nurinkhairi: Jalan2 Kyoto Japan: Tentang Solat

08 July 2014

Jalan2 Kyoto Japan: Tentang Solat

08 July 2014
Antara yang I fikirkan semasa rancang perjalanan musafir kat negara orang ni ialah: kat mana nak solat, sesuai ke bawak my baby kat situ, boleh ke bawak stroller etc, apa nak makan.. Kalau time breastfeeding my Aisyah pun fikir pasal nak menyusu camne, tapi mostly waktu my US dengan UK trip dulu (especially UK coz naik mostly naik public transport, tapi kat US kami sewa kereta), ada nursing poncho, and orang kat sana tak kisah je punn..



Pemandangan perkampungan di Arashiyama

Musafir kat negara bukan majoriti Islam kadang2 ada cabarannya. Sejak bujang I dah biasa solat kat mana2 je sebab suka berjalan.. kat taman, kat depan pintu orang lalu lalang (ni memang tak boleh elak tapi tak ingat kenapa desperate sangat sampai cenggitu), bawah tangga, belakang ATM when I was in Paris Airport, atas salji, even pernah sekali kat Spain kot, solat taman dekat dengan zoo. Bila dah habis solat baru perasan padan ler bau semacam rupanya ada zoo berdekatan! Yang paling common ialah my friends and I solat dalam nursing room (kena check kat dalam nursing room takde campur dengan toilet, kadang2 dia ada toilet sekali) dan dalam changing room kat retail outlets. Macam pelik je kan bawak baju banyak2 dalam changing room duduk lama2 konon try2 baju last2 tara beli apa2 hehe.

Ok, solat di Kyoto is pretty tricky if you are looking for a proper surau. Yang saya tau, ada satu je Kyoto Mosque yang berdekatan dengan bandar. Refer website ni for more details on the address and macam mana nak pergi situ. Dia boleh naik subway untuk ke station berdekatan, and lepas tu kena jalan sikit.. so you have to know your way jugak untuk ke sana. Mula2 ada plan nak singgah ke sana untuk Zohor/Asar tapi kebetulan when we were in bandar Kyoto, it was Monday. Somehow masjid dan pejabat dia tu tutup hari Ahad dan Isnin. Kalau nak pergi, kena contact earlier, so kami pun malas la sebab takut nanti plan2 tapi tak jadi sebab plan can always change.

  • OPEN : 12:00 PM - 06:00 PM (Tuesday to Saturday)
  • CLOSED : Sunday, Monday, and national holidays

So what did we do for solat?

  • All our hotels memang kami pilih close to main train station. We stayed in two hotels kat Kyoto..both memang sangat dekat dengan train station, one of them memang depan je dengan station: New Hankyu Hotel, Kyoto. The other is a ryokan (Japanese style guesthouse ala2 tido atas lantai dengan futon), nama dia Nishikiro. So selepas dah habis jalan waktu pagi, kami singgah balik hotel untuk refresh, solat, makan.. and then keluar balik
  • On our last day sebelum bertolak semula ke Nagoya, bila dah check out, we found an ideal place for solat and do our baby stuffs here: Isetan shopping centre dalam Kyoto Station, dekat bahagian baby changing/breastfeeding.
Breastfeeding room, I solat dalam bilik ni while my Aisyah tunggu kat dalam of course



My Hubby solat dalam bilik baby ni yang ada cot. Bilik ni pintu ada tapi dia tak boleh tutup, tapi dia selamba je lagipun tak ramai orang pun. The whole time we were there ada sorang je rasanya dgn baby dia. He prayed here sebab waktu tu I pergi toilet so he could not enter the breastfeeding room by himself 


Tapi kalau u takde anak kecik susah jugak nak utilize space ni.. mungkin boleh pergi changing room kat Isetan punya retail outlets la kot hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...