nurinkhairi: Masak Lamb.. Indian Lamb Chop

20 December 2013

Masak Lamb.. Indian Lamb Chop

20 December 2013
You all tau yang memasak memusnahkan banyak nutrien dan enzim, termasuklah sel2 anti-kanser. Sebab tu kita digalakkan makan banyak bahan mentah atau yang minor preparation seperti sayur cuma celur je, atau rebus2. Tapi for me, I like variety..I can't always stick to makanan berasaskan rebus2 je. Dan tak semua orang suka makan mentah, contohnya saya. Sedangkan kebanyakan sayur pun saya tak gemar makan mentah.

Manakala makanan2 seperti yogurt atau sour cream, oleh sebab ia mengandungi bakteria Lactobacillus acidophilus , they actually make a powerful anti-cancer food. Disebabkan yogurt kaya dengan 'bakteria baik' dan enzim, ianya memudahkan penghadaman dan penyerapan makanan. So sapa2 ada masalah penghadaman kena selalu makan yogurt tau!

I ni mukadimah panjang benor..sebenarnya nak share resipi je punn.. Hujung minggu lepas saya ada buat lamb chop untuk keluarga. Ni resipinya :



1/2 cawan NESTLE Natural Yogurt Set
1 ulas bawang putih yang ditumbuk
2 sudu kecil serbuk coriander (ground coriander)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk cili atau serbuk paprika
Jus limau kasturi (1-2 biji)
Garam
Serbuk atau sos black pepper - saya guna sos
4 keping sliced lamb

Lamb yang saya pilih ialah yang jenis sliced yang selalu didapati di bahagian sejuk beku pasaraya, dah siap dipek. Rupa dia seperti di bawah ni, yang ini semasa tengah diperap.


Gaul rata dan perapkan lamb dengan semua bahan2 yang lain: bawang putih tumbuk, serbuk cili/paprika, kunyit, coriander, garam, serbuk/sos lada hitam, jus limau kasturi dan NESTLE Natural Yogurt Set. Sebaiknya ialah perapkan semalaman, tapi boleh perap for minimum 30 minit pun dah OK. I perap setengah jam je. Tutupkan bahan perap dan simpan dalam peti sejuk.


Saya guna griller (ala yang pemanggang ajaib tu..) untuk masak lamb ni. Jaga api dan pusing2 untuk dapatkan masakan yang sekata. Boleh jugak guna oven, set dalam 200 darjah Celcius. Masak agak2 macam dalam 20 minit gitu..dan dah siap!

Benda ni saya baru baca masa tengah belek2 satu buku. Yogurt sebenarnya sangat bagus sebagai salah satu bahan perapan. Disebabkan ianya adalah produk kultur dan sedikit berasid, bila diperap, ia akan menyerap ke dalam daging yang diperap (tak kiralah jenis apa), and it acts like a tenderizer, i.e. untuk melembutkan daging tersebut. Jadinya lagi lama masa diperap, lagi lembut daging tersebut.

Bila perap guna yogurt, pastikan dia tak begitu berair.. Kan kadang2 kalau buka bungkusan yogurt baru, ada selapis macam cecair kat atas yogurt tu.. Yang ni haritu I tak berapa jaga, so ada berair sikit my lamb bila tengah masak dan tak melekat, jadinya dia hangus gitu je. Jaga2 dengan kuantiti yogurt yang diletakkan dan jangan terlalu banyak, tapi jangan terlalu sikit. Yogurt lebih boleh buat pancake.. :D

Lamb yang dah dimasak, tada.. Saya hidangkan dengan sayur yang dicelur dan french fries :)



Ada banyak online resources untuk resipi, video masakan, healthy cooking tips, dan sebagainya. I suggest you check Dear Nestle website, sebab banyak info yang boleh didapati. Sehingga bertemu lagi di rancangan masak memasak bersama cik nurinkhairi.. :D

3 comments:

  1. kita x makan lamb...tp nampak sanngat menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Saya mkn lamb pun x byk. Hubby yg suka byk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...