nurinkhairi: Beli Peti Sejuk - Akhirnya..

08 January 2014

Beli Peti Sejuk - Akhirnya..

08 January 2014
Setelah survey begitu lama, akhirnya kami dah order peti sejuk design yang mula2 saya tak berkenan, tapi Hubby convince dengan baik sekali, so saya pun terminat lah dengan peti sejuk Sharp SJX65STSL saiz 650 liter.  In the end sebelum beli tu, pilihan peti sejuk kami narrow down pada Sharp dan Panasonic Econavi saiz 602 liter. 


Kami beli peti sejuk tersebut di expo Homedec pada akhir tahun lepas di KLCC, tak ingat dah apa nama dealer dia dan harga dia berapa, tapi harga dia murah daripada harga yang kami survey2. Kalaulah ada siapa2 yang berminat nak tau details, boleh email and I will find the receipt. Kebetulan lepas beli tu, selang beberapa minggu, kami pergi ke Houz Depot dan ada both of the peti sejuk, Sharp dan Panasonic side by side. 

Memang instantly nampak yang Panasonic lebih tinggi, tapi Sharp tu sebenarnya walau tak berapa obvious, tapi ianya sebenarnya lebih lebar daripada Panasonic. Kelebaran Panasonic ialah 77.5 cm versus Sharp iaitu 90.6 cm. Tapi bila dah lebar, kena la pulak fikirkan footprint yang lebih besar.. 

Interior peti sejuk Panasonic.. atas fridge dan bahagian bawah ialah freezer. Fridge dia jenis yang mudah laras dan ada compartment sayur dan chilled, macam biasa lah kan.


Freezer dia ialah jenis satu compartment dan tarik keluar. Compartment ni ada dua bahagian, mungkin salah satu boleh letak bahan mentah dan satu lagi boleh letak frozen food ke.. Oleh sebab bahagian compartment ni sangat la menyenangkan untuk campak macam2, kena lah disiplin untuk sentiasa asingkan bahan mentah, letak siap2 dalam tupperware kann.. I bukannya jenis rajin begini dan jarang sekali praktikkan tapi berazam akan mulakan bila masuk rumah baru nanti. Sekarang pun dah mula start, beli terus asingkan siap2 dalam tupperware. Kadang2 dah siap cuci tapi most of the time belum :D Kalau tak asingkan dan terus masuk dengan beg plastik, mana2 peti sejuk tentu akan nampak semak dan kotor kan.. (feeling guilty hehe).



Peti sejuk yang Sharp pulak macam ni bentuknya.. freezer dia belah kiri manakala fridge dia bahagian kanan. Pada dasarnya freezer nya nampak macam kecik je.. tak harap2 tak mengecewakan lah ye.. Lagipun dia tinggi dan banyak compartment2 dekat pintu.




Yang ni bahagian bawah peti sejuk Sharp, kiri ialah freezer dan kanan fridge. Ada dua layer of drawer, jadi lebih banyak ruang storage. 


Peti sejuk pun ada organization system sendiri kann..thanks semua2 yang banyak bagi inspirasi. Semangat nak jadik more organized dan efficient dan lawa2 :D 

3 comments:

  1. Bestnya dapat peti sejuk baru...peti sejuk yg beli masa kawin masih cantik & elok..memang x ada harapan la nak tukar yg baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg lama xyah beli yg baru, bazir je:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...