nurinkhairi: Dah Jumpa Label Maker Epson Murah kat Malaysia, Tapii.....

19 November 2013

Dah Jumpa Label Maker Epson Murah kat Malaysia, Tapii.....

19 November 2013
Tempoh hari saya pernah cerita tentang teringin nak beli label maker jenama Epson. Guess what, setelah browse internet setelah beberapa hari, akhirnya saya beli jugak online di Amazon. Tapi malangnya, label printer tu bukan kat sini tapi nun kat US sana. Mula2 ingatkan my brother akan tamat belajar pertengahan tahun depan, but little did I know sebenarnya dia bukan habis tahun depan, tapi tahun 2015..aaaa.. gigit jari nak cuba gadget baru!!

Barangan yang saya kirim melalui my brother ialah:

  • Epson LabelWorks LW-400 --USD 29.99 = RM 101.52 -- harga ni saya tunggu beberapa hari sampai dia turun, sebelum tu harga dia dalam USD 37
  • Clear Tape Cartridge, Black On Clear, 1/2 inch, 9 metres - USD 15.96  = RM 54.03
  • Tape Cartridge Gold On Black, 1/2 inch, 9 metres -- USD 18.49 = RM 62.59
  • Iron-On Fabric Tape Cartridge, Black On White, 1/2 inch, 5 metres -- USD 15.98 = RM 54.09

Ni gambar kotak LabelWorks LW-400 ni. Dalam kotak ni selain label printer tu, dia sertakan jugak tape cartridge, iaitu kertas untuk print label tu. Yang dia sertakan ialah yang jenis "Black On White". Maksudnya, tulisan label tu ialah warna hitam dan label tu warna putih. "Black On White", get it? :D


Selain pakej tu, saya beli 3 lagi cartridge tape yang lain. Satu tu ialah "Black On Clear" iaitu tape dia kaler lutsinar, memang saya aim yang ni untuk buat labeling, combine dengan washi tape..haha washi tape nye pun tak ada pun. Lepas tu bila browse2, minat pulak dengan tape yang "Iron On Fabric". Jenis label tu ialah fabric dan boleh iron dekat atas baju. Yang ni sesuai sangat la label atas stokin saya yang asyik2 hilang je. Harga yang tape ni paling mahal antara yang 3 saya beli tu, dan paling pendek, hanya 5 meter je. Yang lelain 9 meter..

Lepas tu angkut jugak cartridge tape "Gold On Black", macam cantik2 gitu warna gold. 

Harga keseluruhan pembelian ialah RM 267.93. Harga postage saya dapat free sebab saya pilih free postage ke mana2 alamat di US. Macam dalam post yang lalu, harga paling murah saya pernah nampak di Malaysia ialah RM 213.82, tapi yang ini harganya RM 101.52 je! Harga dia jadi dua ratus lebih tu sebab beli cartridge bagai.. cartridge pun mahal benar! (takpe la dah terbeli pun huhu)

Tujuan saya menulis ni adalah sebab nak share, dalam 2 minggu lepas saya pergi ke kedai All It Hypermarket di Ikano Power Centre, Damasara.. and guess what I found? A promo on this labelmaker, and the promo was oh-so-irresistible! 


Promo yang saya maksudkan ialah promo RM 346 tu.. Beli 5 unit cartridge tape 1/2 inch (12 mm) + 2 unit 18 mm punya tape..total kena beli 7 cartridge la.. total harga tu semua RM 346 , pastu dapat LabelWorks LW-400 tu free!! Tapi the catch is kena beli sampai 7 la cartridge nye, total2 pun RM 346 kan.. Tapi it's a good value for money kan? 



Kat sini ada jual bermacam jenis cartridge tape dia..tapi yang paling saya nak iaitu yang clear tape punya takde.. Harga dia untuk tape yang kelebaran 12 mm ialah RM 46.00 , manakala kelebaran 18 mm ialah RM 58. Maknanya harga kat Malaysia rupanya lebih murah daripada yang saya beli kat Amazon tu...:( Harga LabelWorks dia pulak ialah RM 249, tapi kalau ambik promo ni dapat free la. 

Selain LabelWorks Epson, ada jugak macam2 jenama Dymo dan Casio..



Yang ni macam yang tengok kat Lowyat haritu, harga sama RM 99



Sapa yang berminat boleh la ambik tawaran ni. Ataupun sapa yang nak labelmaker murah harga RM 100+ tapi boleh tunggu sampai 2015, boleh jugak, so saya boleh beli promo ni.. :D 

Nampaknya lama lagi la merasa gadjet ni.. Kalau nak pos, harga dalam USD 20.. RM 70 tuu..


6 comments:

  1. ms nak kawen dl teringin puncher..belila..last2 xguna pon..hahhaa.. risau kalau beli bende ni mesti xgune gak..bazir je kannn :P

    ReplyDelete
  2. Kena pastikan ianya digunakan as camni.. :D

    ReplyDelete
  3. low yat ade jual Iron-On Fabric Tape Cartridge kah??

    ReplyDelete
  4. lowyat ade jual Iron-On Fabric Tape Cartridge kah?

    ReplyDelete
  5. Tak sure sgt ada ke x tp byk kedai lowyat ada jual label maker punya carteidge ni. Try all it hypermarket n atau sri computers

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...