nurinkhairi: Tips Memandu Seorang Diri Dengan Baby

24 February 2014

Tips Memandu Seorang Diri Dengan Baby

24 February 2014
Jadi weekend husband and wife ni banyak cabarannya. Antaranya cabaran untuk keep up dengan berjumpa setiap hujung minggu. Selalunya Alhamdulillah kami dapat jumpa tiap minggu, tapi kalau dalam satu bulan tu ada 4 weekend, selalunya mesti ada at least satu weekend yang tak dapat jumpa sebab dia kerja dan cuti tak begitu panjang to make bus ride an attractive option. Dah setahun setengah jarak jauh ni, my Aisyah and I hanya pernah naik bas 3 kali je, itupun waktu cuti panjang yang campur dengan public holiday.

Untuk kali pertama, weekend ni saya memberanikan diri untuk bawak kereta with my Aisyah ke Temerloh. Bear in mind perjalanan dari KL ke Temerloh kena lalu Karak Highway yang terkenal dengan simpang siur dan berbukit2 tu. To be honest, sebelum ni tak pernah terfikir akan drive sendiri ke sana dengan baby, mungkin faktor tak yakin and risau takut get distracted kalau my daughter menangis ke apa. My parents pun risau tapi I ni kalau dah tekad sangat, memang tak patah balik! I yakinkan diri yang I can do this. I am an OK driver, so driving is not the main issue. The main issue is driving with the baby

Alhamdulillah pergi balik was a smooth journey, especially journey balik. Waktu pergi sebab hari Jumaat petang, targetnya nak tempuh Karak sebelum malam tiba, tapi sebab tersalah amik jalan, ter-lalu Jalan Tun Razak arah ke utara yang sangat la terkenal dengan traffic jam nya, lagi2 petang Jumaat. Oleh itu alkisahnya saya masuk tol Gombak pukul 8.30 malam. Bayangkan dari rumah (Cheras) pukul 6 petang, pastu 8.30 malam baru sampai tol Gombak! 

Sebelum ni saya pernah kongsi pengalaman saya naik bas sendiri dengan baby dan jugak naik long haul flight dengan baby (tapi yang ni bukan sorang diri), kali ni nak share la sikit pengalaman saya dan tips la sikit2 untuk drive dengan baby jarak jauh seorang diri. Ada antara tips ni agak straightforward dan orang pun ingat, ler takyah tulis pun takpe tapi takpe la k.. ;D


1. Isi minyak awal2 untuk elak berhenti masa perjalanan 
(Note: sesuai kalau jarak perjalanan tak jauh sangat - kalau tak berhenti, perjalanan Cheras - Temerloh biasanya dalam 2 jam)

Saya cuba untuk elak berhenti masa perjalanan atas sebab keselamatan. Tapi in both of the journeys pergi balik, saya terpaksa berhenti jugak. Tiga kali waktu perjalanan pergi dan sekali waktu balik ke KL, tapi bukan sebab nak isi minyak tapi mostly to pacify my baby dan pergi toilet! Kalau kena berhenti, then berhenti lah dekat stesen minyak yang popular dan ramai orang.. 

My Aisyah menangis mintak breastfeeding, tu yang kena berenti jugak. Tapi sebenarnya dia minum susu botol, mostly nak BF sebab manja rasanya..hee.

2. Pergi la toilet siap2

Macam point di atas. Ataupun bersedia lah angkut baby bawak masuk toilet, pastu bukak selipar dia pijak atas lantai toilet sambil I watched helplessly in front of her sebab tengah err..membuang air. 

3. Sebelum bertolak, sediakan semua barang keperluan untuk senang dicapai

Basic items kena ada within reach, sebab kemungkinan kena capai semasa driving. Contohnya macam bekal makanan macam biskut dan roti, bekas air, botol susu dalam bekas insulator, handphone, wallet untuk duit tol atau Touch & Go dan laptop/tablet untuk entertainment (up to individual la macam mana nak lekakan baby, tapi my method is gambar bergerak daripada laptop la)

4. Car seat mesti ada 

Ni patutnya letak bahagian paling atas, tapi list ni bukannya in order ok. This is straightforward kan.. keselamatan baby paling utama. Bila dah ada car seat tu kena la belt jugak car seat tu. Selalunya car seat tu pun ada belt untuk strapkan baby. Mungkin baby tu akan rasa tak selesa tapi untuk keselamatan, kena la buat. To be honest, at one time my Aisyah meronta2, so saya bukakkan belt dia. But she is not at the age yang dia pandai keluar daripada car seat dia, jadi dia tak jatuh la.

5. Car seat yang ada shade / shade untuk tingkap

Rasanya mungkin semua jenis car seat akan ada shade dia.. macam brand car seat kami, Maxi Cosi ni, ada shade dia yang boleh tarik untuk jadikan macam bumbung untuk berlindung dari panas. Kalau taknak guna, dia boleh selit untuk simpan shade tu. 



Nampak tak ada kain hitam yang dekat tulisan Maxi Cosi tu, tu shade kereta ni. Can you believe I actually forgot that we have that shade, so pada mulanya waktu kami berhenti di Genting Sempah R&R, saya pasangkan tuala kat tingkap sebab my Aisyah asyik tutup2 mata panas. 

Saya pernah ada sorang mummy ni stop me kat shopping mall tanya mana boleh beli shade tu, sebab car seat dia sebijik like mine tapi peliknya takde shade tu. (off topic sket)

Kalau takde pun, suggest untuk ada shade untuk tepek kat tingkap. Ala yang ada suction hook untuk tepek kat tingkap tu.. Sebelum kami keluar dari Genting Sempah, nasib baik I realize yang pasang towel kat tingkap tu mungkin tak selamat sebab kita tak nampak kereta kat sebelah kiri. 

6. Consideration untuk guna Touch & Go atau tunai untuk bayar tol

Saya takde Touch & Go, jadi saya guna lane tunai je. Pada pendapat saya, kedua2 cara ada kebaikan dan keburukan dia kalau drive dengan baby. Ni pendapat saya je ok, kalau tak setuju jangan kondem k ;)

Bayar tunai bagi saya sesuai sebab lane tunai kebiasaannya lebih panjang beratur, so it buys you some time untuk layan baby you or capai apa2 yang patut sambil menunggu giliran. Bayar Touch & Go pulak, sesuai to err, avoid human interaction. Bukannya apa, tapi ni pendapat saya je ye.. saya selalu rasa nervous dan rasa macam nak nangis kalau my Aisyah menangis2 dan merayu2 untuk kita pegang dia. Bila dia sorang je dalam kereta dengan kita, kita je yang dengar. Kalau kita pergi bayar kat tol, nanti orang lain pulak dengar kang kita terlebih conscious lak. 

Tapi kalau ikutkan saya, saya lebih prefer bayar tunai sebab aspek keselamatan di atas.

7. Bawak botol air for yourself

Ni ikut perangai baby tu jugak. I had to entertain my baby a lot, nyanyi2 dengan dia, baca zikir dan selawat.. dah la tak bawak air, jadi agak dahaga la. So pastikan tak lupa our own wellbeing jugak :)

8. Sebolehnya bertolak pada masa dia biasa tidur

Tapi rasanya tak advise untuk bawak kereta malam2. Mungkin boleh start bawak kereta masa nap time, kalau schedule mengizinkan. Hakikatnya haritu saya terpaksa jugak bawak kereta pada malam hari, tapi alhamdulillah ok, saya biasa bawak kereta malam hari dan pernah jugak drive di Karak pada malam hari (with my husband and daughter la tapi), so it wasn't a terrifying experience. 

What I did pada waktu balik ke KL ialah, pada malam sebelum tu, saya sengaja bagi dia tidur lambat. Selalunya pukul 10 je dah bawak dia masuk tidur, tapi malam tu saya biarkan je dia main2 sampai dekat pukul 12.30 pagi.. Sebabnya pada keesokan hari (Ahad), memang plan untuk bertolak pagi2 sebab husband kerja pukul 8 am hari Ahad tu.  Jadinya masa bertolak tu harapannya Aisyah masih tidur lagi la. Tak berapa menjadi..sebab dia terbangun. Tapi lepas tu cepat saja dia tidur balik, and the rest of my journey was with her sleeping sampai la tiba ke Cheras.


8. Jangan lupa baca doa naik kenderaan dan bawak kereta dengan yakin!
Pengalaman weekend lepas buatkan saya lebih yakin kalau terpaksa drive lagi with my baby alone. To be honest, my first choice would of course be to drive with my husband along, and if tak boleh, 2nd choice would be taking bus. But that is more to cost factor than safety factor. Tapi selama 3 kali saya naik bas, bas dia ok, driver dia sangat berhemah takde la nak cakap2 dalam telefon ke atau drive macam orang ngantuk ke apa. 3rd choice baru la bawak kereta. Tapi my Hubby prefer I drive daripada naik bas, kalau dia tak dapat nak ambik. 

Anyway, our first and foremost choice would be for us to stay together again. Harap2 tak lama lagi dapat la pindah balik ke sini, but we would definitely miss Temerloh. It is a great town. :)

_____________________________________________________________________________
Lamanya tak update blog.. busy plan annual trip dan macam2 lagi lah bulan Februari yang busy ni.. 

4 comments:

  1. very good tips nurin! tq for sharing =)

    ReplyDelete
  2. good info.. as long as u confident nak drive, insya allah xde masalah. sy pun selalu je drive sendiri ngan anak2 balik kampung kalau ayahnya bz sgt. dr anak 1 sampai la anak 3.. yg penting yakin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for the inspiration. Haah dulu2 x yakin tp sekarang ok je.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...