nurinkhairi: Pintu Kitchen Cabinet MDF Board

15 July 2014

Pintu Kitchen Cabinet MDF Board

15 July 2014

Cantik tak kitchen cabinet design gini? I suka la..kaler putih pastu ada ala2 cam traditional English sket..huh...berangan je la tu. And it is not nyatoh, so I am imagining harga dia takde la da bomb sangat. First time memang berkenan la. Maaf gambar tak berapa good quality. Anyway, ni dekat IKEA.

Tapi jangan tertipu sebab nak design gini, coz rupanya material dia adalah MDF board. Apa tu MDF board? Mula2 I pun tak tau, tapi lepas kontraktor KC I pergi ukur untuk buat dapur, I found out that MDF ni jenis board yang tak begitu tahan lama. Contohnya dia akan kembang over time.

I did some  reading: MDF - medium-density fibreboard, is one of the types of fibreboard. It is made out of sawdust..yang habuk kayu tu, dia kumpul kan, pastu dia akan compress2, do some engineering, maka jadi la fibreboard. Medium density, high density bla bla tu ikut kepadatan dia compress tu la. Therefore it is relatively much cheaper berbanding solid wood, dan kualiti mungkin kurang. Lagi satu, produk MDF ni is manufactured using formaldehyde, and this product ialah pengawet. I remember time uni, formaldehyde ni untuk mengawet human remains pastu letak dalam botol.... It can cause cancer dan tak digalakkan untuk selalu dekat dengan formaldehyde and inhale the chemicals.

Jenis2 macam ala2 kayu kat IKEA ni yang pada mulanya saya berkenan ialah jenis: Lidingo, Stat dan Adel. Tapi bila tengok product info dia, semua tulis fibreboard. Product slip dekat IKEA, dia ada tulis MDF. 

And when I tried to compare the prices, surprisingly IKEA punya doors ni do not come cheap actually. To put things into perspective... gambar bawah ni ialah pintu dari range ADEL. Saiz dia 40x70 cm dan harga pintu ni sahaja ialah RM 200.


Yang gambar bawah pulak senarai harga one of the kitchen cabinet module. Harga pintu kitchen cabinet range Lidingo dia, saiz 60x57 cm ialah RM 200. Rupa Lidingo ni macam link ni. Actually gambar kitchen cabinet kat atas kalau tak silap pakai pintu2 Lidingo la.


And compare how much more expensive the doors are. If you refer my earlier post pasal quotation kitchen cabinet daripada my contractor, harga satu modul base unit 60x85cm, material 3G, ialah RM 195. Satu modul meaning campur pintu, carcass dan skirting for that particular base modul. Material 3G pulak tu. 3G is not too expensive tapi you get my point right..satu pintu IKEA ni boleh cover satu modul KC from standard kitchen cabinet contractor with better material. 

Kadang2 IKEA ada jugak mahalnya. Kena pandai survey dan compare harga.. I suka letak harga2 kat dalam my blog sebab banyak kali when I am out shopping barang rumah, saya akan refer my earlier post. Harap2 it is useful for others too :)

4 comments:

  1. Dapur IKEA mmg mahal. Tapi rasanya dia ada warranty smpai 25tahun. Lamaaa tu. Saya penah terbaca blog yg pakai dapur ikea, setiap 3 tahun kot, org ikea akan dtg rumah dan check condition cabinet kiter. Tu mmg sgt berbaloi jugak tu. Tapi tu la.. berganda mahalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uh..baru check ikea. Yela, ada 25 thn warranty! Menarik tu.

      Delete
  2. dulu sebelum buat KC, memang save gambo ikea ni! mmg jadikan inspirasi sbb suka kayu warna putih...ala2 english gitu...hihi

    ikea kena pandai pilih baru berbaloi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last2 awak dapat jugak kan KC putih kan? tak ingat sgt your cabinet nyatoh warna apa. tahniah. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...