nurinkhairi: Survey Lampu Downlight

27 February 2014

Survey Lampu Downlight

27 February 2014
Warning, kat sini bukan nak bagi tips apa pun, sebab saya pun baru belajar pasal lampu2 ni. Malas nya nak dok fikir pasal lampu dan pilih2 lampu ni, tapi terpaksa la. To me, a good lighting can make a lot of difference to areas in your home. I pernah tengok gambar2 area rumah and boleh simpulkan yang the lighting enhances your area so much, nampak lagi elegant dan menawan gitu. 

I pun pernah ada problem dengan lighting, terutamanya tang dapur di mana sebab downlight di pasang belakang kepala, bila kita masak, the shadow will fall on the kuali tang kita masak tu. Dapur ni bukan macam dining area atau study area yang kita boleh pasang lampu untuk satu spot je supaya nampak terang, sebab dapur ada banyak area kat seluruh angle yang kita gunakan untuk masak, preparation etc. Honestly, masih taktau lagi camne nak buat lighting dapur, tapi masih tengah survey2 dan discuss dengan orang kedai lighting la.

Kami nak beli energy saving lightbulbs. Ada dua category energy saving lightbulbs ni, iaitu compact fluorescent lighting (CFL) dan light emitting diode (LED). Boleh baca kat sini perbezaan antara dua benda ni. Lagi satu, boleh tengok website Philips untuk tengok gambar2 jenis CFL dan LED

Biasa la kalau dah taktau apa sangat pasal lighting ni, our first survey was mainly about exploring products dan just survey2 design lighting dari nilai aesthetic je. Cuma tau sikit2 je la pasal energy saving power that LED and CFL has. Senang cite, sebagai comparison, untuk mendapatkan brightness yang sama, typical lampu LED hanya generate power dalam 6 Watt, manakala CFL dalam 9 Watt, dan lampu mentol biasa dalam 40 W digunakan untuk generate brightness yang sama. So LED dalam 85% penjimatan elektrik berbanding dengan lampu biasa.. banyak tu! Tapi sudah tentu untuk capital cost i.e. investment untuk beli LED lighting tu banyak ler..huhu. 

Downlight segi empat

Berbalik pada nilai aesthetic, nak dibandingkan antara downlight fitting bentuk bulat dan segi empat, saya lebih prefer segi empat. Saya rasa nampak lebih cantik..haha. Tapi apa yang saya discover was that, untuk fitting segi empat, bulb dia fitting macam kat atas tu, i.e. horizontal. Manakala kalau fitting bulat, fitting dia macam biasa yang kita tengok lah kan.. 

Downlight bentuk bulat

Tapi rupanya, kalau downlight bentuk segi empat ni, brightness dia tak seragam, sebab bahagian bawah bulb tu kan adalah screw dia. Tambah lagi, bulb ni selalunya bukannya nyala penuh..dia nyala dalam 3/4 je daripada bulb dia (tak masuk screw fitting). Contoh macam gambar kat bawah.


Tapi kalau downlight bulat, senang nak install. Kalau segi empat, takut kontraktor nanti pasang senget pulak. Sekarang ni rumah takde lampu atau kipas pun lagi, tapi dah ada letrik dan air jadi boleh la bawak kipas dan stay lama sikit untuk pantau kerja seterusnya. Macam mana pun, masih tak pandai tentang lampu, harap2 ada masa untuk pergi survey lagi weekend ni. 




3 comments:

  1. Wow..post ni sgt2 membantu utk sy yg zero knowledge pasal lampu. Dulu masa nk cari lampu, pikir nk murah and sng je, so amik kalimantang je. Lgpon, mmg tak buat ape2 renovation. Next time, leh cari yg jenis ni terus..jimat bnyk elektrik

    ReplyDelete
  2. xpe kalau beli yg kalimantang, kiranya rumah dah siap pasang sume. so boleh beli LED sikit2

    ReplyDelete
  3. mekaseh perkongsian maklumat..berguna.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...