nurinkhairi: Barang2 Baby/Mommy Beli Tapi Tak Pakai

02 March 2014

Barang2 Baby/Mommy Beli Tapi Tak Pakai

02 March 2014
Hujung minggu sekarang ni tengah ada Motherhood Expo kat KLCC kan. I pun tak tau sebenarnya tapi masa berlegar2 dekat office dan Suria KLCC tu, ternampak la ramai orang angkat barang2 baby yang familiar. For first time parents, memang overwhelmed tengok macam2 produk dan innovation, pastu rambang mata la jadinya.

Haritu terbaca link ni  , 19 Things Your Baby Doesn't Actually Need , rupa2nya siap ada produk2 macam pacifier wipes (i.e. wipes utk lap pacifier atau teething products) dan formula mixer, which is untuk goncang susu formula dalam botol.. bukan boleh shake guna tangan je ke?

Sekarang meh tengok my Top 4 barang baby-related yang saya beli tapi end up jadi 'gajah putih' i.e. white elephant kat rumah. Kemungkinan some of these stuffs berguna jugak di lain kali, tapi we made a mistake buying them too early.

1. Baby Cot 


Saya beli 4 in 1 baby cot ni kat My Baby Shop (link), kat sini kami beli banyak barang : stroller, car seat, baby cot, bedding. Kami beli sebelum baby lahir lagi, end up tak guna sangat pun, mungkin sebab circumstances change sebab lepas my Aisyah lahir, Hubby dgn I duduk long distance and I stayed with mt parents.

Masa mula2 lil' Aisyah lahir, ada guna jugak cot, letak dekat living room. Siap pasang mosquito netting and letak dia bila dia tidur. What happened was that, susah nak letak dia kat situ sebab nak kena angkat lepas breastfeed and taruk pelan2.. most of the times she would become agitated and terbangun semula. In the end, kami pun letak atas tilam atas lantai. Lagipun tak boleh letak baby cot dalam bilik sebab bilik kami sempit. 

Insya Allah bila pindah rumah baru nanti, akan train Aisyah untuk tidur dalam cot. Pernah baca, untuk pisahkan dia dari tidur, kena letak dalam katil dia sendiri. Mula2 jauhkan dia sikit, pastu sikit2 kita jauhkan dari katil kita.. In the end kena convince kan dia untuk tidur bilik sendiri. Cam susah je, considering Aisyah yang sangat clingy ni!

2. Nursing Pad

I beli 2 kotak benda ni..bukan murah pulak tu nursing pad ni, berpuluh ringgit jugak. Turns out tak guna pun, for obvious reason. Hmm.. Sekarang tak tau nak give away kat orang ke, atau nak jual ke, atau tunggu next baby to find out if I need this after all.. So kalau nak beli ni, tunggu la milk production dulu baru boleh tau. 

3. Botol Susu yang Bermacam2 Jenis

Pernah tulis kat entri ni . Awal2 dulu Aisyah had problems minum EBM dalam botol, so I was really anxious sebab makin lama makin dekat dengan tarikh masuk kerja selepas maternity leave. Macam2 botol kami try, yang ada dua lapis la, yang ada teknologi anti-colic la. Dan harga2 botol ni bukan murah2..huhu. Last2 semua dia tak suka, sampai la bila jumpa sorang O&G doktor ni kat hospital, dia suggest guna puting yang latex (yang warna kuning)


sumber

Sampai sekarang dia hanya guna puting jenis NUK ni je. Kami pernah beli puting yang murah sikit (tak ingat brand apa), tapi bentuk puting ni lain sikit.. pun dia tak nak jugak. Keburukan puting ni sebab dia cepat melekit, dan kalau observe betul2, lama2 puting ni akan ada crack lines. Kalau buat susu dalam botol ni, recommended untuk cuci botol ni cepat2 lepas habis minum, sebab ikut pengalaman, kalau kepam lama2 dia akan contribute pada puting ni cepat rosak.

4. Cloth Diapers

This might work for some moms, but for some, it might not. It did not quite work for me sebab selalu bocor. Kena baca banyak lagi macam mana nak hilangkan bocor ni. Kadang2 sampai to the point that, bila Aisyah duduk atas tilam ke, sekali bila bangun ada la kesan punggung dia. It used to be leaking at the sides when she was little, sekarang ni sampai leaking through the diaper material pulak! Kami jarang guna cloth diaper ni sejak pindah to my mum sebab my mum tak nak guna.. We had quite a lot of cloth diaper collection, total dalam RM 400 jugak untuk 10-11 cloth diaper. Bila dah pindah rumah baru nanti, kami akan try semula.

For mommies yang berminat nak guna cloth diaper, I would say go ahead. Walaupun dia leceh nak maintain dan basuh pada mulanya, tapi sangat la jimat in the long run, environmentally-friendly and better for baby's skin. Saya akan cuba lagi nanti..


Kalau ada mommies nak share pengalaman you ladies.. silakan ye :)

4 comments:

  1. kadang-kadang kite nak guna barangan baby tu untuk baby, tapi kalau baby yang tak nak, makanya barangan tu mudah terbiar tak guna..,macam baby coat

    ReplyDelete
  2. yes..sanga2 betulllll..!!! i pon hampir kesemua kat atas tu...n i rase lebih teruk kot barang2 i beli tuk anak i banyak yang langsung tak guna n banyak dah i jual...semua tu i beli sebab nafsu mengandung sulung..hahaha...cuma baby cot jer i memang dari awal berat sangat2 nak beli n terus tak rase nak beli sampai sekarang.. tapi yang u cakap tuk pisah kan tempat tidur tu..thanks share..i memang ngah nak training anak pisah tempat tidur nih.. :)

    ReplyDelete
  3. nursing pad tu mmg betull xguna langsung.. hehehe.. last2 bagi je kt kwn yang memerlukan.. baby cot mmg xbeli sbb tau bilik sempit.. botol mmg beli 1 je.. pigeon..nsb baby xrejek langsung.. then cloth diaper i pakai on weekend je.. ujung bulan..hahhahahhaa

    ReplyDelete
  4. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Pilih katil bayi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...