nurinkhairi: Shopping Buku di Big Bad Wolf Sale 2013

06 December 2013

Shopping Buku di Big Bad Wolf Sale 2013

06 December 2013
Dah lama tak bersiaran di sini..kejap ada kejap takde, macam biskut.

Anyway, update kali ni cepat saja..nak kongsi pergi Big Bad Wolf Books Sale dekat Mines Convention Centre, kat Mines Serdang. Memang ternanti2 sale ni sebab tahun sebelumnya tak pernah pergi tapi tengok orang2 lain update macam menarik. Lepas balik kerja, terus ke sini. 3 jam jugak pusing seluruh hall yang sangat besar ni dan pilih2 buku.


Sebab sale ni bukak 24 jam, jadi baik la pergi awal2. Tadi saya pergi lepas balik kerja, jadi memang agak jam di situ. Banyak koleksi buku kat situ, tak menang tangan dibuatnya. Nasib baik ada tempat book storage, kita tinggalkan buku yang belum bayar kat situ dan ambik nombor. Jadi kita boleh continue dengan shopping buku lain, atau pergi makan/solat. Saya tinggalkan kat situ sebab dah berat sangat tak larat nak bawak. Ada yang siap bawak troli flat yang macam angkat kotak tu. Siap2 la bawak beg ke troli ke apa..kalau tak diorang ada la kotak untuk kita guna tapi larat ke nak mengangkut kotak sambil shopping kan..

Ada banyak buku budak2, rambang mata I dibuatnya..really tempted untuk beli buku2 cerita bedtime story, buku stiker2 dan kaler2, tapi mengenangkan anak saya baru setahun lebih, lebih baik la fokus ke buku yang ada words sikit2 je, yang warna warni, yang ada bunyi2..dan yang saya dah lama eyeing on, flashcards. Aisyah ada je buku2 yang warna warni A, B, C, 1,2,3 tu tapi takde flashcard lagi setakat ni.

Ni buku2 yang dibeli. Total 20 buah buku, harga semua RM 170 je. Sebelum saya beli, dia ada kasi satu tempat khas untuk kita duduk atas lantai and sort out buku2, contohnya kalau ada buku yang kita rasa taknak beli etc. Kat situ I dah buang sikit buku and kira siap2 harga buku semua berapa. 



 Flashcard yang I beli ada dua, satu pek RM 3 je. Buku yang Bahasa Melayu tu pun RM 3 je..yang kulit tebal mahal sikit. Tapi semua yang I beli ni tak sampai RM 10. 


Saya tak beli buku masak pun, kecuali yang ini.. Ntah la, somehow ingatkan nak beli buku masak selebriti (macam collector's items la kira) tapi takde sangat la.. ingat nak beli Gordon Ramsay tapi ada satu je, itupun resipi dia tak best sbb fine dining. Yang Nigella Lawson ni agak mahal, RM 30, so saya beli satu je. Mungkin kalau pergi lagi tengah minggu ni atau hujung mggu depan boleh tengok2 lagi (ada hati nak pergi lagi sebab husband nak ikut jugak, minggu ni dia tak balik). 


Untuk buku home dan home organizing pulak, pun ada section dia jugak..tapi takde la banyak sangat pada pendapat saya. Ada buku tentang home deco, macam buku ideabook for kitchen and bathroom. Ada banyak buku gardening. Tapi tentang buku home deco tu, ntah macam mana rasa macam tak berapa menarik minat sebab lebih banyak gambar tapi tak banyak sangat tips. Kalau gambar kat Instagram pun ada. Minat nak carik buku DIY untuk husband sebenarnya tapi kecewanya sebab takde. Hanya ada buku carpentry tapi husband tak minat sangat. 

Hubby tiba2 minat DIY macam pasang tiles sendiri.. Kebetulan sekarang ni rumah mak tengah ada orang pasang tiles, nanti kita update tiles.


Finally, buku jenis2 lain..


Better bawak duit cash siap2. Dia ada section utk bayar cash dan ada section utk kredit kad, tapi kot2 kalau kredit kad penuh, boleh pergi row cash. Yang ni row credit card, tapi row cash ada 3-4 orang je yang tgh beratur. 

2 comments:

  1. arr..bestnye buku organizing and household tu..buku first food tu pon mcm best jugak.. ni yg terasa nk pegi lg ni. hihihihi. owhh..gordon ramsey tu fine dining ye? ni yg nk tgk ni..sbb teringin nk masak jenis fine dining utk special ocasion. hahah. berangan sungguh.

    ReplyDelete
  2. Buku gordon ramsay tu tajuk dia 'maze'. Dia about his restaurant experiences n recipes.. Tengok gmbr2 dia saya conclude itu buku fine dining so x minat hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...