nurinkhairi: Progress Pembaikan Rumah | Apa Nak Cek Sebelum Masuk Rumah

19 January 2014

Progress Pembaikan Rumah | Apa Nak Cek Sebelum Masuk Rumah

19 January 2014
Rumah.. developer masih lagi dalam tahap repair. Walaupun kawasan neighbourhood dah agak lama, mungkin dalam 3-5 tahun, tapi rumah yang kami beli ni dari developer, sebab ada beberapa rumah dia tak sub-sale pada awal penjualan dulu. So alhamdulillah, boleh dapat harga developer. So, sebelum masuk rumah, banyak la dia baiki rumah ni.. yela dah lama tinggal rumah ni, agak2 3-5 tahun jugak la kan.. And my husband is the fussy one, baguih bena la.

Hampir tiap2 minggu either my Hubby atau kami bertiga akan singgah tengok progress rumah ni. Banyak benar nota2 cinta my hubby tinggalkan untuk contractor. 


Sejak bayar penalti  tu, ni progress kerja2 kat rumah ni:
  • Pasang balik tingkap dan window sill baru kat tingkat atas dan bawah - bhgn belakang rumah ni, besi tingkap dia kena curik, ni mesti orang curik besi. Oleh sebab masa tu masih lagi bawah tanggungjawab developer, mereka gantikan yang baru
  • Tukar parquet yang dah rosak - sebab tingkat atas ada parquet dia rosak, sebab tingkap kena pecah oleh pencuri, air masuk rosak parquet - yang ni dah siap
  • Parquet pun dia dah siap shellac, berkilat2 gitu
  • Dia pasangkan sink kat dapur. Kami rasa originally sink ni pun dah dok ada kat rumah ni, tapi kena rembat dgn pencuri jugak, hmm..
  • Cat balik rumah ni, luar dan dalam - sebab dah lama tinggal kan, kaler dia pun dah pudar. Dulu rumah ni kaler hijau2 gitu (tak suka!), sekarang dia tukar kaler krim2 coklat2 light orange..ok la - yang ni pun my Hubby tinggalkan nota cinta sebab ada bahagian yang dia tak cat betul
  • Contractor baiki plumbing, sebab bila air dah masuk dan bukak sink, ada paip yang bocor
  • Hubby cek satu2 tiles dan parquet yang hollow. Hollow tiles ni most probably sebab kontraktor tak lay cement betul2, dia main tepek2 sikit2 pastu terus pasang kat lantai. Installation quality macam ni pun kena ambik kira tau , takut tiles crack atau tercabut 
  • Longkang tersumbat sebab banyak lalang dan segala macam weeds, saliran air tak elok - dia dah bersihkan weeds tu suma 
Masih ada lagi yang outstanding..
  • Nak cek betul2 tentang plumbing. Bukak air at full blast, dan cek kat bahagian siling tingkat bawah, kalau ada leaking ke..
  • Wiring masih tak siap. Ada banyak flaws in the wiring, dia kena buat semula major wiring.. Habis dia korek bawah tanah pasang cable baru dan kat bawah bumbung - yang ni pun bila siap kena cek betul2 
  • Ada plug soket yang longgar dari dinding. Kena satu lagi nota cinta
  • Ada tingkap yang tak boleh bukak sepenuhnya, tersekat kat tengah2
  • Hubby nak grouting kat tingkat bawah supaya dia bersihkan. Grouting dan lantai jadi kotor oleh sebab tingkap tu kena pecah, air hujan masuk. Mereka janji nak polish lantai tu
  • Semalam perasan ada parquet yang retak (macam dalam gambar kat atas tu)
  • Pagar wire yang kat belakang tu dah macam nak tumbang sebab banyak lalang dan weeds yang menjalar2. Tak pasti la camne my Hubby deal dengan developer tang yang ni
  • Ada satu pokok kat belakang rumah, scary pulak pokok ni, saya cakap nak tebang. Tapi somehow my Hubby had a good explanation how this pokok perlu ditebang. Pokok ni luar daripada bahagian rumah, tapi dahan dia masuk ke dalam rumah. Kalau pencuri boleh senang je panjat dan masuk rumah.. Tak pasti if boleh developer tebang ke, atau kami kena tebang sendiri
Nampak macam demanding kan, nak kena betulkan ni betulkan tu, tapi tu memang hak kita. Kita bayar for the rumah dan kena dapat yang in acceptable condition kan.. Waktu cakap dengan contractor haritu, contohnya tentang cat yang bercapuk2, dia cakap "ok la tu.." , banyak nak ngelat tapi kena la bertegas kann..

Lagi satu, kawasan perumahan ni nampak macam banyak kes kecurian je.. tapi komuniti kat sini memang aktif tengah recruit guards dan tengah kumpulkan sumbangan. 

Selain progress from developer, minggu lepas kami dah start dengan tint tingkap warna bronze. Elok lah sikit takde la nampak dari luar. Lepas CNY pulak, orang akan masuk pasangkan grill, kami pulak kena pindahkan barang yang dah beranak kat rumah mak ni.. Adik dah nak kawin, rumah takleh semak..


3 comments:

  1. Assalamualaikum kak. semoga dipermudahkan urusan baiki rumah. sheila datang nak beritahu review blog akak akan keluar bulan februari. maaf sheila lambat sangat update review. skrg tengah warm up review blog .. harap akak faham ye T________T

    ReplyDelete
  2. Salam kenal, hai....tq sudi jenguk blog baiduri....
    Smoga smua brjalan ngn lancar, saya pon dlm progres nk msuk umah baru n ngah renovation umah....so, n3 ni bgus bg infp n tips utk saya....10s sharing =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...