nurinkhairi: Pancake Yogurt-y untuk Sarapan Pagi :)

17 November 2013

Pancake Yogurt-y untuk Sarapan Pagi :)

17 November 2013
Menggunakan yogurt dalam masakan memang dah jadi kebiasaan saya sejak zaman belajar lagi. Masa kat UK, mana ada santan2 fresh ni. Yang ada di Asian food shops ialah santan kotak, dan biasanya santan2 ni diimport dari Malaysia lagi..siap ada sesetengah stok tu, yang label dia dalam bahasa Melayu lagi (habis la sapa yang tak paham hehe). Tapi memang kebiasaannya, apa yang diimport especially dari negara2 jauh macam Malaysia ni, mesti lah mahal.

Resipi biasa yang saya gunakan yogurt termasuklah tandoori, tikka masala, cheesecake dan jangan tak tahu, kari dan kurma sebagai ubstitute kepada santan! Kurang lemak dan lebih berkhasiat. 

Pagi tadi I have whipped up a simple yet delicious breakfast untuk ahli keluarga..pancake! 

Guna yogurt menyebabkan pancake lebih lembut. Pilihan saya sudah tentu daripada the trusted Nestle.. Nestle Natural Set Yogurt 470 gram. Yogurt ni tanpa gula tambahan dan juga rendah lemak, definitely my choice and family.





Selain mendapatkan pancake yang lembut dan fluffy, untuk dapatkan pancake yang naik, jangan lupa soda bikarbonat dan baking powder. Lagi satu, jangan banyak air sebab nak bagi dia bulat dan terletak je bila masak dalam pan.

Ni resipi saya, resipi biasa2 jer:

1 cawan tepung
1 cawan gula - saya kurangkan sikit
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk bikarbonat
1 biji telur
1 cawan Nestle Natural Set Yoghurt
1/4 cawan air

Masukkan semua dry ingredients dalam satu bekas - tepung, gula, baking powder, soda bikarbonat.



Masukkan telur yang dah dipukul sikit (saya guna garfu je), yogurt dan air dalam bekas lain. Kacau2 hingga sebati. Lepas tu kalau nak masuk benda2 tambahan pun boleh macam choc chip, pisang, kismis.. Saya letak kismis. 





Panaskan pan non stick dan saya guna measuring cup yang 1/3 cup punya untuk senduk adunan. 1/3 cup agak2 cukup untuk buat satu pancake sederhana besar. Tunggu sampai adunan ada bubble2, tu tandanya dia dah agak garing baru perlahan2 balikkan. 

Finally, my not so majestic pancake..tapi rasanya sedap.. :D 



My daughter, makan Nestle Natural Set Yoghurt begitu saja...terkejut maknya..


Dalam website Dear Nestle ada banyak menghimpunkan resipi2 tempatan dan antarabangsa, tips2 memasak dan healthy lifestyle dan pelbagai lagi. Boleh la jenguk k. :)

1 comment:

  1. sedap pancake yogurt..lemak-lemak manis gitu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...