nurinkhairi: Jalan2 Kyoto: Makan bila travelling ke Jepun

01 June 2014

Jalan2 Kyoto: Makan bila travelling ke Jepun

01 June 2014
Hal makan ni ler benda yang I agak risau pada mulanya sebelum pergi sana..sebab kawan I siap warning kat sana memang susah carik makanan halal, siap quote lagi senang jumpa makanan halal kat Korea. Dia siap suggest tour guide yang siaplan semua transport, makan lalala..harga sorang RM 5000. What??!! Takpe terima kasih. 

Sebelum pergi pun ada baca satu blog (tak ingat dah blog apa) pasal dia bawak periuk nasik utk masak nasik kat sana. Kena keep in mind, voltage bekalan elektrik kat sana tak sama dengan kat Malaysia. Kat Malaysia 230/240 V tapi Jepun 110 V ok... Blogger tu cakap bila dia nak masak nasik tunggu sampai 2-3 jam baru masak nasik tuh, alamatnya hari2 lepas tu dia dah tak guna dah periuk tu. Kan rugi je bawak periuk bukannya besar. I baca pasal periuk nasik ni sebab memang I pembawak periuk nasik tegar bila travel ke negara2 susah dapat makanan halal ni. (Ni link post I ttg makanan halal waktu I pergi Houston last year) 

 So apa yang I buat untuk survive di Jepun? Actually kami siap ingat nak makan Herbalife utk bagi kenyang sebab taktau nak makan apa yang halal! Hahaha. Actually kawan I cakap even sushi pun kena berhati2 sebab ada yang campur alkohol. And I pulak jenis yang malas nak detour untuk carik kedai2 pastu nak masuk kedai tu tanya makanan apa yang awak ada yang takde pork, alkohol..adeh leceh betui kalau nak cakap dengan orang Jepun sebab cakap macam ayam dengan itik. 

Finally, I found out yang nak beli nasik dah siap masak dekat Jepun adalah senang, sesenang ABC:

Sebelum pergi

Bagi yang belum tau lagi, sekarang ni macam2 produk ayam/daging dalam peket/tin yang boleh beli kat supermarket. Ala2 makanan military la.. I tak suggest kita makan selalu sebab entah apa yang pengawet ke yang dia letak untuk bagi dia tahan lama dalam peket tu, siap tak payah nak sejukkan apa bagai. Tapi amat2 la berguna untuk travel macam kami ni.

Salah satu dari produk yang I suggest ialah Brahim's dalam peket.. ada rendang ayam, rendang lembu, ada ayam masak merah dgn carrot dan lain2. Tak banyak sangat pun choice dia, ada la dalam 5-6 variety. Pilihla. Kenapa I suka yang ni sebab dia ringan berbanding tin. Tapi kan peliknya I try carik ni kat Jusco, Carrefour..takde! Ni pun kebetulan my husband's friend cakap benda ni selalunya ada kat Cold Storage je. So bergegas la hari nak pergi tu ke Mid Valley pulak utk pergi Cold Storage. Harganya dalam RM 6.49 cam kat gambar tu la.



Yang kedua I suggest makanan dalam tin Adabi.. pun tak banyak variety. Yang tak bestnya sebab beg nanti jadi berat, so kami tak beli banyak, beli 2 tin je. Kalau korang bawak beg besar then takpela, tapi kami bawak backpack je. Yang best Adabi ni sebab portion dia sangat generous. Daging dia besar2. Harga pun tak mahal.. rasanya dalam RM 4 lebih je. Lagi satu sebab saya beli sebab dia tulis kat tin tu "tanpa pengawet". Betul ke tak wallahualam, tapi give me some assurance la jugak kan..beli je ler.  

gambar curik, gambar sendiri takde


Makanan dalam tin Yeo's ni kami beli last year waktu travel ke US dan UK. Lepas kami try Adabi, kami tak suggest dah yang Yeo's, sebab kalau korang perasan semua produk dia, contoh kari ayam, "dengan kentang". So dalam tu banyak kentang, tak generous sangat portion daging2 dia. My Hubby pulak tak berapa minat kentang dalam lauk ni (dia suka french fries tu suka la). So tak berapa value for money la. 


Finally, kami beli bubur nasik Knorr. Yang ni macam senang jugak nak jumpa. Kami beli ni kat AEON supermarket. Senang je nak makan ni amik tupperware, tuang content pastu tuang air panas and kacau2. Siap bubur nasik. Yang ni pun tak suggest la makan selalu ok.. Sebelum tuang tu, bentuk dia macam hablur2 putih, cam pelik bila dah panaskan pastu jadik bubur nasik pulak. Apa2 jela.. Anyway, yang ni kami selalu pek sebelum keluar hotel. Bila dah sampai destinasi kami carik tempat nak makan pastu bedall.. Selalunya tak sempat nak makan hotel pagi2 sebab kami selalu keluar awal untuk maximise time kat Kyoto sana. 


Masa kat Kyoto, Jepun

Semasa 5 hari kat sana, kami bawak 3 peket Brahim's (satu kena tinggal kat KLIA) sebab terletak dalam hand luggage hikhik, 2 peket bubur nasik dengan 2 tin Adabi. Bila balik kami tak habis satu peket Brahim's pun.. so tu maksudnya kami cukup makan la kat sana..hehe (nasib tak perlu mkn Herbalife hoho). Itu untuk makan 3 orang ye. 

So kat Jepun pada hari kedua misi mencarik nasik. Kat Jepun ni kedai convenience store dia (macam ala2 7 Eleven tu) ada di mana2 sahaja. Yang paling selalu jumpa ialah convenience store nama Family Mart. Ada jugak yang nama Lawson, dan of course 7 Eleven pun ada. 

Mula2 kami carik nasik kat Family Mart..ada memang ada on Day 1. Tapi portion dia agak kecik dan harga dia 100 yen ;ebih. Agak pelik la untuk nation yang makan nasik macam Jepun. Petang Day 2, carik kat Lawson pulak, tapi kami tak jumpa nasik kat Lawson. 



Ikut pengalaman kami, 7 Eleven tak senang sangat untuk jumpa.. Family Mart yang paling bersepah sekali kat Kyoto. Even waktu kami kat hotel di Kyoto, kami tanya orang di kaunter tourist information center dan pusing2 sikit baru jumpa.

 Akhirnya dapat la peket nasik yang dicarik2..di 7 Eleven! berkat baca Cari forum..kalau tak memang tak tau nasik ada jual pesen camni kat Jepun. 154 yen satu bekas, kami beli 4! Portion dia ok, tak kecik sangat macam yang kat Family Mart. Lepas makan sorang satu bekas pun dah kenyang, so kami simpan balance 2 untuk next day. Time kami makan ni dah petang, so memang sangat la lapar..seharian we feed ourselves on bubur nasik waktu pagi, pastu makan biskut2 dan roti gitu je.


Selalu kedai convenience store dia mesti ada microwave oven, mintak dia panaskan apa yang dibeli. Selalu dia kat belakang kaunter so jangan ler berani curik2 panaskan lauk bawak sendiri hahaha.


Cara panaskan paket lauk Brahim ni ialah masak air panas masuk dalam tupperware..pastu rendamkan peket Brahim ni selama beberapa minit. Pastu baru bukak paket dia..dan sedia dimakan. Yang dalam tin Adabi tu pulak kami tadah air dalam sink sampai penuh. Air panas okay.. Pastu rendam dengan tin2 sekali kat dalam tu, rendam lama sikit..

Ada satu tips yang I baca di Forum Cari lagi ialah, makanan2 ni kalau boleh beli di supermarket lagi murah dari convenience store. Yela macam kat sini ler bukannya kita beli stok makanan kat 7 Eleven pun kann.. mesti beli kat supermarket. Rasionalnya sebab lagi murah la. Masalahnya supermarket cam biasa la susah nak carik, sbb tu convenience store tu namanya convenience. Pada hari keempat baru kami jumpa supermarket nama Alfresco. Kami sajeje survey nasik dia.. 

172 yen untuk portion yang agak ok jugak. Besar sikit je dari kat 7 Eleven punya. Picture did not do justice on the sizes, sorry. 


Ada yang saiz kecik sikit harga dia 96 yen. 


Lagi satu kat sini air mineral pun lagi murah. Kami beli yang botol besar tu, selalu beli kat convenience store dalam 101 yen. Yang kat sini 89 yen je. 


Pastu my Hubby kata kopi jenama Maxim ni sedap sangat.. dia siap beli beberapa kali while we were there. Taktau ler rasa camne coz I tak gemar kopi tapi dengarnya sedap la..



Anyway, last sekali.. ni ada kawan my Hubby yang kasik. Ni phrase utk tunjuk kat orang restoran nak mintak makanan yang takde pork, alkohol dan berasaskan daging rasanya (ku tak paham tulisan Jepun so tak tau exact). We brought this just in case but we were glad we did not have to use this.. tapi harap2 berguna utk sapa2 yang perlu.


Harap dapat membantu sapa yang nak survive di negara Jepun ni okay.. We survived alhamdulillah :)

3 comments:

  1. Van Houten Cocoa tu sedap... Huh!

    ReplyDelete
  2. Sronok la bc crita awk..byk info yg mnarik...bestnya dpt jln2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...