- Yang ni saya tak tulis kat atas tu..tapi Maxime quote permukaan cabinet 4G (harga 3G dia sama dgn 4G) tapi Everskill quote 3G. Kalau kami nak 4G, so kena tambah RM 30 sekaki. So agak2 kena tambah dalam RM 300-400 lagi

- Mungkin bg sesetengah org, ni tak penting. Everskill kasik 3D drawing bila dah siap ukur dan kita dah kasik design. Maxime saya tak pasti

- Booking fee untuk lock price (Penting utk lock price sbb spt yg kita tahu la, harga barang2 akan naik tp takkan turun). Everskill RM 100. Maxime RM 1000

- Faktor yang ni penting bagi kami. Validity of harga seperti yg dijanjikan masa sign up. Maxime 2 tahun. Everskill : Unlimited. Maknanya kalau u sign up sekarang, tak kisah bila2 pun boleh buat..5 thn dari sekarang pun boleh

- Everskill ada promotion tambahan lagi iaitu: voucher spa utk seorg worth RM 128, dan voucher RM 500 jika harga projek lebih RM 10000. Voucher tu kiranya diskaun la, tolak RM 500 dari harga keseluruhan. Ni sekarang punya offer la..tahun lain taktau camne

- Dan soft factors yang saya tulis pada permulaan my entry tadi..ikutkan, Everskill lebih convincing, customer service lebih bagus and kebarangkalian utk dia screw up your project tu mungkin lesser la kot. Ini kerana saya masih lagi belum jumpa good review pasal Maxime, dan tak pasti dah berapa lama company ni bertapak. If I want to put more than RM 10000 of my money, I want to be careful where I put them.

Conclusion: Kedua2 company ada pros and cons.

So mana satu kitchen cabinet contractor yang saya pilih? Rahsia......

21 comments:

  1. i punya KC pakai kayu nyatuh tp alhamduliilah dpt harga yg berpatutan...sebabnya i buat dgn tukang kayu kampung, yg bukan syarikat ada nama...hihihi

    ReplyDelete
  2. Wah yeke..kalau x keberatan nk share, boleh pm saya tak? Hee

    ReplyDelete
  3. parking kt entry ni. hihii. tgh cari KC gak ni...

    ReplyDelete
  4. ni kalau org nak buat KC ni mmg berguna ni tips2 ni :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..mmg itulah niat sy: semoga berguna

      Delete
  5. Lebih kurang saja harga mereka. =)

    ReplyDelete
  6. Orang complain pasal Everskill Design kat Lowyat net
    https://forum.lowyat.net/topic/2307866/+2540

    ReplyDelete
  7. sy amik ngn everskill..tggu dorg dtg pasang cabinet nti i update uols k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor azreen salim...sye ade kilang perabot dan pakar membuat kitchen cabinet ( melayu) pengalaman 22thun dlm membuat kitchen cabinet. ..jika nk bantuan ternikal blh la contact sye abdullah_cabinet@yahoo.com atau call 0162350903 atau blh ke Facebook company HANZ CABINET. ...tq

      Delete
  8. sy hire everskill utk KC sy..tgh tggu dorg dtg pasang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt update ye pls... tak pasang lg KC

      Delete
  9. Salam...info kitchen cabinet blh la contact sye abdullah_cabinet@yahoo.com atau call 0162350903 atau blh ke Facebook company HANZ CABINET add friend. ..tq

    ReplyDelete
  10. Sy baru lps psg kc dgn everskil. So far mmg puas hati dgn kc sy..workmanship terbaik, dari psg kc, pasang hood(tebung dinding), psg quartz table top. Sume superb. Yg x puas hati hanyalah service person incharge design kc sy tu. Isshh...mmg sakit hati.. semuanya dia x leh nk buat..geram betul..dia patut ikut design dr customer. Bnyk kali tukar design 3d, sy siap ugut x nak byr lagi. Tp nasib baik end product puas hati mcm yg sy nak.

    Confirm 3d design da kena byr 10%
    Sehari sebelum psg kc byr 40%
    Lepas psg kc, byr lg 40%
    Lps psg table top baru setelkn balance 10%

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh rupanya mckitchen u guna everskill ke. I sebenarnya when I wrote this entry taktau nak guna yang kc mana, dua2 dah bayar depo (haha melampau kan). tapi sebab maxime kami bayar RM 1000 sedangkan everskill rm 100, so obvious la kami pilih maxime. Everskill tu boleh guna nanti2 untuk buat tv kabinet ke apa.. saya tak berapa risau sgt everskill actually sbb dgr macam bagus..tapi rupanya design dia byk songel jugak yek..sbb saya pun jenis cerewet design, bukan kat luar punya, tapi design/functionality kat dalam sgt cerewet. so risau jugak bila nak buat dgn maxime ni sbb review dia kat www tak byk and kalau ada pun byk yang negatif..huhu. lps tu maxime punya terms of payment merepek! baca kat sini for the quotation and terms of payment dia if u interested: http://nurinkhairi.blogspot.com/2014/07/perbezaan-harga-kitchen-cabinet-nyatoh.html

      Delete
    2. Haaa..itu la. Da baca entry tu. Tp x terkomen plak kt situ. Bahaya gak tu kalo byr semua b4 siap psg. Tu yg everskil ni sy siap ugut2 x nak byr balance. Nasib sy kot, dpt designer baru..dia nk kira sng keje dia je... mungkin kalo designer otai sng sket kot nak deal.

      Yg best everskil, booking dia valid smpai bila2. Tp kalo da byr depo smpai 1k, mmg patut amik ngn maxime tu. Yg everskil ni leh la buat utk kabinet kasut, or kabinet tv ke.

      Delete
  11. Thank you for sharing, I think I will do comparison with the tips you provided for my Kitchen Cabinet

    ReplyDelete
  12. Saya ni tersilap pilih syarikat kabinet dapur la. Kena bersabar

    http://jendeladapursaya.blogspot.my/2015/10/kabinet-dapur-bumiputera-dari-jendela.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...