nurinkhairi: Hack Tiles DIY Project

01 April 2014

Hack Tiles DIY Project

01 April 2014
Assalamualaikum to all.. Bulan Februari dan Mac ni memang jarang sangat update blog, has been so busy.. Hope I will update more often this month. Let me start this month of April untuk update berkenaan progress rumah yang bertambah rancak.

Sebelum ni saya pernah cerita tentang plan untuk dapur di sini , sini dan banyak lagi link lain. InsyaAllah we will materialize the kitchen in the near term. Oleh kerana plan untuk renovation dah tak jadi (boleh baca minor story kat sini ), we have to make do with a small kitchen. Design dia akan jadi design dry kitchen, tapi fungsi macam dry + wet kitchen. Sebelum kami akan pasang kitchen cabinet, kami nak pasang tiles baru untuk menggantikan tiles sedia ada. Lagi senang bila dah pasang sebelum kitchen cabinet masuk.


And we hacked our own tiles. OK, sebenarnya bukan 'we', tapi mostly Mr Hubby yang buat. Alasannya sebab untuk jimat kos daripada upah kontraktor yang buat. Dapur ni tak besar pun, dalam keluasan 10 kaki x 9 kaki je tapi kalau ikutkan rough quotation, untuk cabut tiles ni sahaja mungkin menelan belanja RM 800 - RM 1000 depending how tough the job is I guess.

And truth to it, the job was tough, according to Hubby, sebab simen dia sangat lah keras dan tebal untuk ditanggalkan. Meh tengok anatomi lantai yang ditanggalkan.

Exhibit A(from left) : Spesimen serpihan tile, simen, subfloor

Pada lantai ni ada tiga layer.. yang layer atas sekali is obviously the tiles. Layer kedua ialah simen dan layer paling bawah is what people call the subfloor.


Tengok tebal tak tebal the cement.. subfloor dia kat sini tak berapa nampak sebab mungkin bahagian kat sini nipis je. The subfloor ni fungsi dia untuk ratakan konkrit kat bawah tu, oleh itu kat setiap bahagian tak sama ketebalan. Ada yang tebal, ada yang nipis.

Tools that were used..

Exhibit B: Glove dengan goggles
Yang penting sekali is the proper protective gear! Wajiblah menggunakan glove dengan goggles sebab tile tu akan berterbangan.

Exhibit Cfrom left: Hammer, sledgehammer, taktau apa nama dia tapi untuk kopakkan tiles
Mula-mula, sledgehammer tu ketuk atas tiles tu dengan random dan dengan sekuat hati. Tujuannya ialah untuk longgarkan and weaken the tiles structure supaya senang nak hack nanti.

Drill 
Drill ni pulak yang kopak antara tiles. Halakan arah 90 darjah daripada tiles untuk kopakkan. Manakala manual drill macam dalam gambar Exhibit C tu (paling kanan) ialah sort of macam manual drill untuk objektif yang sama, tapi lebih sesuai bila tiles dan simen struktur dia dah lemah. Hammer tu untuk ketuk hujung drill tu as a guide. 


Finally, cleaning up session..


Penyapu tu paling senang nak kumpulkan semua debris kat satu tempat, lepas tu penyodok belah kanan tu untuk masukkan dalam kotak. And we used a trolley untuk transfer all debris, humban kat laman rumah, dah menggunung jadinya. Lepas tu nak buat apa dengan benda tu, tak pasti lagi huhu.. Nak buang mana pun tak tau. 


Gambar selepas takde la pulak tapi ada gambar semasa tengah buat. All in all, kerja nye memenatkan. Did not help sebab simen dia sangat tebal dan susah nak cabut. Tapi kalau suruh kontraktor mungkin dia akan charge lebih banyak, kan? Tangan ada yang dah berdarah2 (ni kes tak pakai glove!) dan debris semua kena kat rambut etc.. haha. 

The entire process took about 3 trips, worth about 12 hours' work. Dan kami jimat dalam RM 800 - RM 1000 :) 

Masih tak yakin nak pasang tiles sendiri. Oleh itu, kami dah panggil kontraktor untuk pasang tiles kat dapur ni.. harap semua ok.

3 comments:

  1. selagi boleh jimat, saya pun akan jimat..selagi boleh wat sendiri,kami buat suami isteri..mana yang tak mampu xde skill baru upah orang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...