nurinkhairi: July 2013

30 July 2013

A Mother Working Offshore

30 July 2013
It's that time again for me to go to offshore dan meninggalkan Aisyah. Pemergian saya ke offshore tidak disuruh sesiapa, ianya selalunya atas inisiatif sendiri, ataupun jika ada projek yg hendak disiapkan.

Perasaan meninggalkan anak sangatlah sayu. Melambai dia yang berada dalam kereta sambil meninggalkan saya keseorangan di Subang Airport.

Saya sedar yang selalunya saya ingin selalu cepat pulang dari kerja, bukan hanya kerana tak mahu ibu saya jaga lama, tapi sbb saya rindukan dia. Masa saya bersama dia tak lama pd waktu kerja sbb waktu malam dah nak tidur.

Selalunya bila ada jemputan untuk keluar lepas kerja (bowling, buka puasa, group activities), saya selalunya keberatan je nak pergi.

Betapa saya rindukan dia di kala dia tiada bersama saya dan tidur tanpa mama dia di sisi. Semalam saya meluahkan perasaan di facebook, and my colleagues ada baca. I was conscious that they read (none are mommies). I had that feeling that I might be perceived as weak? Hey, it's natural to feel that way kan mommies?

I even called up and asked in my fb if anyone felt the same way I feel. Coz apparently I am kinda lonely feeling this. Kawan ofis tak ramai yg dah ada anak. Even if they do, they sounded macam tak kisah nk tinggalkan anak. Mereka pergi US tgglkan anak, malahan bercuti di Europe bersama kawan2 tanpa anak (umur setahun) dan tanpa suami. Saya keliru kerana saya rasa macam saya sorang je yg rasa camni? Hence the fb status.

No, I'm not alone.

See you in 4 days my lil' Aisyah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

29 July 2013

Playgroup / Playschool Untuk 1 Tahun

29 July 2013
Last Saturday, Hubby and I brought our lil' Aisyah to a playschool / playgroup utk trial session. Sebenarnya seminggu sebelum tu ada survey2 playgroup yang sesuai untuk kanak2 umur 1 tahun camtu. Aisyah dijaga oleh nenek dia (my mum) dan dia takde interaksi dengan kawan2 sebaya lain. Pernah sekali kami bawa dia ke jamuan masuk rumah saudara, dan ada sorang budak lelaki yang peramah dan ajak Aisyah main sama. Aisyah was so into her world of bermain dgn rakan sebaya, sampaikan dia tak sedar yang saya dah jauh sikit daripada dia masa tu.




Sebagai ibu, seronok sangat tengok dia bermain. Lalu minggu lepas, timbul idea nak carikkan dia playgroup.

Saya pergi survey playgroup Brainy Bunch, Krista kat Primaya Bdr Tun Hussein Onn, dan juga Genius Aulad. Semua di BTHO. Malangnya semuanya umur kemasukan 3 tahun ke atas....

Saya call pulak Little Tots BTHO dan dapat cakap dgn Puan Rose. Dia kata dia ada organize playgroup untuk kanak2 2-4 tahun dan Aisyah boleh join. Mula2 saya risau jugak sbb Aisyah baru 1 thn 2 bulan.

Playgroup tu diadakan di Little Tots punya branch, nama official tempat tu ialah LTE Enrichment Center terletak di Jln Impian Mahkota 1, terletak betul2 di belakang Tesco Kajang (Saujana Impian). Belakang Tesco tu ada satu row rumah kedai, dan tempat tu takde signboard, tapi kedainyer kaler hijau dan di tingkat bawah.

Nama playgroup tu ialah ALIM Kids. Start pukul 10, habis 11am hari Sabtu. Masa mula2 masuk, kami perasan yang playgroup ni untuk mommies je, jadi Hubby pergi jalan2 ke Courts dan Tesco ehe..

Mula2 Teacher yg ajar tu start dgn baca doa belajar. Lepas tu ada nyanyi2..salah satunya lagu 'Heads Shoulders Knees Toes'.

Lepas tu ada sesi di mana semua kanak2 berkumpul dpn Teacher dan dengar cerita. Teacher tunjuk buku yg ada shapes n colours. Kesian Aisyah hehe..kawan2 dia suma dah besar2, berkerumun dpn Teacher, Aisyah ter kebelakang sket..tapi Teacher asyik suruh budak2 lain bagi Aisyah tengok jugak. Sbb nampak mcm Aisyah nk tengok Teacher baca, cumanya dia kecik berbanding org lain dan org lain dah boleh jalan n lari..Aisyah belum boleh. Kdg2 je boleh jln tanpa sokongan.

Lepas tu Teacher bentang meja dan semua org diberi stensil bentuk shapes dan krayon n kaler pensel. Kanak2 tu start lukis shapes guna stensil dan kaler. Aisyah pulak, hehe, dia mansla minat lg menyonteng. Dia pegang pensel pun, kalau kt rumah, dia akan ketuk2 hujung pensel tu kat sofa rumah. So mmg tak pndai mewarna lg. Ada mak yg 'tolong' anak dia kaler tapi I tak mau la..I ada coax Aisyah utk mewarna tp nampaknya dia masih belum berminat. Sepanjang sesi tu, Aisyah suka keluarkan krayon dari bekas dan masukkan semula..hehe. Teacher pun ckp, umur dia, dia akan suka tengok kaler je, belum reti kaler.




Finally, mereka main jalan sambil imbangkan bean bag atas kepala. Teacher letak straight line atas lantai dan letak bean bag atas kepala. Kanak2 tu jalan sampai habis. Yg ni pun Aisyah tak pandai lagi. Dia dah ler tak suka apa2 barang atas kepala dia..huhu.

Kanak2 kat situ dah besar kan..lgpun takde yg friendly dgn Aisyah. Mama nyer jadi anxious..hehe. Tapi mereka nice je.. Bila nak balik, I suruh Aisyah salam semua orang. Yang kelakarnya sbb budak2 tu kalau salam, mereka cium tgn sendiri kan..so Aisyah pun nk cium tgn dia, so berlaga kepala hehe.

Kesimpulannya, mungkin playgroup ni terlalu awal la dengan Aisyah. Tapi saya tak menolak kemungkinan akan try lagi in the future kalau jumpa di tempat lain, yang mana kanak2 dia ada yg boleh kamceng dgn Aisyah. Saya harap Aisyah boleh belajar bersosial as soon possible..and grow to learn many more wonderful things.

Kalau ada yg berminat, playgroup trial ni ialah RM 25 setiap sesi. Kalau berminat lepas tu, boleh mintak jadual nya dgn cashier kat situ.

28 July 2013

Tips Travel dengan Baby - Flight Jarak Jauh (long haul)

28 July 2013
Ni tips aku je la ek..kalau ada sapa yang baca dan relevan, ikut korang la nak praktikkan ke tak. Aku belajar banyak sepanjang perjalanan ni dengan baby. Mula2 waktu kami beli tiket, sebenarnya salah satu tiket flight tu tak sama dengan Hubby (9 jam perjalanan). Aku asyik seriau ingatkan camne ler nak survive without my Hubby jalan 9 jam , dalam American Airlines pulak tu (by now aku memang anti aa flight AA ni, taknak naik lagi - baca entry pengalaman kami naik flight). Nasib ler pastu aku tekad gak nak tukar, bayar lebih sket , alhamdulillah tak bayar banyak sangat .. RM 770 and for  Aisyah, RM 77.

Sapa yang travel sorang2 dengan baby tu memang aku tabik spring ah..

Ni tips aku, jugak rujukan aku untuk masa depan. 

1. Always be the first to get into the plane
Kalau orang kat gate tu call untuk priority boarding termasuklah baby/infant, ko segeralah untuk masuk ke dalam. Waktu I pergi Thailand dgn Aisyah n my mum, pernah termiss panggilan itu sebab pegi toilet. So siap2 la pegi toilet, tukar nappy tu sume. Most of our US trip ni, kami boarding lambat, ko bayangkan aa..aku ada baby on my baby carrier..ada beg cabin satu..my Hubby ada beg cabin, ada beg nappy. Aku nak mengangkut beg dengan lancar pun susah sebab ada baby kat depan. Aku rasa dah berapa puluh kaki orang aku terlanggar terkena beg. Sampai ada sekali tu stewardess MAS offer untuk angkatkan. Tu tak termasuk tak jumpa tempat nak letak beg.. beg kami ada a couple of times, nun kat tempat lain sebab tempat duduk kami dah penuh dengan beg.

Yang MAS ok lagi, yang dalam American Airlines, satu2 pandang macam nak makan orang haha (aku je perasan tuh).

2. Invest in a baby carrier


Kami punya brand Baby Bjorn, sangat2 la useful sangat2 to free up our hands waktu kat airport tu. Sejak cik Aisyah lahir, actually kami lebih guna ni selalu daripada stroller..especially sebab cik Aisyah tak berapa gemor duduk dalam stroller. 

Semasa transit etc, kami pakai baby carrier ni (sometimes Hubby pakai, sometimes me), and stroller tu kami letak beg2. Sebab kadang2 tak semua area kat airport dia benarkan trolley besar kan. 

Tapi bear in mind, waktu security, ikut airport jugak, ada airport yang dia akan suruh bukak baby carrier untuk scan, ada yang tak payah. Yang I ingat, kat Houston Airport dia takpayah bukak. (alahai ada baby je pun aku tak simpan mendenye celah2 carrier tuh). Bila dah bukak tu yang leceh sket la nak kene pakai balik, so we bear in mind the extra time cost.

3. Elakkan pakai tali pinggang atau kasut tali

Sebab? Senang. I mengangkut Aisyah dalam baby carrier camne oi nak bukak belt. Nak bukak belt kene bukak itu carrier la. Aku jenis yang suka pakai kasut , bukan kasut sneakers ke..kasut yang ada tumit, pastu kasut tutup. Sejak ada baby ni mintak maaf la kalau nak pakai kasut2 camtu time jalan jauh, sekarang ni pakai flipflop je (yang comel sket la, takde la pakai flipflop serupa selipar toilet). Senang kalau dia suruh bukak kasut takde la aku nak membongkok bagai.

4. Request for bassinet seat 

Untuk flight last travel agent kami request bassinet seat. Bukannya travel agent tu taknak request sume, tapi sebab aku yang taknak sebab nakkan seat tingkap yg lebih privacy for breastfeeding. Sebab travel agent ku cakap, bassinet seat selalunya kat depan sekali and kat bahagian tengah. Rupanya2 tak la! Memang la dia bahagian depan, tapi bukan saja tengah.. yang bahagian tingkap pun ada..

Bahagian depan tu maksudnya yang dipisahkan dengan partition.. contoh camni aku amik flight Emirates Airbus A380. Row 41 dengan row 52 akan ada bassinet seat. 

My row haritu dalam MAS was row 32, upper deck.  

Travel agent kasik seat E dengan F (32 E dengan 32 F). So ku ikut je lew..sebab dia kata bahagian tengah je yang ada bassinet. Rupanya seat ABC dengan HJK pun ada ler..

Worse, when we boarded the flight, rupanya2 bassinet tu ada kat depan seat D/E dengan F/G. Maksudnya, takde yang betul2 depan seat E dan F. Aku tanya la dengan Uncle duduk kat seat G tu, boleh tak kalau bassinet ni depan dia (aku dok seat F). Dia cam OK je..lagipun dia mmg friendly jadi takde la takut nak tanya. Tapi bila dah letak bassinet tu, kesian ler pulak kat dia tetiba2 ada bassinet mengacau. So last2 kami tukar tempat. Aku dok seat G, Hubby dok seat F. 

So pengajarannya kene make sure betul2 kat mana bassinet tu sebenarnya dia skru kan.. aiya travel agent aku nih..ingatkan tau bebenor.

5. Elakkan bawak baby food kalau tak perlu

Cik Aisyah ni sebenarnya dah tak makan sangat dah baby food yang lembik2 tu..dia sume nak makan makanan orang besar je (oo dah pandai ye skarang). Kalau kita nyer makanan dia nak saje.. Kami memang sepanjang flight tu akan bawak jugak makanan dalam botol..ala cam Heinz beli kat supermarket dalam RM 3.60 sebotol tu.. 

Tapi pasni tak mo dah aa bawak kalau tak perlu. Satu nya ko kene asingkan baby food tu of course sebab dia cam paste kan. Waktu screening kat security, kena keluarkan siap2.. aku letak dalam pouch kecik je, 2 botol aku bawak, pastu campur dengan sudu dia sekali. Tak payah letak dalam beg plastik lutsinar pun takpe, janji asingkan..jangan ko humban sume dalam beg hand carry tu, nanti dia detect susah plak nak carik. 

Anyway, bila dah asingkan dan keluarkan letak dalam bakul waktu security tu..dia akan tahan bekas tu. Selalunya procedure dia camtu aa..kat London dengan Houston aku kene camtu la. Waktu kat London Heathrow dia cuma inspect gitu je..brand, description of the baby food sume, pastu ok pass.Tapi waktu nak balik dari London ke KL, cam biasa dia tahan makanan tu, dia bukak salah satu seal botol tu, pastu..aiya..dia suruh aku rasa.. Huhu. Yang botol Heinz tu tuna, aku dah ler tak makan tuna. Pasrah je ler, cuit la sket guna tangan and makan. 

So remember the extra time incurred for the checking.

Kalau nak bawak makanan from home, cam masak bubur ke..aku rasa yang tu confirm kena rasa kot. Kalau yang processed food ni, mungkin selalunya dia akan cek label je. Tu je sekali in all our flights haritu yang aku kene rasa. Sampai hati orang security tu bukak seal makanan tu, dah ler makanan tu once dah bukak kena consume within 2 days. Aku terlupa sampai skarang ada lagi dalam fridge tu..huhu.

Sebenarnya makanan baby tu standby je, Aisyah tak makan pun. Dia nak makan makanan kami jugak.

 6. Sedate the baby

Ni soal sedate your baby. Ikut ler if you want to drug your baby to make him/her feel drowsy and tido. We did these in some of the flights, some we did not. Tak ingat dah apa nama drug tu, Hubby amik kat hospital. Yang ni personal preferences, sapa2 mommies yang guna jangan la bash dia pulak. 

7. Air minuman for baby, letak kat bekas minum dia 

Our lil' Aisyah suka dengan juice2 yang kami minum. Kat UK, memang aku suka dengan juice brand Oasis. Kami beli satu botol and tak habis masa nak check in tu. So Hubby said, ala takpe cakap la dengan security tu, yang ni Aisyah ni punya. Memang dia tak kasi aa..! Kami transfer kan dalam bekas minum dia, baru ler security tu kasik.

Apa2 je la...

8. Waktu makan dalam flight, tunggu turn 

Selalunya steward/ess akan offer pasangan yang ada baby, salah sorang daripadanya makan dulu. Dia akan kasik makanan way ahead daripada orang lain. Sangat la convenient sebab 

Tapi kan tapi kan..kalau dia offer salah sorang daripadanya makan dulu and waktu tu dia serve orang lain jugak kan..aku selalunya nak makan gak time tu (takmo tunggu later). Sebabnyerr..nanti later makanan yang I nak dah habis..hehehehe

9. Bawak stroller untuk "gate check-in"

Term "gate check-in" ni maksudnya ko tak surrender your stroller waktu kat check in counter. Rather, you can use it sampai ler nak masuk ke dalam flight nanti. Waktu kat check in (ataupun kadang2 waktu kat boarding gate), dia akan kasik satu special tag yang tulis "Special Delivery" or something like that. Sampai la dah nak masuk tu, akan ada orang yang akan amik your stroller tu untuk bawak ke dalam cargo. 

Bila nak keluar nanti pun, those strollers will be the first to be taken out la kan logiknya. Tapi kan..downside is, kalau you ada connecting flight ke, kena take that waiting time untuk amik stroller into consideration. Sepatutnya masa nak amik stroller tu cepat je, tapi pernah je tunggu agak lama. Nasib baik time tu connecting flightnya lama lagi.

But really recommend gate check in sebab eve if your baby tak duduk dalam tu, I used that untuk letak beg2 kami hehehe

10. Breastfeed / give him/her something to drink while take off/landing

Yang ni tips standard aa..sebab pertukaran tekanan udara kan, jadinya gegendang telinga dia tak selesa, macam kita jugak. Jadi I selalu akan breastfeed dia.

Oo tiba2 teringat jugak, time bulan April lepas, that was the first time Aisyah was on a flight. Beberapa hari sebelum nak pergi, my mum ajar cik Aisyah minum guna straw. Biasanya dia minum guna sipping cup. Sangat useful untuk mencegah tumpah..tambah2 lagi dia cepat minum guna straw, senang sikit nak travel :)

Semoga berguna pada mommies2 lain..

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh 

23 July 2013

Shopping di US - Pinggan Mangkuk Corelle Yang Murah

23 July 2013
Siapa nak beli pinggan Luminarc murah  (RM 390 untuk 32 pieces), klik sini for more details :)
_______________
Tak habis2 lagi cite jalan2 US. Ni belum jalan2 UK yang lagi banyak nak cerita.

Entry hari ni nak cerita tentang antara hasil tangkapan dari US. 2 hari sebelum balik, malam lepas dinner bersama2 my colleagues, Hubby and colleagues pergi ke Walmart untuk bershopping. I hantar balik dulu sebab nak tido kan cik Aisyah. Walmart tu 24 jam.

Hasil shopping pada mlm tu, antaranya ialah set pinggan mangkuk Corelle!!



Ni ialah set 12 pinggan: 4 pinggan besar, 4 sedang, dan 4 yang macam bowl sket. Waktu tengok harga tu, my colleagues (yang memang dah biasa dgn US) pun cam tak percaya and tanya byk kali dgn cashier betul ke harga yang dia taruk tu..

Harga dia... $ 13.44 per box of 12 !! Equivalent to approximately RM 42.00 . Kalau kat sini mau dalam RM 200-300 kot.

Ada jugak yang set of 16 (termasuk 4 cawan). Tapi harga double, ie $26, sedangkan cawan dia Made in China tapi pinggan2 dia Made in US, so Hubby tak beli yg tu.

Ni resit dia kalau tak caya hehe. Dan juga alamat Walmart tu kalau ada orang google2 dan nak terjah tempat ni.



Tapi Hubby and colleagues kata designnya tak banyak dan waktu nak beli tu, dah nak habis dah stok nya. Mungkin cpt habis stok sbb murah kot. Tapi kan..org sana mana nak heran murah camni ye dak..kita je. I remembered mother in law penah cite waktu mereka kat UK dulu (Hubby n family pernah dok UK waktu kecik), orang Malaysia borong habis pinggan mangkuk Royal Albert kat Stoke-On-Trent (tmpt popular beli pinggan mangkuk), sampaikan lepas diorang keluar je, banner sale tu org kedai dah turunkan.

Even vitamin pun kami beli dalam 4-5 botol.. Tapi kena make sure takde gelatin tau. Murah kat sini kurang drpd $10. Haritu kami beli multivitamin $7.68 sebotol (RM 24). Vitamin C, $9.00 sebotol (RM 28). Kalau kat Malaysia dalam RM 90 satu botol. Brand apa tak sure, kena check kat rumah. Kalau ada nanti I tulis sini balik.

Jangan bawak banyak sangat barang dalam luggage. Nanti nak simpan Corelle terlebih berat pulak!! :)

21 July 2013

Melawat NASA Space Center di Houston

21 July 2013
Sebab kami duduk di Houston selama 2 minggu, hari minggu yang tengah2 tu, pada hari Ahad petang, kami telah habiskan masa di NASA Space Center, memang Hubby teringin nak ke situ dari Malaysia lagi. Jarak perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit dari hotel (1 jam kalau traffic jam). Kami dah siap2 beli tiket dari online, sebab ada offer online.. harganya jadi $17.25 untuk dewasa, $22.25 kalau beli on the spot.

Dari luar kami masih ragu2 betul ke ni tempatnya.. But this huge space shuttle was what greeted us at the parking space. Kalau tak silap parking nya kena bayar..dalam $3 kot.. (Satu2nya masa di mana kami kena bayar parking masa kat US ni).



Masa training, ada jugak tanya pendapat dua orang students lain kat training tu yang asalnya dari sini, sama ada OK ke tak nak lawat tempat ni. Sebab takde sorang pun of my Malaysian colleagues yang pergi ke Houston, bila ditanya-tanya. My US friends punya answer tu was  "too childish".

And he was right. This was what greeted us at the main entrance. Ini...


..dan ini..

Dan banyak sungguh kanak2 yang tengah main benda ala2 playground bertemakan Angry Birds Space ni. Agak kecewa jugak pada mulanya, unless you have small children who are already eligible to use these facilities..



But lebih daripada itu, we found that tempat ni was not so bad. Ada banyak pameran2 tentang space, astronauts, discoveries and accomplishments by year.. Yang ini tentang pakaian astronaut2 yang dulu2..



Yang ni, naik tangga dia and and there was a tour untuk tengok keadaan dalam space shuttle macam mana


A toilet for space..



Command centre..


To me, kebanyakan features kat situ macam muzium la.. tempat ni banyak menekankan pembelajaran untuk kanak2..sebab tu ramai sungguh budak2 kat sini. Ada jugak section yang tunjuk material2 yang angkasawan bawak balik dari moon, cam moon dust, and how they preserve supaya tak rosak. 

Ada jugak section yang kita boleh try masuk for some gravity defying experience..tapi yang itu kena bayar lagi, dalam $6.. kami tak masuk. Selain tu, ada dua section yang ada movie shows dan dia ada masa2 tertentu, kalau tak silap setiap sejam gitu. Masa showing dia dalam 20-30 minit je. Kami pergi to one of them, menarik jugak la, dia cerita tentang sejarah space exploration. Lagipun sebab tempat tu seating dia macam movie, so kami duduk tempat hujung sikit dan breastfeed si cik Aisyah ni..

Tapi kan, yang paling menarik sekali semasa pergi ni NASA Space Center ni was the tour around the NASA Space Center itself. To be honest, sebab yang ini la yang menyebabkan I tak keciwa la beli tiket ke sana (as you can see, I kureng sket muzium2 ni hehe). Ni adalah tram tour, yang bawak kita ke kompleks Space Center tu. Waktu ni kami dah bersiap nak balik dah actually...tapi tiba2 we spotted this tram tour. Nasib baik! And the last tram was pukul 5.30 pm. Dia ada dua route untuk tram tu, biru dan merah. Tapi hanya sempat satu route je, dan nasib baik sempat sebelum 5.30 pm.

Basically, we hopped onto the tram and off we went.. Dalam tram tu ada commentary, so takde la tour bodoh2 je taktau apa2..


Dia bawak kami round2 kompleks2 pejabat mereka dan bagitau kat setiap bangunan tu, department apa dan apa yang diorang buat kat dalam tu. Our first stop was bangunan tak ingat apa.. tapi dalam tu dia bawak kami kat laluan tourist untuk tengok all these awesome space tests.. Basically kat dalam benda2 ni, amongst others, adalah tempat angkasawan2 tu berlatih sebelum pergi ke angkasa.. Kebetulan kami pergi hujung minggu, jadinya tak de orang la yang bekerja.


Lepas tu kami naik tram semula dan dibawa ke satu tempat..kat luar dia ada beberapa roket replika..tapi bila masuk gudang dia...woww!! Roket sangat besarr!! Panjang dia ni rasanya dalam satu padang bola sepak rasanya ni.. Kami pun sibuk ler bergambar dan examine roket yang sangat besar ni..


Lepas habis tu, balik semula naik tram, dan balik.. best2..



Oh ya kami pun ada pergi kedai gift shop dia..sebab tu first time kami pergi gift shop selama kat US dah seminggu, agak terkejut sbb barang bye mahal2..! Kami berdua suka kumpul fridge magnet, tapi yang paling murah ialah $5.99. Kalau RM takpe la..ni USD..mmg berkira2 jugak la nak beli. Kalau kat UK lagi murah, jadi ingat nak beli magnets ni bila di UK nanti (kami singgah UK 4 hari lepas pergi US).

Seronok jugak tempat ni tapi rugi jugak weekend tu kami tak dapat pergi Texas Country Hill. Dengar dari locals (my colleague tu) yang tempat tu lawa dan ada feeling2 typical Texas gitu. Tapi Hubby macam tak berminat nak pergi la..jadi tak pergi la. Lagipun jauh, dalam 2.5 jam dari tempat kami, so kalau nak pergi kena plan betul2. 


Maybe next time kalau ada itu next time..

18 July 2013

Wall Makeover Contest tajaan wallmakeoverbyna.com dan nadiafarahida.com

18 July 2013
Teruja bila ada contest ni! Blog famous nadiafarahida.com  tengah ada contest yang sangat best, memang harus la I join.. Hi Nadia, I have been your silent reader tapi sekarang kena menonjolkan diri la kan..lepas ni dah takde silent dah la.. Particularly like her travelogue tu and also selak2 entry2 lama dia tentang deco2 rumah, sebab dia deco lawa! Lagi2 memang sekarang ni berminat ambil tahu pasal deco2 rumah and home organizing ni, sebab rumah dah ada...tapiii..cuma belum pindah masuk nya lagi la tak tahu lagi bila sebab Hubby dok Temerloh...isk. Rumah pun takde apa dan tak terurus lagi.

Yang dimaksudkan ialah contest / GA untuk mencari 3 buah rumah kat sekitar Lembah Klang untuk dimakeover kan dinding nya.. Link nya kat bawah ni.





Jujurnya I ni tak tau tentang wall painting guna stensil ni. Me and Hubby pernah tau wallpaper2 je. Tapi bila tengok fb sponsor Wall Makeover by Na yang taja makeover ni (berserta dengan cik Nadia ni la), I tengok cam lawa nyee.. I realized that kalau guna stensil ni kita lebih ada kebebasan untuk cat macam mana..tak semestinya simetri la kiranya. Mungkin boleh hias kat satu bahagian je ke ataupun tumpukan kat satu bahagian kat dinding je.. contohnya kalau nak corak yang high density kat bahagian bawah dinding tapi dekat atas siling tu nak corak sikit2 je..this is a brilliant idea as compared to wallpaper. 




In terms of design, saya berkenan pilih yang ni..sesuai dengan kaler kegemaran warna purple2 pink gitu.. sangat menteteramkan jiwa :) Aesthetic dia memang kelassss..
So, straight to the point..

Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall Makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana... 


Saya ingin sekali ubah wajah salah satu wajah dinding di rumah baru kami sebagai pembuka tirai masuk rumah la kira. Rumah ini adalah rumah pertama kami sekeluarga dan kami berazam untuk jadikan ianya as homey as we can possibly make it. Kalaupun takde apa2 lagi di dalam rumah tu, ada dinding yang gorgeous macam tu, sudah tentu akan jadi semangat dan sangat bersemangat untuk mula deco rumah.  



Sebab kedua, sejak dari mula kahwin dengan rumah sewa di sebuah apartmen, suami saya sangat bertungkus lumus mencari rumah yang terbaik untuk kami jadikan tempat berteduh. Saya kurang terlibat dalam proses ni sementelah kami duduk berjauhan, jadi banyaknya dia je yang bertungkus lumus dalam hal orang dewasa ni. Dia balik dari Temerloh tengah2 hari minggu untuk settle kan urusan bank, urusan bayaran, kemudian balik semula pada hari sama..pastu nak follow up lagi dengan bank adoyai banyak masalah masa tu.


Sebab tu la I made it a point sendiri2 yang rumah tu nanti saya nak tolong decorate, tolong bagi input dan lain2 (yang "lain2" tu termasuk tolong hulur duit la kan hehe). Kalau la berjaya, nak surprise kan dia dengan hadiah ni..mesti dia happy I ada contribute, kira2 cam my first contribution to the house la hehe. Penat Abang settle kan isu rumah kita ni.. alhamdulillah akhirnya berjaya jugak kita memiliki rumah. I berangan..balik dari office dan penat, tengok Aisyah yang senyum nampak mama dia, lagi2 nampak bilik yang berseri dengan kaler yang sangat riang ni..I pun jadi seronok :D



Kalau la..kalau la..kalau la dapat, memang bersyukur sangat.. memang tengah berkira2 apa yang nak invest dulu untuk rumah: grill, lampu, racun rumput segala mak nenek.. dah tentu lah hiasan dinding priority dia ter-kebawah sikit kan dengan duit terkumpul yang tak berapa nak terkumpul ni lagi kan..haha. 


Dan reason yang keempat dan last sekali..Ni nak cite sikit sebelum tu: alkisahnya, pagi hari Selasa tiba2 je bila bangun tidur, dapat la pulak idea untuk buat sketch untuk contest ni. Balik je dari office pukul 3.30 pm (bulan Ramadan, datang awal balik awal), terus pergi ke Jusco Mahkota Cheras dan beli segala barang untuk sketch/color. Seriously dah lama sangat2 tak melukis, last time mungkin time kolej dalam 8-9 tahun lepas kot! So dengan berbekalkan Sharpie marker, sketch pad dengan barang2 watercolor.. I pun start la melukis....kat Jusco food court petang tu. Sebab bulan puasa dan orang belum balik kerja, maka tak ramai lagi orang so takler segann.. Dok melukis kat Jusco sebab nak optimize time, kalau kat rumah mau nya tak siap dok melayan cik Aisyah kita tu..hehe.







Akhirnya siap la satu sketch yang simple..baru je siap touch up petang hari ni last day dan siap scan semua (tu yang last minit antor entri ni sowii). Kenapa Nadia harus memilih saya sebagai salah seorang pemenang nya, kandungan sketch ni ada la merangkumi jugak reason2 saya kat atas yang panjang berjela tuh.. So berbalik pada reason saya yang terakhir sekali yang agak jelas ialah..nampak tak selekeh benorr I kaler dan lukis ni. Maklumlah dah lama tak memegang water colour. Memang nampak sangat cat atas kertas pun tak reti, lagi la nak mengecat atas dinding..selekeh habis la. I bab2 ni serahkan je la pada yang pakar, kalau tak pun Hubby I la.. Hopefully dapat la sentuhan pakar kali nii..hehe.


Knowing my Hubby, I pasti dia berminat dengan konsep2 wall painting ni (lagipun dia yang perkenalkan pada wallpaper2 , wall covering ni) . Mana la tau kalau2 la dapat hadiah ni dan dah try satu dinding , kita berminat lagi mengisi dinding2 kita yang kosong tu, kita hire lagi (atau beli stensil nya) bila tiba waktu dan ongkosnya kan Abang kan kannn...

OK tu je entri panjang berjela. I dah like dah both of the facebook tapi nama I bukan nurinkhairi kat dalam tu. Dan jugak dah hantar within tarikh tutup.
Salam semua :)


17 July 2013

Kenangan di Houstonian Hotel , Club and Spa

17 July 2013
Warning: Entry ni banyak gambar

Selama 13 hari 12 malam kami duduk kat Houstonian Hotel, Club and Spa nama penuh dia.. seronok jugak kat sana walaupun agak jauh, dalam 15 minit untuk ke training centre. Ada banyak lagi hotel yang lebih dekat untuk ke training centre. Tapi perhaps the two reasons kenapa saya rasa tak perlu tukar hotel ialah kerana:

1. Set mandian dia ialah set L'occitane! Memang dah tau sejak dari Malaysia lagi, jadi memang saya dah siap beli shower gel and pek syampu cukup2 untuk 2 minggu so that boleh bawak botol2 ni sebagai sort of macam souvenir la pada orang.. Souvenir free dan best! Benda2 camni boleh la bagi2 kat sedara mara ke.. even sampai ada sekali tu, saya sempat balik dari training time lunch, time tu ada housekeeping, dengan tak malu nye I mintak 2 set..huhu.


Reason no 2: Hotel dia dalam kawasan yang tenanggg gitu..pemandangan dari bilik ialah small forest. Kalau hotel2 yang dekat dengan tempat training tu (i.e. hotel dekat area Galleria, shopping mall kat Houston ni), pemandangan dia ialah normal la..jalan raya, shopping complex.. cuma yang ralat sikit sebab kami hanya sekali je sempat keluar berjalan di sekitar kompleks hotel sebab hari lain2 kami keluar berjalan


Pemandangan dekat lobby dia. Hotel ni cuma 2-3 tingkat je rasanya. Bukan hotel chain yang besar2 dan banyak bilik. Lobby dia rasa homey je..

 

Ni dari lif ke our room. Kami tak guna pun lif sebab sama level kecuali kalau bawak stroller, sebab ada tangga sikit 


King sized bed, tapi bilik dia antara katil dengan tv agak kecik. Banyak lagi hotel yang jarak antara katil dgn tv tu besar. Oleh sebab tu, bilik ni ada rasa kecik sikit walaupun masih rasa luas (apakah yang aku merepek ni)


Gambar hallway pergi bilik


Set tempat letak ais dengan corkscrew siap (untuk wines la nih). Ais tu memang tahan wo the whole day even sampai esok


 Bila masuk, siap ada letak kad with my name on it , cam welcome card la kira


Meja study

Minibar dengan coffee maker. Pelik gila sebab kami request kettle(tak pernah pergi hotel yang tak sediakan kettle) lepas tu dia tak kasik, dia bawak gelas yang ada air panas haha lawak. Reason mintak kettle sebab nak buat susu for little Aisyah (dia minum campur BF dgn FM sekarang) tapi takde so pasrah la guna coffee maker..


Bilik air dia kecik tapi boleh tahan la. Teringat bilik air masa kat Putrajaya Pullman dulu , sangat besar dan bathtub dia best!


Bathtub + shower..



Penuh arak2 je dalam minibar tu, takde tempat langsung sumbat barang kami.. Memang punggah keluar la semua


Makanan masa malam first. Order dua pizza cheese sebab masa tu dah sampai dekat tengah malam, dengan banyak dugaan sebelum sampai


Hotel ni terletak dalam satu kompleks estet yang agak besar. Dia ada clubhouse sekali, dan clubhouse ni terbuka untuk hotel guests dia dengan club members. Clubhouse dia kami pergi sekali je tapi memang banyak cerita aktiviti2 my colleagues yang pergi almost every evening. Ada gym, basketball court, playground, kids' gym, sauna, steam bath.. siap ada exercise class for every day eg: yoga, masuk je mana2 kelas yang berkenan 

Bawah ni boxing room dia..


Cycling room.. ni banyak2 ni untuk group cycling which they taught here with an instructor


Ada swimming pool yang ada lap.. ada jugak swimming pool ala2 hotel + slide sekali.. pool budak2 pun ada tapi kecik je


Patung orang gardening, ingatkan betul mula2 


Path leading to the swimming pool


Pemandangan dekat park dia , tenang..


Tu je la cerita Houstonian Hotel ni.. kalau dapat datang lagi (ntah bile ye..) , mungkin tak pergi dah sini sebab agak jauh. Lagipun kalau tak bawa baby dan perlu pump EBM, recommended hotel daripada colleagues ialah kat Double Tree by Hilton kat Houston ni sebab dia ada full size fridge dalam bilik hotel nya..

Kenangan manis di USA..





11 July 2013

Bantal Leher / Neck Pillow untuk Travel

11 July 2013
Tempoh hari sebab saya naik flight dgn baby, dan memikirkan yg saya akan duduk kejung je dgn baby sebab susah nak baring atau betulkan position agaknya, terasa patut invest sikit untuk keselesaan.

So..kami beli, well takde beli apa2 pun..neck pillow je punn..




Kat Mid valley ada satu kedai kat level LG (level yang byk kedai makan tu), kat depan2 kedai dia ada display neck pillows banyak. Kat situ jual satu RM 39.90.
Kami pergi ke Carrefour untuk survey mana tau situ ada lagi murah. We found neck pillow brand American Tourister, tapi harga mak oi mahalnya.. RM 55 untuk satu bantal. Nk beli dua dah RM 110

Tapi what made it special waa because dia ada cangkuk.. I thought cangkuk dia akan sgt useful untuk gantung kat beg semasa kat airport mengangkut bag.

Memang betul, senang nak sangkut dan tak perlu pegang, di kala beg yang begitu banyak dan baby lagi. Traveller lain yang saya lihat semuanya sangkut kat leher.
Kemudahan lain sebab neck pillow ni boleh convert jadi bantal kecil. Cuma buka zip dia dan bentukkan jadi bantal. Berguna bantal tu rupanya, untuk sendal my little Aisyah dalam stroller waktu tidur dia, dalam flight sebagai extra pillow untuk dia anytime that we did not use it, dan yang penting, sebagai kusyen baring dia semasa
menyusu dalam our kereta sewa.
Tapi tu lah..kami sebenarnya bayar extra RM 30 lagi untuk dua bantal, untuk dapat cangkuk dan convertible bantal. But it's still quite worth it..





10 July 2013

Pengalaman Sepanjang Flight KL - Houston - London - KL Part 3 of 3

10 July 2013



Dah penat dah tulis tentang pengalaman2 naik flight kami..yela total ada 6 semuanya. Yang ni last, kena habiskan.

Flight 3 : Dallas - Houston with American Airlines (duration: 40 minit)

Sampai2 je kat Houston, keluar dari kapal terbang, ada pekerja airport tunggu dengan pas warna oren. Nasib ler I perasan sebab boleh saja I terlepas pandang ini orang. Pas oren tu ialah express pass untuk skip queue kat immigration, sebab ada connecting flight dalam masa terdekat.

Connecting flight kami ke Houston jarak dia dalam 1 jam lebih je, so the express pass really helped us, cepat je kat immigration.
After went through security, kami check gate mana that we hace to go through..boarding pass memang semua dah siap ada. But guess what, bila scan2 for our flight..rupanya it was CANCELLED. We were told sebab mechanical failure. Penat2 je express pass bagai..

Huhu menimpa2 nasib malang kami sepanjang perjalanan. Tak pernah I alami even sepanjang I ulang alik UK Malaysia waktu student dulu time summer hol.
Kami diberitahu yang akan ada dua lagi flight lain ke Houston by American Airlines pada hari tu. Satu pukul 4.30 pm, satu lagi 6.30 pm. Kami akan dimasukkan dalam standby list dan boleh try for both of these flights di depan boarding gate untuk diterima masuk. Kalau tak nak tunggu, we have the option untuk naik flight esok, sebab kami mmg confirm utk esok. Tapi sebab dah rugi satu hari semalam sebab denied boarding, I cant afford one more day sbb esok training dah start!

So kami pun tunggu la sbg standby list pada pukul 4.30 pm. Bayangkan the whole flight cancelled, jadi mmg ramai dan org berebut2 nak naik. Kebetulan pulak kami daftar sbg standby list lmbt sbb kami ada flight lain sebelum tu sedangkan org lain mungkin takde connecting flight so they have been to the airport 2-3 hours before, jadi peluang kami boarding mmg tipis.

Kesian Hubby yang duduk depan boarding gate tu dan menunggu je announcement. Ada orang yang dah marah2..





Mereka takde sistem macam dahulukan passenger connecting flight..sbb kalau orang tu dari Dallas itself, kalau flight cancel dia boleh je balik rumah tapi kalau macam kami, mereka kena support our hotel for the night in Dallas. 

I rasa the system was chaotic and funny..mereka siap offer those yang memang naik flight tu, siapa yang nak give up their seats for $300 voucher..memang ada la yang nak kan. Rasanya cara tu la mereka boleh sumbat orang2 standby list ni.

I sampai dah tertido2 menunggu kat seat. Sampai my Hubby panggil tunjuk muka kat depan kaunter, mana la tau dia nampak baby, dia kesian and they let us board..huhu. We did not get 4.30 pm punya flight tapi alhamdulillah we were the two last passengers for flight 6.30 pm so akhirnya kami ke Houston jugak that evening!


Lembu , astronaut landed on moon. Lembu tu tak sure but maybe coz of Texas rodeo/cowboys but astronaut tu is because NASA space center located in Houston, besides Florida
Tapi dugaan kami tak habis lagi. As expected, beg kami tak sampai together with us. So malam tu kami takde baju etc. I kena hantar express laundry untuk pakai baju yang sama esoknya. Bayangkan dua helai baju express laundry, $60 !! Alhamdulillah beg kami sampai jugak esok paginya..risau jugak tak jumpa huhu.

Flight 4 and 5: Houston - Dallas and Dallas - London by American Airlines

By now I'm already sick of naik AS sebab tak best! Yang ni time balik lepas 2 weeks training , going to London for vacation. Flight yang ni check in ok..tapi flightnya delay dalam 1 jam lebih. Byknya problem American Airlines ni!! That made us really nervous sbb kami ada flight Dallas to London.

Our flight was at 2.45 pm, kami sampai Dallas dalam 2.20 pm. We were terkejar2 ke boarding gate..I lari dulu sambil mengangkut Aisyah with the baby carrier while my Hubby ambilkan stroller dan cabin bags. Beg besar2 mak nenek semua dah check in siap2 so no issue.

We were the last two to arrive at the gate, right at 2.45 pm.. Fuhh.. Org yang jaga tu tak tengok pun passport kami, dia suruh tunjuk ada 3 ketul passport and off we went into the plane.. Adehh penat!!

Flight 6: London - Kuala Lumpur by Malaysia Airlines

Yang ni lepas kami berjalan2 di UK selama 4 hari. Setelah 4 flight dengan AA, I was really looking forward to taking MAS. Walaupun perjalanan London to KL lebih jauh, somehow rasa tenang je sbb naik flight yg familiar, Malaysian stewards/ess, byk Malaysian passengers, senang nak solat..

Again, kami tersalah perkiraan kat sini in terms of time. Kami sampai lambat sikit dalam 2 jam 40 minit sebelum flight, antaranya sebab kami tersilap naik tube (tersalah arah) , and also ingatkan masa travel dalam 1 jam daripada keluar hotel sampai la naik tube ke Heathrow, rupa2nya kena plan lebih lama..mungkin sebab bawak stroller, lepas tu tersilap arah lagi. Pastu time tu rush hour, orang baru balik keje hari Selasa..

Beg2 besar kami semuanya kami tinggalkan semalam kat our 2nd night punya hotel, nama dia Arora International Airport. Dia charge 1 bag, 1 pound (murah kan). So bila dah sampai Heathrow tu, not the end of story, sebab kena ambik bag lagi. Tersalah perkiraan lagi di negara orang.. tak teringat yang hotel ni dekat di Arora tu. 

Actually, kami tak teringat yang Arora tu dekat dengan Terminal 1,2,3 , sedangkan kami kat Terminal 4 for MAS.. mula2 plan nak naik bas, mungkin mengambil masa 30 minit pergi balik. Rupa2nya bajet cam salah sebab tak teringat tentang terminal tu..kalau naik bas mau 1 jam lebih baru sampai semula kat airport. Habis nya Hubby naik teksi while saya tunggu di airport mengemas beg dan memunggah beg. Bila beg dah sampai, kena punggah sikit sebab kami satukan dua beg supaya jimat number of bag untuk simpan kat hotel tu.

Rupa2nya tak jimatttt..sebab naik teksi jugak akhirnya.. 40 pound melayang.. baik la simpan je kat Heathrow haritu..satu bag will cost us 8 pound.. 3 bag , 24 pound..huhu.. Tapi nak buat camne..

We finally checked in dalam 1.5 jam sebelum berlepas..fuhh.. Seat kami pulak boleh tak sama. My Hubby seat sama tapi seat I jadi lain. I dah bengang2 dah sebab seat kami memang I dah check banyak kali sama..cumanya dia tak tulis dalam tiket. Plane tu (Airbus A380 yang terbaru tu) ada 2 tingkat, so seat Hubby kat tingkat atas , I tingkat bawah..wawawa..

Orang kat kaunter check in tu kata, memang priority dia kasik mother and infant seat yang ada bassinet.. So tiba2 I ada idea, and I challenged him. Hubby punya seat was 32 F and I sepatutnya 32 E, dua2 seat yg ada bassinet. So I tanya aa dia, seat Hubby 32F, camne dia boleh dapat seat bassinet? Tak logik kan? That was because we booked together! Ntah2 seat allocation yang diorang kasik I, bukan seat bassinet pun. So dia call2 and tanya pasal betul ke 32F tu seat bassinet, rupa2nya confirm..seat yang sebelah Hubby dah kena "block" tapi yang block tu sebab tu seat I la! Camne ler dalam tiket keluar seat number lain I tak tau la.. Pengajaran to really properly confirm your seat sebelum journey and have it documented dalam paper.. Tak guna ada dalam kepala tapi takde bukti untuk tunjuk. Tapi walau macam mana pun, berdepan la dengan kemungkinan2 yang tak masuk akal macam ni..

I think this was the most relaxing journey after semua ordeal2 tu selesai, sebab it was the first time naik ada bassinet. Walaupun Aisyah tak nak tidur dalam bassinet, we tried jugak time dia memang fully asleep. So I think I got to relax and stretch tanpa dia selama 2-3 jam jugak la. Seat bassinet kami Mitra my travel agent book yang bahagian tengah2 , jadi  mungkin tak berapa privacy. Kalau next time (if there is a next time), I will make sure I get window seat. 

Selama ni I tak tau pun camne bentuk bassinet dalam flight and kat mana seat yang ada bassinet or how they attach it. Ni gambar close up and dua screw bulat kat gambar tu is how the steward/ess attach the bassinet. Bassinet ni is limited, cuma ada dekat bahagian depan seat yang mana depan kita takde passenger. For us, we sat on the very front of the deck tingkat 2 yang mana kat depan kami ialah first class punya section. Seronok jugak sebab luas and we could stretch our legs .



As for me now, I takkan malu lagi nak breastfeeding bagai ke..I dah tak kisah tu semua, pandai2 la cover kan. Orang nak tau kita bf, lantak la. I dah jadi immune dah sejak balik dari negeri mat saleh ni tentang breastfeeding in public (selagi kita menjaga dan menutup aurat) jadi next time I akan pentingkan keselesaan yang macam ni.

We learnt a lot through our journey. Even Hubby yang time management bagus pun, we could end up through some of the loopholes in our planning. And tu tak masuk semua benda2 yang tak dapat dielakkan. Hopefully in our travels yang akan datang, it will be better insyaAllah..

Selamat Berpuasa. Banyakkan Membaca Quran. (peringatan untuk diri sendiri jugak). For breastfeeding mothers, cekalkan diri dan makan sahur!!

09 July 2013

Pengalaman Sepanjang Flight KL - Houston - London - KL Part 2

09 July 2013

Flight 2: London - Dallas dengan American Airlines (duration: approximately 9 jam lebih)
Our first flight: The awesome Malaysia Airlines 

Perjalanan pertama kami dari KUL ke London agak mencabar, sebab pertama kali saya jalan begitu  jauh dengan baby atas lap. Kami memang sengaja pilih seat tingkap sebab nak lebih privacy untuk breastfeeding. I asyik complain je..sakit punggung susah nak bergerak.. My Aisyah pulak jenis yang nak dengan I je, especially time dia tidur. Jadi melepek le I dok memegang dia 13 jam dalam flight beralih sana beralih sini..

Sampai kat London, I memang sengaja pilih transit yang agak lama. Transit kami dalam 8 jam , kami sampai 5.50 pagi waktu London dan bertolak dari London ke Houston pukul 2.20 pm. So camne pulak boleh ke Dallas..haa tu yang cite ala2 nak tercabut jantung I time tu.

Lepas sampai London, kami keluar immigration dan memang kami dah ada hotel yang dah siap tempah. Tujuan hotel untuk stretch our legs, rehat2 kejap, baring2 dulu dan mandi. Takde la kematu duduk kat airport nak jalan jauh lagi. Hotel dalam 15 minit dengan teksi. Tujuan kedua ialah sebab I dulu pernah student kat UK dan masih ada account dengan UK, jadi duit belanja personal expense kami plan semuanya guna duit UK. Makanya takde la terasa dengan tukaran mata wang asing, malahan lebih untung. £1 boleh dapat dalam $1.50. So memang kena keluar la untuk ke bank UK saya.

Kami memang dah siap2 dapat boarding pass daripada kat KL lagi. Bag2 pulak memang dah check in dari KL, jadi yang ada cuma stroller dan beg kecik2 je. Jadi tak perlu nak check in dan sebagainya. Our problem tiba sebab bila dah sampai London, even though awal2 tu dah fikir nak check kat terminal mana kami perlu pergi nanti, macam mana ntah boleh terlupa.

Heathrow Airport ni,jarak antara satu terminal ke satu terminal yang lain ada yang kena naik bas atau train. Antara Terminal 1,2, dan 3 boleh jalan kaki. Tapi kalau Terminal 4 dan Terminal 5.. walaupun berada di kompleks yang sama, tapi Terminal 4 entrance dia tempat lain yang kena naik bas atau train dan Terminal 5 entrance dia tempat lain. Jarak antara Terminal 4 dan 5 dalam 15-20 minit naik bas dan dalam 5 minit naik train.

Jadi bila kami check out hotel dalam 11 lebih, pergi ke bank, lepas tu pergi pulak money changer untuk tukar duit US, dah nak jadi..orang money changer tu sangat la lembab nye tukar duit kami..system dia down la dan sebagainya. So ni 3rd time dalam perjalanan kami we were being challenged by a stupid system. Pertama nya waktu nak check in on our first flight, second was waktu nak check in kat hotel London. Jadi agak lama kami di situ..saya sampai dah banyak kali tengok jam kerisauan.

Oleh kerana kami book taxi pukul 12.30 pm..dan kami sampai tempat yang dijanjikan dalam 12.35 pm, taxi tu dah tinggalkan kami pulak (nasib). Nasib ler dapat call semula taxi yang sama (minta bantuan hotel).

Sudah jatuh ditimpa tangga..kami tak sure pulak terminal mana. Tu la lalok2 pergi hotel lupa nak check terminal mana. My instinct kuat ke Terminal 5, sebab kami naik British Airways dan most British Airways guna Terminal 5. Cuma a few je yang guna Terminal 4. Dulu pernah check dalam internet guna ke terminal mana and it was Terminal 5, confirm. Tapi tu la..saya nak jugak confirm kat site sebab tak percaya dengan internet ni because it was not real time kan..

Tapi ntah camne walaupun pernah check Terminal 5, it was a really bad decision. Really really bad decision, and we decided to go to Terminal 4. It was the terminal which we arrived from KL pagi tu. Taxi from the hotel to Terminal 4 costed us around £25 fixed rate. Also minda kami di-'kelabu'-kan dengan the fact that for the taxi untuk hantar kami dari hotel ke Terminal 5, would cost us £40 so we thought, uih mahalnya. Baik pergi Terminal 4 check kat sana untuk confirm betul2 (sebab mana la tau di mana kann), lepas tu if it really was Terminal 5, we will take a  Heathrow Express. It is a free train service connecting all the terminals. Even though between terminals, it is free but if to and fro Paddington station (central London), it will cost £20 per one way per adult.
Look at the awesomeness of the free Heathrow Express service!



So when we got there, we finally confirmed it was Terminal 5 so we took the train and arrived in front of the check in counter at about 1.45 pm. Just before we approached the security gate I saw a  signboard, which says "35 mins through security". Maksudnya, kena prepare at least 35 minutes sebelum masa berlepas to go through security..and 1.45 pm meaning kami memang betul2 on the dot 35 minutes.. Bila kami nak masuk security (waktu tu belum cemas lagi), dia mintak kami pergi dekat check in counter balik. Alamak!

Rupanya one final check kena buat iaitu dia just nak verify US visa kami..ok lagi la, belum cemas sangat walaupun time tu lagi 25 min nak berlepas. Sekali tu bila orang tu nak check visa kami, the lady told us 

"I'm sorry but you are too late for the flight. You need at least 15 minutes to go through security" 

Haaaaa..hamikk kau..!! Berderau darah aku dengar. Aku dah bayangkan duit yang akan mengalir keluar lagi untuk beli tiket baru..wuwuwuwuwu.. terketar2 aku..my Hubby, cam biasa aa..bila wife dia gelabah dia kena cool..baru la makin tak gelabah. Thank you babe..


We were directed to the ticketing counter and to speak with somebody there. The first thing I asked him was, "do we need to pay extra?". Huhu.. So after dia check2 , turns out that he said tak payah bayar extra.. What?? Miracle gila!! Miracle dan bersyukur sangat2 tak kena bayar apa2.. Katanya it was because it is a codeshare flight and sebab oneworld partners.. See see benefitnyaaa..!!



He told us that other flights to Houston were fully booked on that day. The only option that he had on that day was for us to go to New York that night, and tido semalam di NY, dan sambung from NY to Houston the next day. Even though it sounded like a nice option la kan dapat merasa New York, but we declined. I absolutely had no idea where to stay in New York and how much (or how expensive) last minute booking would be. So kami terpaksa decline. I don't think that the company will cover this incidental expense that resulted from my mistake, so I terpaksa la berjimat2 jugak.

Second option was to travel the next day, pagi2 esok harinya ada flight to Dallas and then Dallas will connect to Houston. Dallas dengan Houston by air mengambil masa dalam 40 minit je. We thought that was a better option sebab I memang familiar dengan London.. 



Kami diberi option untuk ambil semula bag2 yang dah di check in (beg tak pergi ke Houston, sebab kami tak board the plane) ataupun tinggalkan di Heathrow sampai esok hari. We opted to take them, sebab we need some baju dan barang2 malam tu.. yang paling penting sekali, at least we know our bags were safe with me.

Itu la pengalaman buruk kami time tu.. Perjalanan esok hari nya better.. Flight kami yang original sepatutnya dengan British Airways tapi sebab tak dapat naik, yang dia kasik ni ialah American Airlines, jadi tak merasa la kami naik British Airways.. British Airways punya seat allocation, you have to pay, about £27 per seat! Kalau tak nak bayar boleh, tapi hanya boleh book 24 jam sebelum flight. Because we wanted a peace of my mind, maka bayar je la. Yang bagus nya, seat I free sebab mother and infant punya seat adalah free. Hubby punya je kena bayar. Jadi melayangla £27..

Gambar..Baju sama dgn baju semalamnya. Basuh dan keringkan di hotel sebab ni satu2nya baju nursing I dan agak discrete utk BF.


I thought the flight was quite bad. Which made me miss MAS top of the class. To be honest, terlalu banyak orang American made me macam tak best haha.. Not that I tak suka mereka, hey my colleagues in office ramai American and I work with an American company.

Ada one stewardess ni saja cari pasal dengan I. Hubby mintak air sebab time dia bagi2 air dia tak kasik kat kami (motif? Sengaja??) pastu stewardess tu cakap dengan I, "Oh I remember you! Coz you are wearing that headscarf, and it's so beautiful". Was I supposed to be complimented or what? Heck no.. Apa motif? I rasa sarcasm , and yes, insulted. Especially kalau I dengar cara dia cakap, cam orang mabuk. Lepas tu dia kata akan datang balik with our drinks, sampai ke sudah tak datang ! Hubby had to ask another stewardess. Oh geramnya I !!

Finally we arrived in Dallas. Another flight to catch sebelum ke Houston..







08 July 2013

Pengalaman Sepanjang Flight KL - Houston - London - KL Part 1

08 July 2013


Cakap pasal pengalaman flight ni, rasanya pengalaman ke US ini yang paling mencabar sepanjang aktiviti travel menggunakan kapal terbang ni. Ni bukan kali pertama my little Aisyah naik kapal terbang - April lepas, both of us and my mum jalan2 ke Thailand (sambil saya ada kerja di sana)..but it definitely was perjalanan kapal terbang kami yang paling lama, both for Aisyah and for Hubby and I. Semoga menjadi pengajaran berguna buat kami dan orang lain pada masa akan datang..

Flight 1: Kuala Lumpur - London dengan Malaysia Airlines (duration: 13 jam 10 minit)

Flight pukul 11.40 malam, kami bertolak right after Maghrib dan kami sampai hampir pukul 9 gitu..so ada dalam 2 jam 40 minit sebelum berlepas. Alkisahnya sebab urusan travel saya memang wajib beli dengan travel agent, jadi saya punya dan Aisyah saya decide untuk beli dengan travel agent. Hubby pulak beli dengan expedia.com sebab masa tu tak boleh nak tunggu travel agent saya yang teramat la lembab nye.. Tambahan pulak time tu kami desperate nak beli sebab waktu tu weekend yang ada Matta Fair, ada orang MAS warning dengan Hubby, kalau after Matta Fair mungkin tak dapat dah harga tiket yang murah. Memandangkan tiket saya dan Aisyah memang dah block (dia boleh block dan kena bayar dalam masa 2 hari, kalau tak dia akan release kepada orang lain), jadi Hubby pada weekend tu terus beli dengan expedia. Lagipun bila kira2 balik travel agent punya lebih mahal.. (apa motif beli dengan travel agent ni dan tak kasik I beli dengan tempat lain kalau ada yang lebih murah dan sama value? Tak faham)

Berbalik pada cerita KLIA tadi..jadinya confirmation number kami ada dua..dalam masa 3 bulan lebih sejak dah beli tiket, memang kami dah confirm betul2 semua seat number, semua confirmation dah ada. Tapi ntah camne..bila dia carik2 confirmation number, orang check in desk tu kata, ticket number I dengan Aisyah ada, tapi my Hubby takde.

Meh nak alkisah sikit.. Sementelah la sekarang ni Malaysia Airlines dah jadi partner kepada oneworld alliance (korang boleh la google oneworld ni kalau nak tau lebih lanjut), jadi Malaysia Airlines ada codeshare partner, salah satunya American Airlines. Yang Hubby beli dapat murah tu ialah American Airlines punya code.. I just follow je flight Hubby, mintak dengan travel agent. American Airlines, meaning, nombor flight dia ialah AA kat depan.. in our case, it was AA 7435. Kalau kau beli dengan Malaysia Airlines, dia akan jadi MH la. 

Tapi dia akan tulis kat ticket tu, "Operated by Malaysia Airlines". Meaning, kita akan naik Malaysia Airlines flight, check in di kaunter MAS, makanan memang MAS punya, tapi weight limit ialah American Airlines punya.  
Nombor dan segala mak nenek nombor tiket ni ada macam2. AA punya nombor confirmation terdiri daripada 6 digit..selalunya semua abjad. Tapi bila I call MAS berkenaan MAS punya flight yang satu ini, orang MAS takkan dapat baca nombor AA. Dia akan insist nombor MAS yang terdiri drpd 5 digit, so terkial2 la I call balik AA mintak nombor ref MAS yg terdiri drpd 5 digit. Heran at this time and age takde system yang integrate semua tu..takkan nak expect customer semua tau. Nama dah codeshare! Kalau expedia pulak pun akan ada reference code sendiri pulak..hah tu dah berapa ribu nombor kau ada just untuk naik satu flight.

So dah cerita panjang berjela ni, berbalik semula kpd kisah check in kami. Alkisahnya la pulak yang Hubby punya TICKET NUMBER takde. Kami kat situ dah konfius bagai..hai yang ni berlambak nombor2 reference macam2, takkan takde satu pun yang sangkut bang oi? Abang MAS tu tunjuk ticket number I, nombor dia ala2 camni.. kat gambar bawah tu yang line number 3.



Dia kata "takde ticket number ni tak boleh check in. Puan dengan anak Puan boleh la boarding". Ah sudah! Langsung tak bagi solution yang baik..kerja gila apa pergi US berdua je dengan anak kecik.

Lepas tu dia suggest calk balik travel agent Hubby (expedia) untuk clarify. Call punya call lambat pulak nak connect, I dah berdebar2 dah. Anak dah nangis, nasib sangat ada my mun and dad. Kemudian, dia mintak kami pergi ke ticketing counter untuk check. Jadi sambil Hubby masih try call, pergi ke ticket counter, nasib tak jauh.

Check in counter tu boleh pulak nak tutup sebab dah habis shift dia pukul 10.. I dengan pantasnya cakap jangan tutup until you selesaikan masalah kami..huhu. Tp akhirnya dia tutup gak. Tunggu punya tunggu giliran call expedia, dapat connect through..kemudian expedia convinced Hubby yang tiket dia ada dan takde masalah. Bengang sebab tak tau apa punca masalah, dipendekkan cerita bila lady kat ticket counter tu bercakap dengan phone dengan expedia baru la sedar yang nama Hubby saya ada dua di dalam system.

Camne boleh ada dua? Itu tak tahu. Tapi salah satu reservation tu adalah nama bapa mertua I jadi first name dan nama dia last name! Satu lagi OK. Yang ada ticket number tu was associated with yang nama surname jadi first name. Lerrrr... *tepuk dahi*

I pun pernah experience nama terbalik ni sbb agent I sendiri yang buat (agent i ialah Mitra - saja up google search sket). I mintak tukar dia macam tak nak, katanya orang lain pun dia buat gitu (nama surname jadi first name) takde masalah pun. Haih.. So pentingnya kalau travel, the documents tu tulis betul2 nama you. Sebab kat negara omputih, dia tulis nama formal dlm tiket ke, camni:

Smith, Linda --- yang Smith tu nama surname

Abis tu time I dia letak:
Nurin, Khairi --- mana boleh cik kak Mitra oi

Alhamdulillah I takde masalah tapi masalah my Hubby walaupun tak pasti puncanya menyebabkan I beware sangat next time. Oh oh, jangan lupa letak bin/binti sekalu. I tulis kat bahagian first name. Cth:

First / given name: Nurin binti
Surname: Khairi

I pernah ada pengalaman tak letak ini binti waktu bukak acc bank di UK, jenuh meng-explain kenapa nama tak sama seperti passport!

So this whole ordeal took us about 1 jam lebih to complete. 1 jam setengah sebelum berlepas baru ler kami terkedek2 ke boarding gate.

Wahh panjangnya..sambung nanti la..

Beg Luggage Samsonite Yang Murah

Tunggu masa sesuai nak post entry2 cuti2 US dan UK.. (kami singgah UK jugak 4 hari). Sambil tu kebetulan ada gambar ni dalam phone tentang luggage beg yang baru dibeli..relatively baru. Beli tahun lepas semata2 untuk trip US. Beg Beverly Hills warna purple. Pernah tulis dalam entry lepas.
Masa di US, Hubby perasan kat bawah salah satu tayar belakang dia dah retak. Tayarnya masuk ke dalam, dan the tayar kira useless dah lah.




Ini salah satu keburukan beli hard shell luggage bag. Pernah tengok youtube tentang zip luggage bag senang2 je boleh bukak, making tampering really easy? Menakutkan.. Itu keburukan luggage berzip pula.
Setelah difikir2 semasa kat US tempoh hari, akhirnya kami beli satu lagi beg, memandangkan masih ada baggage allowance dan memang dah jangka hasil shopping yang agak banyak.
Hasilnya..beg Samsonite hitam soft shell yang murah bersaiz 29".. harganya lepas tax ialah 92 dollar.. kurang daripada RM 300. Kalau kat Malaysia, harganya dalam RM 700 - 1000. Begnya cukup besar dan surprisingly, kedalaman beg tu memang dalam..berbeza daripada my hard shell punya bag and Hubby's.




Kena beli di kedai harga murah seperti Ross cam dalam gambar ni, kalau tak, mahal jugak. Ada banyak compartment dan expandable feature.




Siap ada compartment yang kalis air..




Dalam beg..




Ada 10 year warranty lagi. I am convinced that this luggage bag and I will go a long way.. Dah serik beli hard shell luggage bag..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...