nurinkhairi: Idea Hadiah: Storage Boxes dari Muji

24 December 2013

Idea Hadiah: Storage Boxes dari Muji

24 December 2013

Kalau nak belikah hadiah yang menarik untuk majlis kahwin, masuk rumah dan sebagainya.. insyaAllah you will not go wrong with storage boxes. Kali ini tinjauan wartawan ialah ke kedai Muji di Mid Valley. Kedai dia jual macam2 barang seperti storage boxes make-up, tuala. linen, stationery.. tapi semuanya ada satu color scheme je iaitu warna neutral macam warna putih, cream, tanah. Tak dapat jumpa barang warna warni ala Daiso la kat sini. 


Dia ada dua jenis material storage boxes yang saya perasan. Satu ialah yang warna translucent camni, dia panggil PP storage. I think PP may mean polypropylene plastic. Sangat sturdy dan cantik. Gambar atas ni ialah yang paling murah in this range. RM 39.90 dan bentuk dia segi empat tepat memanjang. 


Yang gambar bawah ni boleh buat storage barang macam DIY random stuffs, barang jahit, make-up organizer.. 


Yang ni pulak berkenan sungguh di hati untuk letak botol2 skincare yang bersepah2 dalam bakul saya.. Jenis acrylic, harga RM 64.90 , hmm, nanti lah ye.. 


Yang ini nak bagi hadiah pun cukup menarik. Boleh jadikan sebagai memory storage boxes eg: letak photo albums, memorabilia etc.. atau letak baju, whichever you please. Satu compartment ni harga RM 89.90. 


Storage boxes dekat IKEA pun banyak jugak, rasanya lebih murah tapi takde jenis acrylic dan PP. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...