nurinkhairi: Jalan2 Kyoto/Nagoya: Pengalaman Air Asia ke Nagoya Airport

26 May 2014

Jalan2 Kyoto/Nagoya: Pengalaman Air Asia ke Nagoya Airport

26 May 2014
Akhirnya terbang pun kami sekeluarga ke Japan. Sekarang trend orang ke Jepun guna Air Asia sebab tgh murah especially route Nagoya. Sbb blog saya ni campur dgn my travelog, so saya nak kongsi in a few blog posts benda2 penting untuk sesapa yang planning ke Japan, particularly to Nagoya Airport. Later I share Kyoto pulak.

Lokasi

Nagoya Airport atau Chubu Centrair Airport, sebenarnya bukan terletak kat Nagoya. In fact it is about 40 km south of Nagoya. Airport ni sebenarnya terletak dalam town nama Tokoname dan dibina atas artificial island sebenarnya, jadinya sekeliling memang laut je.

Central Japan Airport atau Centrair, cam comel je nickname dia.. I like
Transportation

So bila dah sampai sini, kena plan time untuk keluar dari pulau tu pulak. Depending on your itinerary, selalunya org akan pergi Nagoya untuk pergi ke bandar2 Jepun lain. Selalunya jarang ke Nagoya sahaja, to me Nagoya has many attractions but not as awesome as other cities. Macam kami, pergi ke bandar Nagoya untuk ke Kyoto.

Mula2 kami mmg plan jalan2 Nagoya tapi terpaksa batalkan on that arrival day, mungkin atas 2 sebab utama: immigration lambat clear dan kami lapar so kena carik makanan so dah buang masa kat situ.

Ikutkan website japan guide, ada 3 cara going in and out dari airport ni: train, airport bus atau taxi (approx RM 450 one way naik taxi!! Ada berani?)

Kami naik train. Kat Japan ni memang biasa kalau satu2 bandar tu byk railway2 company, sama la macam kat KL ada KTM, Rapid, Monorail.. tapi kat line ni ada satu je company yang operate, iaitu Meitetsu Railways. Jenis2 train dekat railway ni pulak berbagai2: Local, Rapid, Express, dan Limited Express. Jenis shinkansen je yang takde ye. Beza utama jenis2 train ni ialah stesen mana yg dia stop i.e. berapa kerap train stop. Local train dia stop semua stesen manakala contoh mcm Limited Express, stop kat major stations je. Harga pun tentulah makin meningkat kalau makin express..

Please make sure aware earliest and last trains.. kami nyaris2 ingat terlepas last train bila balik dari Nagoya ke airport sebab sampai Nagoya 10.45 malam. Dah risau sebab naik taxi memang cost da bomb punya.. First train biasanya dalam pukul 5 pagi lebih, dan last train sebelum pukul 12 tgh malam. So kalau ada flight yang pelik2 masa arriving nye..ingat2 la ye untuk cek kang ada yang terpaksa belanja teksi pulak..haru.. Check timetable kat sini . 

Pastu on top of the berbagai2 jenis train dan kelajuan2 yang berbagai, ada pulak dia offer gerabak first class, namanya μ-SKY 
(miu sky) 

Perbezaan gerabak first class 
μ-SKY dgn gerabak biasa:

The whole train atau gerabak first class ada symbol μ

Dia siap remind lagi kalau train μ ni kena ada dua jenis tiket, nasib baik kami ternampak tulisan ni sebab kami dah siap masuk dalam train ni dah pun

- Kalau u guys ada beg sgt byk, lagi2 kalau beg jenis petak2 yg tolak tu, train first class ni ada tempat simpan beg yg khas



Gambar saya ambik waktu dari Nagoya ke Nagoya Airport, time ni dah nak sampai dan dah nak tengah malam so memang dah takde orang



- Manakala kalau bukan first class rupanya seperti gambar atas.. Ada je compartment kat atas, muat je letak backpack kami tapi of coz la tak boleh letak beg petak2 u guys ye..konfem jatuh. If u bawak beg besar satu je, ok je letak dekat dgn kaki ramai je org buat camtu. Dan mengikut perhatian, time yang kami naik tu (dalam tgh hari ke Nagoya), tak ramai sgt org so takdelah kena berhimpit
Camni je kami letak beg kat kaki, time ni waktu keadaan train waktu tengah hari, hari Sabtu. Akak kat depan pun letak beg petak dia kat kaki jerk
- Miu sky ni kena tambah 370 yen lagi on top of base fare. 370 Yen equivalent to approx RM 12. Byk tu taww, lagi2 if u ramai. Base fare ialah 870 Yen
- Gerabak biasa takde seat reservation, yg miu sky ada. No problem for us
- Train ride utk train yg gerabak dia semua miu sky adalah 28 minit. Yg train biasa ialah 37 minit. Takde beza sgt pun kecuali kalau sgt2 mengejar flight

Accommodation

Oleh sebab flight Air Asia balik ke KL adalah 9.35 pagi dan kena check in 3 jam sebelum, kami pilih utk tidur di hotel dekat dgn airport. Rupa2nya mmg dekat sungguh! Pulau ni selain ada airport, ada 3 hotel: Centrair Hotel, Comfort Hotel dan Toyoko Inn. Kalau tak silap Centrair yg paling dekat manakala Comfort dgn Toyoko opposite dgn hotel dan dihubungkan dgn overhead bridge. Nampak macam jauh jugak nak berjalan especially if u tgh mengangkut backpack berat mcm kami haritu, tapi bila kami turun dari overhead bridge to the ground guna lif, we found troli bersepah2 n no problem guna troli utk ke hotel. Toyoko Inn dalam 100-200 m from the end of the overhead bridge, manakala Comfort Hotel takpayah keluar bridge pun..at the end of the bridge, dia ada lif terus ke hotel lobby. Time tu agak hujan renyai2 so kami pun terpaksa la redah dgn beg n troli.. Total perjalanan dari train ke hotel dalam 10 minit je.

Pemandangan dari overhead bridge ke hotel


Close up sket..Toyoko Inn. Password wifi hotel sebesar gedabak tu: toyoko-inn.com
Lagi satu tips yang boleh saya kongsi, airport ni tak besar sangat jadinya lepas kami check-in, kami keluar balik dari airport, lalu overhead bridge dan balik ke hotel untuk makan free breakfast kat kafe..hehehe. That's how near the hotels and airport is! We took 20 mins to have breakfast pastu terus ke airport semula

Kemudahan di Nagoya/Centrair Airport



-          Tempat solat ada disediakan kat Nagoya Airport, tapi I tak check sebab bukan time solat bila I sampai


-          Nursing facility rasanya ada je merata2 di airport ni. Tak semua attractions di Kyoto yang I pergi ada tempat nursing, so aware ye kepada mommies yang menyusu badan. Yang saya perhatikan, tempat tukar nappy kebanyakan tempat attraction Kyoto ada, tapi dia terbuka bukan private dalam bilik so I is segan nak cuci2  bum2 cik Aisyah, senyap2 je gitu. Berbalik pada nursing facility di Nagoya Airport, I guna satu lepas security gate.. besar dan private. Sesuai untuk menyusu, saya guna bilik tu untuk mandikan cik Aisyah

-          Ada free wi-fi

Kemudahan yang takde di Nagoya/Centrair Airport

-          Restoran makanan halal tak pasti ada ke tak kat sini, tapi if you go to Nagoya train station, ada satu kedai nama Maharaja serve makanan halal, masakan India. Cara nak perginye kena pergi ke Nagoya Towers, bangunan ni bersambung je dengan train stationnya.. Pastu naik lif ke tingkat 12. Kemudian naik tangga dari tingkat 12 ke tingkat 13. Kat Nagoya towers ni banyak dia tulis list of restaurants available tapi tulisannya bahasa Jepun. Cari yang ada signboard with logo, you will find logo tulis Maharaja directing you to 13th Floor (13F)


-          Yang ni sapa yang pergi mesti kena tau, khususnya kepada yang bawak backpack dan check in as cargo. You guys yang nak pergi Japan mesti tau yang cara terbaik untuk simpan beg ialah guna coin locker..kat sana amatlah susah nak carik service menyimpan beg di train2 station contohnya. Dan malangnya coin locker yang besar untuk muat beg2 petak adalah jarang dijumpai, itupun kalau jumpa kemungkinan dah diambik orang. We were glad we bought a backpack sebagai beg check in, sebab memang takkan dapat simpan beg besar dengan coin locker besar yang almost non-existent dan cepat habis. Anyway, this is to let you know that there is no bag wrapping facility in Centrair Airport. Takde. Kat KLIA2 tu adalah. Jadinya, kami pasrah je melepaskan backpack yang tak berkunci dan tak berbalut (kami balut guna raincover yang disediakan as part of the bag) untuk check-in cargo. Kalau yang tak kisah takpela, tapi kalau kisah, cadangannya is to travel light and bawak carry-on bag je la. Lagipun kalau Air Asia setiap beg check in kena bayar RM 65 for one way kan? Mahal tu..
Immigration
Bersedialah untuk menunggu dengan lama di immigration sebab ramai sangat orangnya. Tambahan pulak bagi yang mengangkut baby, takde priority lane untuk kami2 ni ye. Tak macam waktu saya ke UK dan US dulu, ada lane khas sebab menunggu lama memang melenguhkan dengan baby kena angkat. Tak pasti you may be lucky during your time, but mine was not. We arrived in immigration on weekend morning, so mungkin a bit understaffed di situ
Boarding

My suggestion is please adhere to Air Asia's advice to be ready at boarding gate 90 mins before departure time. We arrived at departure gate 35 mins before departure time (ni sebab shopping2 di duty free dan mandi2 cik Aisyah) and we were among the last jugakla yang naik bas tu.. Nasib baik. Dia kena beratur naik bas untuk ke plane dan takde aerobridge2 bagai ye. So memang kena allocate time secukupnya :)

Sebab Air Asia ni baru je beroperasi dari Centrair Airport, jadi harap panduan ni useful untuk sapa yang nak cuti2 Jepun.

My following blog posts will include Kyoto guide, makanan halal, souvenir, more tips travelling with baby.. Please let me know if you have any other questions for now :)

8 comments:

  1. Assalam Nurin, Jm dpt tahu blog ni melalui blog gatambe me tu. So Jm terus terjah! Wahh Jm mmg suka baca blog yg penuh berinformasi ni dan Jm mmg suka travel tp belum pernah sampai d i nagoya. Lepas baca entri ni teruja plak nk ke sana. Keep on sharing coz Jm salah sorang reader blog ni :-)

    ReplyDelete
  2. Salam JM! Thank u sbb sudi lawat blog ni.. Nurin mmg suka travel, nurin ada anak kecik tp alhamdullilah travel not a prob so far. X abis lg tulis pasal info kyoto..keep on reading ye.

    ReplyDelete
  3. Assalam nurin.....hi JM...mana2 ai pegi u ada jer kan? Hahahah

    Nurin nak tanya sikit.....kalo ambik train dari airport ke nagoya train station, tpt sampai nyer meitetsu-nagoya kan? Jauh tak nak jln kaki ke tpt nak tukar JR pass? Saya ada tgk floor map nagoya station, mcm kena naik turun tangga/eskalator...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori ye lmbt reply. Ye rasanya kne naik eskalator dr meitetsu nagoya ke jr. Kene cross jalan lg sbb dia bgnn lain

      Delete
  4. Hai Liza : ahaks...JM Ada di mana2 kan....
    Itulah...JM nk jadikan blog Nurin ni sebagai guide utk JM ke Nagoya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx JM n liza. Sorry x sempat nk update lg so busy. InsyaAllah update soon

      Delete
  5. Salam Nurin

    Info yg amaaat menbantu! Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...