nurinkhairi: Jalan2 Kyoto Japan: Travel Dengan Anak Kecik

04 August 2014

Jalan2 Kyoto Japan: Travel Dengan Anak Kecik

04 August 2014
Tips kat bawah ni rasanya sesuai untuk parents yang travel dengan anak kecik ke luar negara tak semestinya ke Jepun je. Especially kalau travel yang style bukan orang datang berjemput, makan bersiap, dengan tour guide bagai. However some of the tips below maybe more relevant to travel to Japan.

Sebelum tu, kalau sudi selak2 la entry I yang lama tentang travel with baby dekat LINK ni. Managed to share pengalaman travel with my daughter travelling with airplane, sorang dgn bas ekspres, sorang2 drive, and visa kanak2 ke US.

So, here goes.. what we could share on travelling with our daughter to Japan. My lil' Aisyah was almost 2 years old when we went there.

1. Itinerary - jangan terlalu padat, give some breathing space in consideration of your child

Bila dah ada anak ni somehow itinerary travel tak boleh vigorous macam dulu sangat. Kena scale down dan sesuaikan ikut kebolehan anak. I remembered when I was in Kyoto ni we had to catch trains la apa..we will pull Aisyah with all our big bags kadang2 tu, we saw her having to keep up with our pace, hehe kesian dia tapi dia kena belajar rough and tough macam mak bapak dia.. travel secara bajet memang gitu..hehe. But as I said, travel dah boleh vigorous sangat. I pernah terbaca blog akak Nori ni, dia travel ke Japan dengan family jugak but if I'm not mistaken anak dia dah besar2. Itinerary Japan dia punyaa la detail sampai ke tahap naik train dia list down semua train2 times yang available dekat dgn masa estimated dia dan duration of the train. I tried (very hard) to study as much possible like what she did..and indeed I did. Tapi bila sampai kat sana quite a few of my plans tak jadi! Secara kasarnya, base plan jadi.. contohnya hari ni mainly nak pergi mana. Tapi timing plan semua lari. Akibatnya, kalau satu hari tu plan nak pergi 3 tempat, last2 dapat pergi 2 tempat je and yang lagi satu kena push ke esok atau tak pergi langsung. On the last day, I nak pergi ada satu Museum of Traditional Crafts tapi realized that we can't accomodate sebab taknak rushing.

Walaupun kami pergi tak lama, alhamdulillah kami tak begitu rushing sangat sampaikan kena bangun awal2 pagi. Lagipun susah jugak nak kejut cik Aisyah awal pagi.. anyway, kami keluar dari hotel selalunya dalam pukul 8 gitu.

2. Good walking shoes untuk anak + socks/stockings



Tengok la kasut anak saya.. so dainty.. Pengajaran untuk travel kami yang akan datang. Walaupun dia takde komplen sakit kaki dsb.. tapi kami akan pastikan belikan dia kasut walking yang proper for her next trip. Kasut ni jenis Clarks, so mungkin agak selesa..tapi tu la, kalau baju dah comel, kasut pun kena la comel mak nya ingatkan...

Lagi satu, sebab sepanjang masa trip tu cuaca tak begitu panas atau sejuk..saya saja je pakaikan dia gaun tiap2 hari. The long stocking yang I bawak was a blessing. Stokin tu panjang sampai menutup lutut for my Aisyah, dan sangat membantu bila dia terjatuh, tak sakit sangat. Kadang2 dia terjatuh sebab berlari, kadang2 sebab we had to run to catch trains..tapi mostly kalau nak cepat kami dukung je dia. Sangat berguna stokin yang kami beli tu kira macam knee guard la..hehe.

3. Stroller tak digalakkan - invest in baby carrier kalau boleh

Japan cities, they are busy, ramai orang dan subway kena naik elevator atau tangga. Tambahan pula, banyak tempat2 menarik kat Kyoto yang stroller-unfriendly. Contohnya, kami ke Kiyomizudera temple, salah satu tempat menarik kat sana. Nak pergi ke sana kena berjalan kaki naik bukit yang agak curam.. bila dah sampai sana kena naik berpuluh2 anak tangga..

Aisyah in baby carrier di tengah ramai orang, cari la mana diorang hehe

My suggestion is to invest in baby carrier. Bukan saja berguna buat jalan camni.. even kalau jalan2 kat Malaysia pun berguna.. contohnya bershopping kat Jalan TAR! Betul tak?? Anyway, admittedly, our daughter is a bit too big being in this carrier dah sebenarnya.. but we had no choice. Ada ke choice lain selain stroller? Ada ke baby carrier untuk baby besar?? However, bila dia tidur, she was OK and she slept very well and we had a good walk.

Utara Arashiyama

Pencapaian paling lama berjalan setakat ni ialah di Kyoto ni, di mana kami berjalan hampir 5 jam di Arashiyama. Arashiyama ni adalah kira macam perkampungan sikit.. banyak pemandangan yang cantik2 kat sini. Kami sengaja avoid tourist places, oleh sebab tu kami start jalan dari bahagian utara Arashiyama menuju ke selatan. Ikutkan bila baca2, dalam 1-2 jam dah boleh sampai ke bahagian selatan, tapi entah macam mana..mungkin sesat, kami nak dekat 5 jam! Bahagian utara tak ramai sangat orang tapi selatan memang lautan manusia. We couldn't do 5 hours without a baby carrier - and of course, a good mild weather :) Kalau panas toksah cakap la, memang tak mampu.

Bahagian selatan Arashiyama which has more accessibility (trains) dan sangat ramai pengunjung, especially masa weekend

4. Tukar nappy

To be honest, I don't like changing nappy without water. Hanya dengan baby wipes. Macam biasa la kita. Tapi kena akur kadang2 kena tukar nappy masa tengah berjalan, takde toilet dsb.. Setakat ni yang paling hebat pun tukar nappy dekat taman, masa di UK dan di Kyoto. Tak pernah la pulak terpaksa kat situasi2 lain.. Yang tak best yang saya perasan di Kyoto ni (tak pasti bandar lain) ialah dia ada je facilities untuk tukar nappy, but it is not within closed doors. Bukan dalam bilik yang berasingan di mana kita boleh tukar nappy anak dengan senang hati sambil guna air sebanyak mana dalam sink. So, most of the times I had to do it sorok2.. Also, this is only applicable utk tourist attractions dan smaller facilities macam small train stations.

So, my suggestion is,  as always la.. bring baby wipes!

5. Barang untuk susu

How we feed her formula milk throughout our travel..



  • Milk dispenser for travel adalah wajib. There are better designs yang lebih space saving, macam yang kat bawah ni
sumber

  • We will upgrade our termos for our next travel. Sebelum ni dan sewaktu travel Jepun, kami guna termos with open mouth. Oleh sebab kami isi air panas mendidih kat dalam tu so that it will keep on warm for the rest of the day travel, we found a better solution untuk termos yang lebih senang untuk dispense dan elakkan daripada tumpah. Kena make sure yang termos tu pun tak berat sangat sebab kami angkut beg sepanjang hari.. selain barang baby, kami sumbat makanan, nappy, baju extra, shawl in case it gets cold, passport, travel info, tablet...

Finally, kat Isetan di Kyoto Station tempat terbaik kami lepak sekejap sebelum pulang ke Nagoya. Oleh sebab kami dah check out, we prayed there  , even did Aisyah's susu dan siap prepare makanan lagi. Kami ada packed food, pastu sini siap ada microwave oven so kami panaskan nasik and lauk ayam kurma untuk makan. One thing we will do in future ialah kami tak suggest makan packed food ni tiap2 hari kalau ada pilihan makanan halal yang senang dicari, sebab lama2 bosan jugak. 





2 comments:

  1. nice sharing..boleh jadi rujukan mummy di luar sana

    ReplyDelete
  2. alangkan bujang pon x larat... boleh byg kepayahan bwk baby... mesti byk cabaran...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...