nurinkhairi: Cerita Tong Sampah Kat Dapur

25 November 2013

Cerita Tong Sampah Kat Dapur

25 November 2013
Eee..saya memang excited pasal dapur dan dapur sahaja..padahal rumah tu baaaanyak lagi benda untuk disettle-kan dulu, tambah2 lagi kemungkinan besar akan renovate bahagian dapur, jadinya kitchen cabinet punya hal lamaa lah lagi kann.. Tapi apa2pun tak salah planning awal2, cuma nya kena bising sikit la dgn Hubby sebab tak enthusiastic sangat bahagian2 lain seperti grill ni ha..

Haritu waktu tengah excited design2 kitchen cabinet (ni sebelum kami fikir untuk renovation untuk buat dry dan wet kitchen asing), jadinya kemungkinan besar design kitchen cabinet tu akan ubah la sedikit sebanyak. Anyway, yang saya nak cite ni sebab waktu tengah design tu, saya perasan yang saya tak pasti kat mana nak letak tong sampah. Saya sebenarnya tak berapa nak minat letak kat bawah sink, i.e. dalam base kabinet di bawah sink. Maksudnya, setiap kali nak buang sampah, kena bukak pintu kabinet dan buang.Tapi it is the neatest and possibly a hygienic solution, tambahan pulak kalau ada cik kucing ke apa, kalau tong sampah kat luar mungkin dia akan selongkar. Rumah mak ni gitu la gamaknya.




Tengok design ni, OK tak? Dia ada lubang kat base cabinet dia  untuk buang sampah tanpa bukak the pintu. Tu yang bahagian segi empat tu, just tolak benda ke dalam nanti sampah turun la kat tong dia. Ni gambar ambik dari pantry office. Tapi downsides are: 

1. Mungkin tak sesuai untuk sampah saiz besar, dan
2. Honestly saya geli nak guna swing door ni. Everytime saya nak buang sampah kat pantry ni mesti saya akan bukak  kabinet ni guna handle dia. Saya terpikir swing door ni kecik je bukaan dia takde la besar mana kann..so sampah tu confirm akan kena dekat swing door tu. Pastu kalau saya buang, tangan terkena swing door tu so kena bekas sampah orang lain..cuci tangan cuci tangan... ala mesti argue kan kalau pegang handle tu pun sama jugak ada germs jugak tapi ntah la tak suka jugak guna swing door tu, mesti nak bukak jugak pintunya , buang sampah macam biasa (ngade)




Yang ni waktu tengok kat IKEA. Tong ni simpan bawah sink, tapi dia ada sliding base. Kiranya tong tu boleh tarik2. Dia pasang engsel kat base kabinet ni to create the sliding base.. kalau tak silap the engsel tu daripada siri RATIONELL

Kalau nak pasang yang gini punya, rasanya kena ada tong kecik jugak kan kat atas sink, kerja2 membuang sampah akan jadi lebih mudah la gitu..

Apa saja la takde cerita lain ke, cerita tong sampah pulak.. Cerita tong sampah korang camana? :D

7 comments:

  1. saya tak letak tong sampah kat dapur. ini utk praktis diri sendiri supaya buang sampah hari2. utk sampah kering ada la. utk sisa makanan, saya guna bekas kecik letak tepi sinki. yg basah, like kulit bawang ke,sisa makanan, tulang2 ikan/ayam ke camtu, smua masuk situ. dah penuh. ikat plastik. lagi besar bekas lagi bnyk isi and sometime biar lama.tak suka. hari2 make sure sampah buang kat luar rumah. tak mo tinggal sisa kat dapur. kang bng pagi esok, busuk and semut hurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada tong jugak sbb utk sampah kering mcm plastik makanan, kotak susu etc. Setiap mlm kena buang kt luar. Kalau mkn 2x sehari, i.e. Lunch n dinner, sy tak gemar buang kat luar 2x sehari sbb bazir plastik. :)

      Delete
  2. cerita tong sampah yg best....jemput follow ke blog saya dan bertukar2 link

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. paham,,paham..paham.. bab swing door tu sama la mcm tong sampah kat tandas awam or tempat awam.. macam tak sanggup je nak sentuh kan...huhuhu,,,
    saya memang berangan nak ada hidden rubbish bin ni.. maybe bila buat kc nanti boleh minta kontraktor carikan tong sampah paling sesuai... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mintak kc carikkan kang dia mark-up kaw2 pulak..carik sendiri boleh jumpa yang comel2 :)

      Delete
  4. alaa...td da komen...ilang fulak..pjg pulak tu...huhu

    btw, pasal tong sampah ekk...dilema jugak ni...yg ada skrg yg biasa, konsep terbuka...tetiap hari kena buang...ingat nak cari empat segi bertutup, belum jumpa lagiii....huhu

    ReplyDelete
  5. sy pun still takde penyelesaian tong sampah di dapur ni..nk try ushar yg ikea punyela...nice info :).
    follow ur blog

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...