nurinkhairi: Tempat Penginapan Laut China Selatan - warning: takde ilham deco kat sini

16 November 2013

Tempat Penginapan Laut China Selatan - warning: takde ilham deco kat sini

16 November 2013
Taktau nak update apa sebab gambar semua dalam handphone, tak boleh bawak ke offshore.

Layankan je ler gambar kat bawah ye..

Dah 6 hari 5 mlm duduk kat sini. Sorg2 perempuan..tapi best sebab tak perlu kongsi bilik dgn org lain hehe. Biasanya pelantar ni ada dalam anggaran 60-80  org pada hari2 normal dan boleh sampai dlm 100 lebih pada hari sibuk.

Kerja sini 12 jam, 6.30 pagi - 6.30 petang, tapi selalunya saya kerja sampai tido dalam pukul 10-11 malam. Dulu bilik saya ada Astro jadi boleh layan Astro sambil pump EBM, tapi kini dah tukar platform, jadi tidak lagi.. Kat rumah takde Astro so kat sini je la boleh layan seorg diri. Selalu di kantin ada bukak Astro juga. Ada jugak bahan bacaan macam newspaper tapi selalumya lambat sikit la, satu hari lambat selalunya.

Ada gym dan boleh main game, tp ala x minat la nak join2 sorg2 je perempuan. Jadinya duduk buat keje je la. La ni baru boleh update blog sbb ada tablet pinjam, dan wifi kat sini baru pasang. Kalau dulu masa takde wifi boleh jugak tapi leceh kene guna wayar and tak sedap la nak browse2 benda personal guna laptop kerja. Tapi macam biasa, youtube dgn facbook memang di block kat sini.

Yang best di sini sudah tentu makan free, takde traffic jam, tak belanja duit minyak. Seminggu duduk free! Tapi esok nak balik dah, tak tahan. I miss my daughter. Lagipun kerja dah siap.
Makan 6 kali sehari boleh jadi gemuk.


Gambar sekitar platform living quarters. Maaf takde ilham deco2 kat gambar2 ni..'ini bukan hotel' kata salah seorang supervisor di sini kepada anak buah dia. Hehe.
Ni pandangan katil dari bilik saya.
Ada langsir dan dalam tu ada lampu in case nak buat kerja atau membaca. Saya pernah duduk di bunk atas katil sebab ada sorg lagi perempuan, tak best sebab sejuk dan takde langsir.








Meja kerja sambil pam EBM waktu malam. Bersepah kan..




Laundry tinggal depan pintu, nanti laundry boy akan ambik. Pagi esoknya bila bangun akan dapat laundry panas2 keluar dari dryer.




Shower dan toilet. Toilet ni kongsi dengan bilik sebelah tapi rasanya mereka tak guna bilik air ni sebab saya ada. Tapi setiap kali dah habis guna saya unlock balik pintu bilik air bahagian mereka sebab mana la tau mereka nak guna. Dinding besi, jadi kalau kena badan masa mandi memang sejuk.... nasib ada air panas.




Tempat makan di tingkat bawah sekali. Macam2 makanan ada kat sini, kadang2 nak request dari chef pun boleh. Pendek kata memang tak payah risau bab makanan. Lunch atau dinner ada nasik dan biasanya 5-8 jenis lauk. Selain tu, ada juga pilihan western especially utk mat sakeh yg cerewet.



Ada roti, maggi, biskut, macam2 air ada, aiskrim, buah.. Dulu saya tak tau yang roti semua mereka buat sendiri. Macam roti sosej, roti pizza..

Susu EBM saya simpan dalam freezer aiskrim, terbongkok2 ler simpan susu kat bhgn bawah freezer every time..pernah ada cabaran jugak EBM ni terutamanya dari segi penyimpanan, tapi sekarang dah ok. Terima kasih freezer aiskrim.

Note: Post ni saya tulis jumaat malam sabtu, tapi tak sempat nak publish sebab gambar tak boleh load kat sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...