nurinkhairi: Pengalaman Kereta Kena Langgar

07 March 2014

Pengalaman Kereta Kena Langgar

07 March 2014
Off topic.

You ladies pernah kereta kena langgar kereta lain tak?  Baru2 ni bulan Februari kereta I drive kena langgar dengan kereta lain. Yang sedihnya sebab masa tu I bawak MPV bapak mertua, sebab waktu tu tempoh kami pindahkan barang2 yang dah beranak pinak kat rumah mak ni bawak masuk rumah sana. Selang beberapa hari lepas tu, grill pun dah siap pasang kat tingkat bawah. So ni I nak cerita sikit pengalaman I ni.

Dengan gigihnya I ada siap lukiskan schematic so senang nak cite..




Alkisahnya pada satu pagi ni I nak pergi keje, it was still quite early, dalam pukul 6.40 am gitu. Bila tiba kat satu simpang tiga, I berenti. Kat tempat I berenti ni, jalan dia agak lebar. Pada masa banyak kereta (selalu banyak kereta dalam 7 am ke atas, sebab dekat dengan situ ada sekolah), jalan tu akan ada 2 lane. Tapi jalan tu takde garisan2 macam kat highway tu la kann, tapi kalau masa sibuk paham2 la kann..takkan nak conquer dua2 lane kan. 

Waktu tu takde banyak kereta lagi. Kete I kat tengah2, kira kalau ada garisan putih tu I dah masuk dah lane kanan sikit. Kenapa I dok tengah2 ? Sebab flow jalan ni pelik sket tau, I panggil dia "jalan haram". Dia kena dengan secara cepat dan tepatnya kena U turn untuk pergi ke jalan besar , macam arrow yang I tunjuk ni. Sebab yang kete I tu takde traffic light. So, bila u dah siap buat U turn, u kena beratur la belakang kereta2 yang lain sebelum pusing ke kiri untuk ke jalan besar. 

Sebab masa tu jalan lengang gile, lagipun bila I sampai2 je kat simpang tu, traffic light tengah hijau, jadinya kereta2 merah tu tiada , dan jalan kosong. So one of the reasons kenapa kereta I berada di agak tengah ialah I tengah contemplate nak buat u-turn cam biasa ke atau pun terusss je..paham2 la kalau dah takde kereta tu, line clear main teruss je la buat pe nak u-turn2 lagi kann.

Sekali tu tetiba je I ternampak kereta Vios menyelit kat tepi kereta I, nampak cam sangat suspicious sebab dekat sangat, sekali prakkk.. langgar lah hujung kiri depan my dad in law's MPV.. Bila I cek lepas tu, kena kat bumper depan je, nasib baik tak seret kat body huhu.

I dengan blur2 jugak, terus pusing kiri and ikut kereta tu sambil hon2 kemarahan. Memang first instinct is, untuk dapatkan nombor plat kereta dia. Lepas tu dengan tak semena2 dia terus redah traffic dan tiba2 ke kiri arah ke shoplot. I tak boleh nak buat apa sebab simpang tu banyak kereta, kalau I ikut jugak dia alamatnya I pulak langgar kereta orang lain. I dok lane kanan (ada 2 lane) so sebelah kiri I pun ada kereta, memang tak boleh nak kejar. I pun tak perasan camne dia boleh lepas dengan banyak kereta, tapi mungkin nasib dia waktu tu kereta belah kiri takde lagi kot. 

Pergi ke balai polis adalah pengalaman yang tak best. To be honest, setelah beberapa kali jejak balai polis, polis yang tua2 memang typical sangat. Typical apa tak payah cakap la. Membuli perempuan pastu tak hormat. Kadang2 kita tak tahu tapi cakap la secara hormat. Maaf ye ni bukan generalization cuma apa yang saya perhatikan saja sepanjang pengalaman. Pengajaran yang saya dapat ialah (summarize dalam bullet point senang):


  • Walaupun u kena langgar, tak bermakna orang pelanggar tu salah (even though dia langgar lari!!). Dalam konteks ni, sarjan tu cakap saya salah sebab tak rapat ke kiri , oleh sebab tu membenarkan kereta lain untuk menyelit. ("Awak tak percaya awak baca la seksyen xxx , nah amik buku ni, awak nak baca ? Taknak kan!") - saya pun tertunduk je sedih sebab realized that I was told I was the wrong one. I did not deny it, sebab hmm ye tak ye jugak. The reason why I dok tengah pun sebab tengah contemplate nak u turn ke atau nak terus je, so I was wrong too. That brings me to the 2nd bullet point
  • I dah tak mau guna dah jalan haram ni. Sejak dari tu I dah tak guna dah.. I guna jalan lain, walaupun jalan tu banyak sikit traffic light. Bahayanya jalan ni sebab waktu u turn ni, you might have another car coming from opposite side bila lampu tukar hijau
  • Tak nak bawak kereta orang lagi, especially bapak mertua ke, kawan ke.. huhu. Dalam kes ni, nasib ler orang langgar lari tu tak report polis, kalau dia report pastu disahkan I pulak yang salah, ntah2 dia tuntut untuk insurance claim daripada my in law punya insurance. Adeh..haru biru jadinya. Sebab tu la bila keputusan keluar and found out that I salah, I redha je, sebab alhamdulillah tak yah insurance claim
  • Kena kuat sikit! Kalau polis tu marah, lawan balik (haha boleh ke sebagai pengajaran? ). I ni jenis yang tegas , tapi ntah la time tu lagipun polis tu perangai dia haih..

Just sharing untuk sapa2 yang kena langgar atau terlibat dalam kemalangan:
  • Ambik nombor plate tu penting. I learnt from a mistake sebab saya pernah kena langgar motor dulu (waktu ni I tak bersalah sebab I wasn't changing lane ke apa, pastu tiba2 je dia seret kat tepi kereta I), pastu I tak sempat nak ambik no plate sebab motor kecik kan..mana nak nampak sangat nombor dia. Sekali tiba2 je lepas orang tolong dia bangun dari atas jalan, berdesing dia terus lari, leaving me terpinga2 time tgh pregnant huhu
  • Pergi balai polis dalam tempoh 24 jam. Orang yang langgar lari I tu, kesalahan dia bukan sebab dia langgar I ataupun langgar lari, tapi sebab dia tak buat report polis! Hmmphh.. Sepatutnya dia kena at least two charges, including part langgar lari tu
  • Walaupun u yang langgar kereta orang, kena report jugak dalam tempoh 24 jam kalau tak kena saman 
  • Kalau boleh settle kat luar antara dua belah pihak without having to go to police, lebih baik ler settle kat luar. Sebab kalau kat polis, sapa2 salah atau dua2 sekali akan kena saman, at least RM 300
  • Kalau boleh bawak husband atau ayah ke pergi balai polis. In my case, my husband is not here....


Ada satu lagi pengajaran yang I dapat dari incident ni. I selalu je macam cautious je kat jalan, keep thinking about "what if's ". Contohnya, "kalau aku makan jalan orang ni, kalau aku kena langgar, ntah2 aku yang salah" or "kalau aku nak pusing kat simpang tapi time tu jalan tak clear, pastu ada orang langgar, aku yang salah". 

Ada sorang akak polis trafik ni pernah cerita tentang pengalaman dia. Kali ni malas nak lukis, bayangkan je la ye. Akak tu tengah nak reverse kereta, sekali tu ada lori kat jalan utama. Akak tu nampak lori tu berhenti, konon2 macam bagi laluan untuk akak tu reverse la.  Tapi tiba2 lori tu jalan and langgar kereta akak polis tu. So sekarang sapa salah? Akak tu cakap keputusannya, yang salah ialah akak tu. Sebab dia kena bagi laluan untuk kereta di jalan utama untuk clear dulu, baru dia boleh reverse. So, berhati2 la semua k.. Undang2 trafik ni bukan as straight forward as awak langgar, oleh itu awak yang bersalah.

Ni belum part susah payah nak bayar saman lagi. Kalau rajin I cite la lain kali..

2 comments:

  1. ouch, sorry to hear/read that... belum pernah kereta kena langgar atau melanggar, hopefully will never experience that... pernah gi balai polis untuk sahkan surat sebagai mangsa kawasan banjir je, hehe...

    ReplyDelete
  2. Kena langgar aku x penah, tp pernah scratch kan keta orang. Dasyatt juga feeling kena suruh bayor. Huuuu. Ceritanya mcmni, aku pny keta saga, then orang tu fortuner, then aku stay dkt flat tau2la parking lot dekat flat cmana. so, memandangkan aku baru je 2 bulan bawa keta, then lesen pun masihhh P, belum di kira campion la sbb aku bawa keta lepas setaun dapat lesen ni. Dah la aku x brapa pandai buat parking reverse,satu kelemahan lagi.Huuuh! Boleh buat tp bnyk movement kena buat la. Semua keta blah2 kiri aku semuanya parking reverse kecuali aku dengan keta blah kanan aku. Yg empunya keta tu kakak. Kakak tu pun cakap dia x tau jugak nak parking reverse. so, setiap kali pagi, dia minta tlg husband utk alihkan keta. So, berbalik kpd kes aku, time aku kuar pagi tu dalam jam 7 am, lepas cek kiri kanan xde keta, aku pelan2 undurkan keta. at one point tu,dengar bunyi stuck. Tengok2, sangkut la pulaaa. Alahaiiii. Dengan yakin aku pijak break, tapppiiiiii tup2 yang aku terpijak tu minyaakkkk. Apalagi keta laju je undur blakang dengan meninggalkan 3 kesan calar pada bumper depan fortuner tu. Tgk kiri kanan, xda orang so dengan lajunya aku pecut kereta. so, aku terus minta tlg kawan repair dengan harapan kalu xda kesan dekat kereta aku, yg empunya fortuner tu xla suspek sangat dengan aku. So, petang tu aku balik, yg empunya fortuner tu x de respon. Dalam hati, fuuuhhhh, lega. Rupa2nya kelegaan aku xla smpai lama sbb besok petangnya tetiba ada orang ketuk pintu rumah. Rupa-rupanya orang yng ketuk tu yang empunya forturner tu.Dlm hati tertnya-tny, cmna ni orang tau yang aku yg scratchkan keta dia. Rupa-rupanya setiap parking lot tu ada no rumah, then cat keta aku masih ada melekat dekat bumper dia. Huhuhu. So dia tny aku macamana. Dengan hati yang nervous n takot, aku bagitau dia yg nanti aku suruh kawan aku repair. Price aku deal sekali dengan kawan aku tu. Fuhh dalam hati, takoottt yooo. So end of the story, aku yg bayoooooo. Pengalaman betul la. Since dari hari tu, aku menjadi seorang yang sangat berhati2. So, ada hikmah. huhu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...