nurinkhairi: Tap Dapur dan Sink Lagi

09 March 2014

Tap Dapur dan Sink Lagi

09 March 2014
Sedih bila tau pasal tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines yang hilang semalam. Asyik2 cek facebook nak baca berita, of course la kat media sosial lebih cepat berita dia sebab banyak sources, tapi harap2 takde la terpalit false news. Apa2pun, harap dalam perlindungan Allah, kita hanya mampu berdoa..

On a different note, nak share sikit pasal our shopping haul semalam kalau ada sesapa berminat nak pergi. Plan nak extend dapur di rumah baru ni dah lama tapi kemungkinan besar kami akan hold dulu plan tu, renovation kalau takde duit 5 angka susahh.. Rasa senang hati sikit sebab kemungkinan besar kami tak jadi nak renovate sekarang, sebab tak nak tambah hutang lagi (buat loan) . 

Sebab masih plan nak renovate untuk buat wet kitchen mungkin dalam 3-5 tahun lagi, masalahnyaa..barang2 kami dah beli siap untuk wet kitchen! Sink dan tap dapur memang sesuai untuk wet kitchen, tak sesuai untuk dry sebab sink dia besar dan tap pun sesuai untuk sink besar. Dry kitchen macam pelik pulak buat sink gitu besar. 

Alkisahnya, because of the change in plan, kami kena pergi shopping untuk sink dan tap baru! :(  We found an offer which was not to be missed, and glad we went there. Sale dia sampai hari ni je actually..

Link to website 

Kami beli sink jenis segi empat kecik camni, bukan exactly yang ni, tapi saiz dia kecik sikit. Dalam katalog dia tulis harga sebenar ialah RM 600. Benda yang kami kisah pasal beli sink ialah of course tahan karat, pastu 4 edges dia nak yang smooth, maksudnya bukan yang tajam sebab susah nak cuci.. Dan jugak kalau nak beli sink, kalau boleh nak beli yang tebal sikit sebab pernah ada pengalaman yang sink nipis (0.8 mm camtu), bila kena air, bising sampai takut anak jaga :D  Sink yang beli ni tebal 1.2 mm. 



Pastu kami beli tap dapur Haustern yang simple je. Harga sebenar RM 580. Tapi harga yang dia offer kat kedai ni ialah RM 350 i.e. 40% discount. Tapi..harga purchase with purchase i.e. kalau kita beli barang lain jugak, tap ni jadi tak ingat berapa tapi dalam, RM 220 je gitu, dalam 63% discount! 



Total purchase untuk sink dengan tap RM 620 berbanding dengan total harga sebenar sebelum discount ialan RM 1180. Berbaloi2 pergi. Dengarnya orang lain siap survey2 tempat lain lepas tu datang sini jugak untuk beli, sebab murah. Dia hanya accept cash (debit card mahupun kredit dia tak terima untuk masa sale ni), dan sebab barang2 banyak habis stok kami kena datang dalam 1 minggu lagi.. takpe la. 

Saya suka beli yang murah je tapi my husband jenis yang suka beli barang yang berkualiti dan harga berpatutan. Memang kami berlainan pendapat especially masa mula2 kawin dulu. Tapi.. akhirnya I pikir, rumah adalah satu investment, dan barang2 di dalamnya dan servis yang kita nak engage untuk contractor kalau boleh yang berkualiti supaya kita tak spend banyak duit di masa akan datang. Berkualiti tak semestinya mahal sebab kita bukan orang kaya! :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...