nurinkhairi: Review Excel Qhalif Kajang dan ALIM Kids Putrajaya Part 1

14 April 2014

Review Excel Qhalif Kajang dan ALIM Kids Putrajaya Part 1

14 April 2014
My quest of searching for a playgroup for Aisyah started when I realized that she may be slightly lacking social interaction with other kids, because she is being taken care of my mum. Saya pernah tulis di sini tentang pengalaman join playgroup ALIM Kids di Kajang, dan akhirnya settle dengan ALIM Kids di Bdr Pinggiran Putra di Putrajaya (entri sini).

Walaupun begitu, saya masih lagi mencari playgroup kalau ada yan lebih bagus. Sebab I noticed on Aisyah's second session, dia sangat la pemalu lagi dan senyap2. I acknowledge that it is too early too tell, sebab baru 2 sesi lagipun.. tapi saya nak carik tempat lain sebab mungkin yang kat Putrajaya tu tak tekankan sangat interaksi antara kawan2.. Cuma kadang2 akan ada bagi2 barang.. contohnya kalau masa sesi kraf, Teacher akan suruh bagi krayon kat kawan2. Sorang bagi budak lain, and will take turns sampai semua orang dapat. That, and holding hands, are probably the closest interactions they have. 

Harap2 mak nye ni tak tinggi benor expectation. Anyway, waktu tu pun baru kali kedua la..

Saya try pulak Excel Qhalif playgroup. Kenapa saya berminat nak join ni?


  • Rekemen dari kawan
  • Like I said, saja nak try environment selain ALIM Kids 
  • Dekat sikit dengan kawasan saya (Cheras)
Saya nak review dan compare sikit tentang Excel Qhalif dan ALIM Kids Putrajaya. Both ada pros and cons bagi pandangan saya. 
Excel Qhalif - sesi trial 


Lokasi

Excel Qhalif (EQ): Depending where your location is, it can be quite hard to get into this place or it can be OK. Saya dari Cheras, oleh itu biasanya kena tempuh Jalan Reko. Sekarang ni lagi la bahagian Kajang tu sangat la sempit sebab ada jalan ditutup oleh sebab kerja MRT. Rasanya kami spend masa dalam jam jugak keluar dari Kajang bila perjalanan balik

ALIM Kids Putrajaya: Kawasan premis dia adalah rumah kedai yang baru. Senang nak access kat situ, macam biasa la Putrajaya ok je, tak sesak dan easy going je. Cuma jauh sikit la dari rumah, dan saya ada tol Kajang Silk. Selalunya sebab pergi only Aisyah and I, nervous sikit bawak highway yang besar dan laju..

Playgroup Timing

EQ: Timing dia banyak, tapi cuma Sabtu atau Ahad je.. ada yang petang dan pagi.. Waktu kami datang tu ada trial, so dia tunjuk mana sesi2 dia. Duration satu jam

ALIM Kids: Timing dia hari Sabtu 10 am selama satu jam. Tapi ikutkan pengalaman, selalu je start lambat.. kadang2 pukul 10.20 am baru start.. lepas tu habis lambat lah.

Bilangan Kanak2 per Session

 EQ: Tak pasti sebab hanya datang kelas trial. Time trial tu ramai..dalam 15 orang kot (anak + sorang parent, tak kisah ayah or mak). Tapi kalau tak silap bilangan kanak2 ialah 10 orang setiap sesi kelas.

ALIM Kids: So far paling ramai dalam 10 orang gitu.. Attendance daripada parents + anak tak tentu, tapi kelas akan dijalankan kalau lebih 5 orang setiap sesi. Kalau kurang 5 orang, dia akan cancel. Usually dia akan hantar SMS hari Jumaat, lepas tu kita respond kalau minggu tu we can make it or not

Playgroup Content

EQ: Yang ni kalau normal class tak pasti la yek, tapi time trial haritu kami ada buat aktiviti2 ni:
- Baca doa
- Dance and sing to songs - time tu lagu Wheels on The Bus dengan Head Shoulders Knees Toes
- Montessori toys - time tu semua kids main masuk dalam tunnel dan main balance beam - gambar beam tu macam kat sini . Seronok yang ni sebab kids semua beratur crawl into the tunnel and naik balance beam tu with the help of parents.. lepas tu ulang2 sampai lagu habis. Aisyah at first she was a bit macam blur tapi when she saw me at the end of tunnel cheering her up, dia masuk dan crawl to my direction :)
- High five semua kawan2
- Craft session - anak2 with the help of parents ambik meja dekat belakang kelas, ambik tempat kat mana2 dan tegakkan meja tu.. yang ni meja jepun macam untuk kanak2 tu.. Lepas tu kami main kaler2, gunting dan tampal. Admittedly this session is advanced for a child macam Aisyah. Lagipun kanak2 yang datang tu pun macam baya2 Aisyah jugak tapi ada yang lagi tua la..dalam 2 tahun lebih. Ambik meja dan tegakkan tu untuk older kids, but I trained Aisyah to do anyway, and the gunting and tampal is also  for older kids. Anak baya Aisyah mana reti gunting2 lagi. Tapi saya tak pasti untuk session yang sebenar, mesti banyak lagi aktiviti2 lain. Lagipun, EQ ni sesuai untuk kanak2 sampai 4 tahun rasanya

ALIM Kids:
- Baca doa
- Nyanyi dengan parachute. Semua kids pegang each sides and ada a few songs yang mereka akan nyanyi each week, including lagu praises for Allah

Parachute
- Sesi baca story book dengan teacher. Sometimes baca ABC, sometimes teacher bukak story book lain.. sometimes both of them.


- Dance and sing with songs. Aisyah is usually familiar with all of the songs.. sebab kami suka bukakkan Nursery Rhymes untuk dia 
- Sesi craft - that really depends. Ada pernah main dengan paint, ada yang main dengan tali, yang terbaru dia main tangkap ikan dalam bekas pool kecik. Setiap sorang diberikan cawan plastik dan kena isi dengan batu2 dan colourful sands.. and then we proceed untuk tangkap ikan yang kecik2 tu untuk masuk dalam "akuarium" colourful..


- Last sekali ada session makan2 dan minum2.. Kadang2 teacher bagi vitagen, biskut, etc.. Tapi ada sekali tu on the trial session, bagi cupcake yang banyak icing tu.. aiya yang tu tak sesuai untuk anak2..

Yuran

EQ: Dalam setiap module content, ada 8 sesi.. so untuk complete 8 sesi tu perlukan 8 minggu la.. Rasanya ada dalam 8-10 modules in total.. Setiap module, kena bayar RM 300. Untuk pendaftaran kali pertama, kena tambah bayar lagi RM 100. So first time kena bayar RM 400 lah.. Mula2 saya tertarik dengan EQ ni (read on about it later in Part 2), tapi sebab macam biasa la.. yuran bulanan ni menyebabkan susah bagi saya sebab taknak komitmen.. Maklumlah lately asyik spend masa kat rumah baru, dan rumah tu bukannya dekat, Jadi, susah kalau terpaksa berkejar untuk ke playgroup

ALIM Kids: Sama maca EQ, dalam setiap modul ada 8 sesi. Ada dalam 6 modules in total. Setiap sesi dikehendaki bayar RM 25. Bayaran dia ikut sesi. Oleh itu, kalau kita tak dapat datang, tak payah bayar. In a way, kita tak lah terlalu terikat.. cuma yang tak best kalau kita asyik tak datang la. Macam Aisyah ni asyik tak datang sebab busy ke rumah baru menguruskan itu ini.. Business model dia sangat menarik hati saya untuk join. Yuran pendaftaran pun tak ada setakat ni..

Sambung di Part 2..

2 comments:

  1. Assalam..hi salam kenal...kalu nk try playgroup lain cube geniusbabyonboard..ank sy dr 9bln lg di situ smpai skrg dh umur 2thn...besttt..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau x silap gbob kat puchong n s alam je kan..dua2 jauh..hee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...