nurinkhairi: Perbezaan Harga Kitchen Cabinet Nyatoh, 3G dan Zen

01 July 2014

Perbezaan Harga Kitchen Cabinet Nyatoh, 3G dan Zen

01 July 2014
Fuhh..bersawang nya blog ni.. It turned out that laptop saya yang masih dalam warranty, rosak and it took them 1 month to repair. Takde mood langsung nak blog sebab takde laptop sendiri. Petang tadi baru ambik laptop, terus update!

Anyway, ni nak kongsi tentang perbandingan harga kitchen cabinet untuk kontraktor Maxime Sdn Bhd. Maxime ni branch dia dekat Puchong, dan dia ada partnership dengan syarikat interior design nama Dans De Design. Masa orang datang ukur rumah kami pun, orang Dans De Design yang datang. Kami ada query tentang material kayu nyatoh, dia kata ada.. Bila kami datang kat Maxime a week after that, dia kata takde.. so turns out Maxime takde jual, tapi kalau nak nyatoh, dia boleh quote tapi meaning dia jadi orang tengah la kot agaknya..sbb dia ambik dari Dans De Design.

Harga nyatoh dia memaaang meletop2 mahal berbanding material 3G dan Zen yang Maxime tu tawarkan. Mungkin salah satu sebab pasal orang tengah tu la.. Maxime ada offer material melamine, 3G dan Zen. Zen tu kira macam glass sikit..lebih cantik dan mahal sikit daripada 3G. Apparently 4G dia tak offer.. kalau survey2 kontraktor KC, saya tau ada yang offer harga 3G sama je dgn 4G (tak ingat dah sapa), so baik ambik 4G..lebih cantik.

Ni pelan kasar dapur saya yang disediakan oleh Maxime. Ada lagi banyak drawing in more details, which is not a map view, rather it is a pandangan dari depan la..tapi malas la nak attach banyak2 di sini. Sekadar bagi gambaran kasar how the quotation adds up. Maxime takde drawing 3D canggih2 yang dia offer ok..if you ladies are looking for that extra service too la.


Anyway, quotation ni include jugak dua buah almari - 6 kaki dan 5.5 kaki. Sebenarnya original quotation 8 dan 6 kaki, tapi sebab salah satu bilik tu macam tak sesuai letak 8 kaki (panjang sangat, menghalang laluan).

3G


Zen

Nyatoh
So tengok la berapa beza nyatoh dengan 3G dan Zen. Between 3G dan Zen, harga beza dalam RM 1000 je (Zen mahal sikit), tapi Nyatoh beza 10 kali ganda! Ingatkan kalau setakat beza sikit2 gitu boleh la jugak merasa nyatoh tapi takpe la. Oleh sebab dah bayar deposit RM 1000 maka kita continue je la kitchen cabinet dengan si Maxime ni with Zen material.

Lastly, baru kami tau yang terms of payment dia ialah 35% booking fees dan 65% payment (balance dia) upon signing final quotation. So can you actually believe that they were asking for 100% payment even before they start producing our kitchen cabinet??! Memang tak puas hati betul. Anyway, they have a credit card installment with some interest too.

Anyway..haih.. Kalau nak nyatoh, carik je la tukang kayu kat kampung!

Note: Banyak entry saya berkenaan dapur sebelum ni..click sini for more. Thanks for reading and keep coming back walaupun dah lamaaa tak blog!

4 comments:

  1. i punya kc nyatoh tp buat dgn org kampung...murah sikit drp quotation tu tapiiii sgt tak kemas org tu buat siap salah design lagi...nangis!!! baik buat dgn pro :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. i ingat pernah baca pasal kc nyatoh u..tu one of the reason i inspired nak guna khidmat kontraktor kampung je haha. lagipun my husband punya ex bos kat temerloh pun nyatoh dia guna kontraktor kampung jugak. tapi tak kemas kee..hmm..

      Delete
    2. oh lagi satu harga murah sikit je ke daripada quotation tu.. tapi quotation ni dah siap masuk harga 2 almari lagi! mungkin nana punya dapur keluasan lebih besar kot

      Delete
  2. Klau Jm rasanya belum mampu nk pasang nih :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...