nurinkhairi: Jalan2 Kyoto: Consider Beli Kintetsu Rail Pass Wide especially kalau turun Nagoya Airport!

27 May 2014

Jalan2 Kyoto: Consider Beli Kintetsu Rail Pass Wide especially kalau turun Nagoya Airport!

27 May 2014
Kebanyakan yang survey untuk ke Jepun mesti dah sedia maklum betapa mahalnya kos public transportation diorang, terutamanya teksi dan train jarak jauh. Kalau bas dan train within the city tu ok lagi. Tapi Jepun ni ada banyak rail pass, some of them even khas untuk foreigner je. Rail pass ni membolehkan kita save utk transportation, and if you choose wisely  depending on your itinerary, it will save you A LOT!

Sebenarnya to be honest, I nyesal jugak turun Nagoya Airport. Murah Air Asia memang la lagi murah, tapi I bukan nak pergi Nagoya sangat..I nak pergi Kyoto, Osaka, Tokyo, Mount Fuji blabla. Tapi sebab percutian kali ni 5 hari je, cukup lah setakat Kyoto je. Melainkan you nak jalan2 Nagoya je, if you have worked out on the economics/pros-cons, I suggest you turun kat Osaka kalau nak explore Osaka/Kyoto and the Kansai region atau Tokyo kalau nak ke belah atas.

Tapi kann..my advice is jangan pergi Nagoya je..rugi tak jalan city lain sebab Nagoya takde apa sangat, tapi boleh cek SINI untuk tengok Nagoya attractions based on Air Asia.

Kenapa I suggest turun kat Osaka for Air Asia? Sebab utamanya ialah perjalanan naik train keluar contoh ke Osaka atau Kyoto pun mahall!! For example, paling murah:

-        Naik train (shinkansen) Nagoya-Kyoto dalam JPY 5070 = RM 160
-        Naik train (shinkansen) Nagoya-Osaka dalam JPY 5830 = RM 190

Itu baru pergi, kalau u balik ikut Nagoya kena darab dua pulakkk. Time I beli tiket AirAsia tu memang terburu2 bila dah tau kos2 dia..mak aihh..terkedu kejap aih.

Until I accidentally found a rail pass among banyak2 rail pass yang dijual which is Kintetsu Rail Pass. Actually, jenis2 rail pass diorang sangat la banyak dan insyaAllah you will find one which suits your itinerary. Contoh paling popular rail pass JR pass untuk perjalanan dari satu bandar ke bandar lain, harga dia memang meletup (RM 800+ untuk pass 7 hari) tapi kalau plan anda memang nak round satu Jepun, then berbaloi la beli. Kami jenis travel kejap2 so tak sesuai, lagipun bila dah ada anak dan kerja pejabat yang banyak, travel kejap2 pun jadila. Lagipun Air Asia kan ada, lain kali boleh pergi lagi hehe.

Kintetsu Rail Pass
Ikut survey2 dalam internet, rail pass ni macam kurang popular di kalangan Malaysians yang pergi Jepun. Even bila I tanya dalam forum lowyat, ada yang suggest rail pass nama Kansai Thru Pass, tapi bila kira2 memang tak sesuai untuk travel itinerary I. Especially kalau you

1.      Pergi dan balik dari Nagoya Airport tapi nak travel around daerah Kansai
2.   Tak jalan banyak tempat pun kat Kansai, i.e. tak hop from one city to another. Macam kami yang pergi Kyoto je. Kalau hop banyak city kat sini contohnya kat Osaka, Kyoto, Nara, Mie, Kobe, Hiroshima.. then that depends. Boleh guna sama ada Kansai Thru Pass atau Kintetsu Rail Pass pun boleh

Contoh itinerary kami.
-        Day 1: Nagoya-Kyoto with train, kalau naik shinkansen dah RM 160 gitu
-        Day 1-4: Jalan2 dalam Kyoto, guna train within the city dan bas, estimated belanja RM 90 guna Kyoto 2-day pass untuk Day 3 and 4, manakala Day 1-2 guna tiket satu2
-        Day 5: Kyoto-Nagoya with train, kalau naik shinkansen dah RM 190 gitu
Ni semua harga per person ok.


Tapi kalau harga Kintetsu rail pass ni hanyalah JPY 5700 = RM 188 per person. Haa takyah kira panjang2 la, tengok pun dah tau..one way perjalanan kami pun dah almost cover harga rail pass ni. 

Mana nak beli 

Boleh beli sebelum kita masuk ke Japan je. Kat Japan dah tak jual. Beli dekat JTB kat Amoda Building, building ni opposite Times Square je ataupun naik monorel berenti kat Imbi. I bawak kereta tapi parking dia mahall.. RM 5 sejam.


Dia akan dapat kad camni, tapi bila gambar ni diambik kad ni dah dikoyakkan sikit. Setiap bhgn kad ni boleh koyak untuk setiap perjalanan. Dekat JTB tu ada Kintetsu Rail Pass Wide je, maksudnya yang cover perjalanan dari airport ke bandar, sama ada dari Nagoya Airport ke Nagoya dan dari Osaka Airport ke bandar. Harga JPY 5700 = RM 188

Penting
  • Yang penting sekali bila bawak kad ni kat Jepun, kena tukar dengan tiket biasa. So please allocate time untuk tukar kad ni kepada tiket. Kena pergi ke kaunter tiket, jangan pergi ke kaunter guard dekat dengan turnstile. Kat Jepun tempat kita masukkan tiket lepas tu kita kena ambik balik tu kann ala2 turnstile tu..kat sana selalunya ada guard. Ada sekali tu kami nak cepat gila sebab takut termiss last train, insist jugak guard tu tukarkan tiket kami..lepas tu baru teringat kena pegi kaunter tiket..hehe. 

  • Lepas tu jangan lupa benda alah kad ni kena chop. Nampak tak belah kanan bawah tu, haa yang tu adalah chop pada travel pertama, untuk menandakan bila kita start guna kad ni. Pass ni ada validity 5 hari. 
  • Bila kita dah koyakkan bahagian kad ni dan tukar dengan tiket, bila nak lalu kat turnstile tu, kita takyah masukkan tiket tu dalam turnstile tu.. dia akan kasik error. Buat la camne pun dia tak kasik u lalu punya. You kena tunjukkan dengan guard yang jaga, dan dia akan bagi you lalu manually.  More info HERE
Cons

Ada beberapa cons tentang pass ni:

  • Train Kintetsu ni lambat sebab dia stop banyak tempat. Walaupun kita entitle untuk train Limited Express (maksudnya hanya berhenti kat stesen utama je), tapi tak sama dgn shinkansen. Contohnya, shinkansen akan travel Nagoya ke Kyoto straight, ambik masa 40 minit je. Tapi naik train Kintetsu ni 3 jam!
  • Depending on your itinerary, you may need to change stations. Dalam website dia ada bagi contoh itinerary kalau decide nak beli pass ni. Contoh itinerary ni paling ideal sebab tak payah tukar banyak sangat train. Contohnya Nagoya ke Kyoto is not an ideal route kalau guna Kintetsu sebab dia kena tukar at least sekali. Haritu kami kena tukar 2 kali, so memang tak senang duduk sebab ada satu pertukaran tu, masa antara train tu sampai dengan train seterusnya depart hanya 2 minit. Nasib la rupanya train tu tunggu..haha kiasu betul. Orang Jepun agaknya pelik tengok orang ni dah siap2 depan pintu macam Amazing Race, belum stop pun lagiii.. So advice is study map diorang and plan itinerary betul2. Link to contoh itinerary HERE
Time ni tengah tunggu train kat interchange station. Train station ni kecik je (Isenakagawa)

Train station nama Isenakagawa

  • Dia include 3 tiket Limited Express je yang ini kalau nak gerak dari satu bandar ke bandar lain. 3 tiket je! Kalau nak pergi banyak2 bandar, maksudnya kena beli la yang selebihnya. Macam kami pergi dari Nagoya ke Kyoto dan dari Kyoto ke Nagoya je so 2 tiket je guna. 
Pros

Kelebihan pass ni boleh baca sendiri kat website dia SINI ! Lagi satu kebaikan dia, train dia lawa, cantik, walaupun ada sesetengah train dia nampak buruk dari luar tapi kat dalam tiptop cantik dan selesa, seat besar macam saiz business class. 


3 comments:

  1. Kiranya klau Jm nk explore area nagoya je x perlulah beli kintetsu rail pass ni eh so klau nk travel around nagoaya then dari airport ke nagoya n wise versa apa cadanfan terbaik beli tiket d kaunter or ada one dsy pass ticket or ada cara lain utk guns tren dorang

    ReplyDelete
  2. Nk explore nagoya je rugi beli pass ni. My cdgn yg kalau airport ke bdr nagoya beli tiket satu2. One way harga dia 870 yen (kne tmbh 370 y lg kalau first class mcm nurin ckp kat atas). Xde pengurangan harga pun kalau beli tiket return terus. Kalau around nagoya, cadang naik megure bus hop on hop off. Satu hari tiket dia 500 yen, pastu boleh dpt diskaun lg utk admission fee kalau ada beli pass tu. Google meguru sightseeing bus

    ReplyDelete
  3. Slm knl..nk tya if sy dr kyoto ke nara then balik ke kyoto trus ke osaka berbaloi x amik pass ni??ke x prlu??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...