nurinkhairi: December 2013

29 December 2013

Beli Buku DIY / Cerita Kontraktor Buat Tiles

29 December 2013





Buku yang Hubby nak beli, dok sibuk nak passng tile sendiri la ni. Cakap pasal pasang tile sendiri ni, saya fikir kenapa orang mat saleh suka DIY sendiri, sebab kita tau kualiti kerja kita sendiri, orang lain buat takut mungkin tak memuaskan. Tapi kena fikir jugak masa, ada ke tak.

Macam haritu masa upah konttaktor untuk buat tiles bilik air



Anyway, buku ni beli kat Kinokuniya KLCC. Yang ni last unit. Kalau nak beli mungkin boleh order n tunggu stok. Bila search kat MPH online, buku ni takde jual.

Saya pun selalu jugak membeli dekat The Book Depository, cuba google. Buku dia dari UK (US website pun ada rasanya), dan yang best nya website ni ialah semua kos postage percuma. Tak kena apa2 bayaran. Yang tak best sebab kena tunggu lama la. Buku DIY ni pun bila convert dari duit pound ke RM lebih murah kat website tu dari Kinokuniya, tapi dalam RM 10-15 je murahnya.

Meh tengok index, it covers almost everythg so kalau dah expert, mungkin buku ni too general. Sorry gmbr dia gelap..











24 December 2013

Idea Hadiah: Storage Boxes dari Muji

24 December 2013

Kalau nak belikah hadiah yang menarik untuk majlis kahwin, masuk rumah dan sebagainya.. insyaAllah you will not go wrong with storage boxes. Kali ini tinjauan wartawan ialah ke kedai Muji di Mid Valley. Kedai dia jual macam2 barang seperti storage boxes make-up, tuala. linen, stationery.. tapi semuanya ada satu color scheme je iaitu warna neutral macam warna putih, cream, tanah. Tak dapat jumpa barang warna warni ala Daiso la kat sini. 


Dia ada dua jenis material storage boxes yang saya perasan. Satu ialah yang warna translucent camni, dia panggil PP storage. I think PP may mean polypropylene plastic. Sangat sturdy dan cantik. Gambar atas ni ialah yang paling murah in this range. RM 39.90 dan bentuk dia segi empat tepat memanjang. 


Yang gambar bawah ni boleh buat storage barang macam DIY random stuffs, barang jahit, make-up organizer.. 


Yang ni pulak berkenan sungguh di hati untuk letak botol2 skincare yang bersepah2 dalam bakul saya.. Jenis acrylic, harga RM 64.90 , hmm, nanti lah ye.. 


Yang ini nak bagi hadiah pun cukup menarik. Boleh jadikan sebagai memory storage boxes eg: letak photo albums, memorabilia etc.. atau letak baju, whichever you please. Satu compartment ni harga RM 89.90. 


Storage boxes dekat IKEA pun banyak jugak, rasanya lebih murah tapi takde jenis acrylic dan PP. 

20 December 2013

Masak Lamb.. Indian Lamb Chop

20 December 2013
You all tau yang memasak memusnahkan banyak nutrien dan enzim, termasuklah sel2 anti-kanser. Sebab tu kita digalakkan makan banyak bahan mentah atau yang minor preparation seperti sayur cuma celur je, atau rebus2. Tapi for me, I like variety..I can't always stick to makanan berasaskan rebus2 je. Dan tak semua orang suka makan mentah, contohnya saya. Sedangkan kebanyakan sayur pun saya tak gemar makan mentah.

Manakala makanan2 seperti yogurt atau sour cream, oleh sebab ia mengandungi bakteria Lactobacillus acidophilus , they actually make a powerful anti-cancer food. Disebabkan yogurt kaya dengan 'bakteria baik' dan enzim, ianya memudahkan penghadaman dan penyerapan makanan. So sapa2 ada masalah penghadaman kena selalu makan yogurt tau!

I ni mukadimah panjang benor..sebenarnya nak share resipi je punn.. Hujung minggu lepas saya ada buat lamb chop untuk keluarga. Ni resipinya :



1/2 cawan NESTLE Natural Yogurt Set
1 ulas bawang putih yang ditumbuk
2 sudu kecil serbuk coriander (ground coriander)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk cili atau serbuk paprika
Jus limau kasturi (1-2 biji)
Garam
Serbuk atau sos black pepper - saya guna sos
4 keping sliced lamb

Lamb yang saya pilih ialah yang jenis sliced yang selalu didapati di bahagian sejuk beku pasaraya, dah siap dipek. Rupa dia seperti di bawah ni, yang ini semasa tengah diperap.


Gaul rata dan perapkan lamb dengan semua bahan2 yang lain: bawang putih tumbuk, serbuk cili/paprika, kunyit, coriander, garam, serbuk/sos lada hitam, jus limau kasturi dan NESTLE Natural Yogurt Set. Sebaiknya ialah perapkan semalaman, tapi boleh perap for minimum 30 minit pun dah OK. I perap setengah jam je. Tutupkan bahan perap dan simpan dalam peti sejuk.


Saya guna griller (ala yang pemanggang ajaib tu..) untuk masak lamb ni. Jaga api dan pusing2 untuk dapatkan masakan yang sekata. Boleh jugak guna oven, set dalam 200 darjah Celcius. Masak agak2 macam dalam 20 minit gitu..dan dah siap!

Benda ni saya baru baca masa tengah belek2 satu buku. Yogurt sebenarnya sangat bagus sebagai salah satu bahan perapan. Disebabkan ianya adalah produk kultur dan sedikit berasid, bila diperap, ia akan menyerap ke dalam daging yang diperap (tak kiralah jenis apa), and it acts like a tenderizer, i.e. untuk melembutkan daging tersebut. Jadinya lagi lama masa diperap, lagi lembut daging tersebut.

Bila perap guna yogurt, pastikan dia tak begitu berair.. Kan kadang2 kalau buka bungkusan yogurt baru, ada selapis macam cecair kat atas yogurt tu.. Yang ni haritu I tak berapa jaga, so ada berair sikit my lamb bila tengah masak dan tak melekat, jadinya dia hangus gitu je. Jaga2 dengan kuantiti yogurt yang diletakkan dan jangan terlalu banyak, tapi jangan terlalu sikit. Yogurt lebih boleh buat pancake.. :D

Lamb yang dah dimasak, tada.. Saya hidangkan dengan sayur yang dicelur dan french fries :)



Ada banyak online resources untuk resipi, video masakan, healthy cooking tips, dan sebagainya. I suggest you check Dear Nestle website, sebab banyak info yang boleh didapati. Sehingga bertemu lagi di rancangan masak memasak bersama cik nurinkhairi.. :D

18 December 2013

Kena Overcharge di Giant supermarket

18 December 2013
2 minggu lepas ada pergi ke Giant dekat Taman Connaught utk beli groceries. Bila dah bayar siap baru perasan berus gigi Systema yg saya beli harga yg ditulis dalam resit macam
mahal sikit. Sepatutnya harga RM 10 lebih tapi dalam resit RM 11.59. Saya masuk balik dan cek, dan rupanya harga display ialah RM 10.29.





Terpaksa lah tunggu lama sikit kat customer service utk dia refund. Macam gaya selamba je bagi refund, macam normal je. Tp memang selalu saya dengar Giant charge lebih. Ini pun kali kedua yang kena kat saya.

Oleh itu, pastikan waktu cashier tgh scan, sentiasa tengok dekat skrin berapa harga dia scan. Kemungkinan we can catch the discrepancy waktu tu kalau ada.

Setakat ni saya pernah mengalami dua kali kat Giant, sekali tu dekat AEON supermarket di mana harga yang dia display adalah murah, tapi rupanya display tu salah. Nak argue pun malas..walaupun kalau tak silap sebenarnya ikutkan KDN punya guideline kot, kalau salah display i.e. mengelirukan pengguna, akan diambil tindakan or something like that. But I tak tau details so taknak ckp lebih.

Moral is, sentiasa cek resit dan display masa cashier out.

- Posted using BlogPress from my iPhone

15 December 2013

Kat Mana Nak Cari Bantal Empuk?

15 December 2013
Sebelum ni, I never know that a good pillow can enhance the quality of your sleep so much. Bukan la selama ni I tidur tak nyenyak ke apa, nyenyak je sangat..ataupun tidur dengan bangun sakit leher ke apa..tak.. Tapi rupa2nya a good pillow boleh membuatkan tidur lebih bertambah selesa rupanya..kalau nak tidur sekarang mesti akan memilih bantal.

It is a difference what a goosedown pillow (bantal bulu angsa la maksudnya kot) compared to bantal kekabu contohnya. Saya pernah mencari2 bantal goosedown ni di kedai2 seperti Jusco (AEON) atau pasaraya2 macam Giant, tapi tak ada. Setakat ni supplies untuk bantal kami beli di IKEA.


Bantal ni takde lah bantal tinggi yang macam dekat hotel tu, yang tu tak tahu lah nak carik di mana. Kat IKEA tu, dia ada tiga kategori bantal, ikut pattern tidur (mengiring, terlentang etc) : low pillow, medium pillow dan high pillow. Kami ambik high pillow tapi tak tinggi mana pun.


Harga yang pillow jenis kami beli ni: Gosa Pinje, RM 49.90 je. Kalau tak silap, ada bantal yang jenis lain harga RM 39.90. Bantal ni boleh lipat2 dan gulung2 untuk bagi dia lagi tebal ataupun untuk travel. Ada orang suka tidur dengan bantal berlipat dua tapi saya tak suka. 

Sekian laporan saya berkenaan bantal hehe ~

08 December 2013

Beli Floor Tiles Murah

08 December 2013
Untuk orang yang shopping tiles, rupanya baru tau tempat biasa untuk shopping tiles ialah kat Jalan Ipoh berhadapan dengan Balai Polis Sentul. Boleh parking kat situ dan jalan2 cari tiles. Kami nakkan cari tiles untuk bahagian dapur yang belum finalise lagi. Kebetulan my parents' house pun tengah nak start reno bilik air di tingkat bawah dan satu bilik air kat tingkat atas, so alang2 survey tiles untuk my mum sekali.

Dia berkenan dengan jubin White Horse ni yang dia dah survey awal2 di Cheras. Kat kedai2 sini ada yang jual pelbagai brand: Niro, White Horse, MML, Feruni ada showroom dia sekali kat sini.. Ada dua kedai yang jual jubin White Horse ni, harga lebih kurang sama dalam RM 7.80 per piece. Yang ni saiz 1 kaki x 2 kaki.


Saya pun minat kemasan dia sebab some of them tak lawa (murah la tapi, dalam RM 5 lebih), tapi yang ni ok. Sesuai untuk bilik air sebab tak licin, tapi takde texture sangat so tak kasar jugak. Lepas saya Whatsapp gambar ni to my mum, dia terus tanya lawa ke tak lawa ke tak.. rupanya kat kedai yang dia dok tengok tu harga dia murah for the same kind of tile. Harga dia RM 6.50 per pc.

Sebab nak guna untuk 2 bilik air, dan setiap bilik anggaran dalam 4 meter x 4 meter (13 feet x 13 feet), so tiles yang guna pun banyak. Duit habis dalam RM 1600 jugak la maknya..

Kontraktor pulak hire orang Indon. Dia quote RM 4000 lebih untuk the whole job..cabut tiles semua, cabut kan toilet bowl, air panas.. pasang tiles, lepas tu masukkan toilet bowl, sink baru.. Husband pulak tengah berminat nak DIY sendiri tiles kat rumah. Saya tak pasti RM 4000 tu mahal ke tak untuk dua bilik air.. tapi layankan je la..

Kedai tiles yang kami beli ni ialah Ampang Ceramics Sdn Bhd di Taman Bukit Anggerik Cheras...




06 December 2013

Shopping Buku di Big Bad Wolf Sale 2013

06 December 2013
Dah lama tak bersiaran di sini..kejap ada kejap takde, macam biskut.

Anyway, update kali ni cepat saja..nak kongsi pergi Big Bad Wolf Books Sale dekat Mines Convention Centre, kat Mines Serdang. Memang ternanti2 sale ni sebab tahun sebelumnya tak pernah pergi tapi tengok orang2 lain update macam menarik. Lepas balik kerja, terus ke sini. 3 jam jugak pusing seluruh hall yang sangat besar ni dan pilih2 buku.


Sebab sale ni bukak 24 jam, jadi baik la pergi awal2. Tadi saya pergi lepas balik kerja, jadi memang agak jam di situ. Banyak koleksi buku kat situ, tak menang tangan dibuatnya. Nasib baik ada tempat book storage, kita tinggalkan buku yang belum bayar kat situ dan ambik nombor. Jadi kita boleh continue dengan shopping buku lain, atau pergi makan/solat. Saya tinggalkan kat situ sebab dah berat sangat tak larat nak bawak. Ada yang siap bawak troli flat yang macam angkat kotak tu. Siap2 la bawak beg ke troli ke apa..kalau tak diorang ada la kotak untuk kita guna tapi larat ke nak mengangkut kotak sambil shopping kan..

Ada banyak buku budak2, rambang mata I dibuatnya..really tempted untuk beli buku2 cerita bedtime story, buku stiker2 dan kaler2, tapi mengenangkan anak saya baru setahun lebih, lebih baik la fokus ke buku yang ada words sikit2 je, yang warna warni, yang ada bunyi2..dan yang saya dah lama eyeing on, flashcards. Aisyah ada je buku2 yang warna warni A, B, C, 1,2,3 tu tapi takde flashcard lagi setakat ni.

Ni buku2 yang dibeli. Total 20 buah buku, harga semua RM 170 je. Sebelum saya beli, dia ada kasi satu tempat khas untuk kita duduk atas lantai and sort out buku2, contohnya kalau ada buku yang kita rasa taknak beli etc. Kat situ I dah buang sikit buku and kira siap2 harga buku semua berapa. 



 Flashcard yang I beli ada dua, satu pek RM 3 je. Buku yang Bahasa Melayu tu pun RM 3 je..yang kulit tebal mahal sikit. Tapi semua yang I beli ni tak sampai RM 10. 


Saya tak beli buku masak pun, kecuali yang ini.. Ntah la, somehow ingatkan nak beli buku masak selebriti (macam collector's items la kira) tapi takde sangat la.. ingat nak beli Gordon Ramsay tapi ada satu je, itupun resipi dia tak best sbb fine dining. Yang Nigella Lawson ni agak mahal, RM 30, so saya beli satu je. Mungkin kalau pergi lagi tengah minggu ni atau hujung mggu depan boleh tengok2 lagi (ada hati nak pergi lagi sebab husband nak ikut jugak, minggu ni dia tak balik). 


Untuk buku home dan home organizing pulak, pun ada section dia jugak..tapi takde la banyak sangat pada pendapat saya. Ada buku tentang home deco, macam buku ideabook for kitchen and bathroom. Ada banyak buku gardening. Tapi tentang buku home deco tu, ntah macam mana rasa macam tak berapa menarik minat sebab lebih banyak gambar tapi tak banyak sangat tips. Kalau gambar kat Instagram pun ada. Minat nak carik buku DIY untuk husband sebenarnya tapi kecewanya sebab takde. Hanya ada buku carpentry tapi husband tak minat sangat. 

Hubby tiba2 minat DIY macam pasang tiles sendiri.. Kebetulan sekarang ni rumah mak tengah ada orang pasang tiles, nanti kita update tiles.


Finally, buku jenis2 lain..


Better bawak duit cash siap2. Dia ada section utk bayar cash dan ada section utk kredit kad, tapi kot2 kalau kredit kad penuh, boleh pergi row cash. Yang ni row credit card, tapi row cash ada 3-4 orang je yang tgh beratur. 

01 December 2013

Pull Out Drawer Idaman - IKEA

01 December 2013

My dream pull out drawer (or whatever it is called..) , jumpa kat IKEA.



Ada empat shelf untuk isi barang and quite sturdy too. Harga all-in lebih kurang RM 1400 gitu untuk modul ni sahaja.. Tapi bila tanya dengan Everskill tempoh hari, they can do for RM 900, Blum punya pull out drawer lagi..

But then, IKEA punya ni, tengok la pintu dia..sangat lawa..dan warna putih. I am drooling over the door. Pintu ni dibuat daripada MDF board je, but the fact that it is white dan ada indentation tu menyebabkan ia sangat cantik. Harga dia pun agak mahal..

My initial plan untuk install pull out drawer tu ialah untuk mintak KC contractor pasang carcass dulu kat dalam dengan shelf biasa, lepas tu mungkin setahun dua baru upgrade ke pull out drawer.

Tapi melihatkan pada gambar IKEA ni, rasa macam boleh ke tak pun I tak sure.. The carcass board berlubang2 yang memang specific untuk skru kan all the drawers..so memang kena ada carcass yang specific lah kan?





At the same time, I rasa kemungkinan kalau muat, carcass IKEA tu kita beli dan masukkan dalam carcass yang sedia ada? Nampak macam dalam gambar kat atas i pun macam ada dua lapis. Tapi it won't be cost effective la..baik beli sekali harung je.



Ni dia punya separator..untuk pinggan dan sebagainya. Saya suka :)



Rasanya mungkin my KC, I nak guna khidmat KC either Maxime atau Everskill untuk wet kitchen , dan selang beberapa tahun, dry kitchen guna IKEA..warna putih! Kumpul duit dulu laaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...