nurinkhairi: Anak Masuk Taska - Pengalaman Kali Pertama

10 September 2014

Anak Masuk Taska - Pengalaman Kali Pertama

10 September 2014
Terlalu banyak perubahan dalam hidup saya sejak kebelakangan ni. Bermula dengan tukar assignment baru kat tempat kerja (daripada kuli saya kena jadi bos kecik, tapi gaji takde naik ye), lepas tu news about pregnant. Soon after my husband dapat pindah balik ke KL dari Temerloh dan berkhidmat di tempat kerja baru. Sekarang ni dah nak masuk rumah baru dalam a few more days, and bermulalah nanti episod my lil' Aisyah masuk ke taska buat pertama kali (my first ever experience). 

For first time, memang nerve wrecking. Semalam I jumpa pengusaha taska tu, banyak yang I tanya pada dia sebab tak sempat nak tanya kawan2 di office. I cuti 2 minggu sebab pergi bercuti, lepas tu tiba2 je kena pindah masuk rumah baru atas sebab2 tertentu. Sebenarnya bukan tiba2 dah plan pun from my husband cuma I ni masih terpinga2 lagi, maklumlah I kalau boleh nak jugak stay kat rumah mak - dekat sikit dari ofis.

Anyway, taska tu alhamdulillah sangat depan rumah sahaja. Waktu kami beli rumah tu, taska tu belum ada lagi pun. Even after talking to the pengusaha taska and she explained their concept etc, rasa seronok dan bersyukur dapat taska begitu. Harap2 my first impression tu will last long la. Yela selama ni asyik dengar cerita tentang taska yang tak bagus, anak kena dera etc.... huhu.

Taska tu:

  • Licensed under kementerian
  • Rumah dia corner lot, dia ada dua rumah, and the rumah that Aisyah will join will have 15 kids around her age. The pengusaha taska cakap ada je nurseri yang sampai 80 orang, ya Allah biar betul!! So memang bersyukur yang dia limit. Even she just expanded to 2nd house sebab utk menampung permintaan yg bertambah. Suka pengusaha yang tak berkira dan mengambil berat wellbeing anak2 kita
  • Ada cikgu tetap 2 orang, dan ada praktikal 3 orang
  • Setiap anak ada logbook masing2. Saya tengok sendiri logbook tu, dia ada record yang pukul berapa mak/bapak/wakil hantar pada pagi hari. Bila mandi, kalau cikgu ada nampak lebam2 etc dia akan rekod and terus call parents utk inform (very good so that takkan ada dispute!). Logbook tu ada masa2 dan berapa kerap makan, tukar nappy, susu, bila dia keluar jalan di luar, apa aktiviti dan apa yg dia belajar harini..sangat detail.
  • Bila parents/wakil ambik waktu petang, kena review and sign
  • Tak pasang aircond, sebab mengikut pengusaha taska tu, dia kata dia ada ikut kursus PBSM, just before she thought of installing the aircond, and what she found was, diorang tak galakkan pasang aircond because in that condition, if anak2 demam, you won't notice it immediately. I don't mind at all sebab mmg I pun tak galakkan my daughter ber-aircond, in fact I dont like it too
  • Mereka akan galakkan anak berdikari, contoh macam pakai baju, ambik barang sendiri or masukkan dalam bag. Konsep dia ialah, mak bapak pergi kerja..jadi dia kena tolong mak bapak dengan cara pakai baju sendiri etc. They are teachers yang will guide and train you, not bibik/orang gaji. Really like their concept
  • Pagi2 diorang akan buat aktiviti2 macam kutip sampah, belajar dengan nature, main sama2. I hope it is one step closer to Aisyah bergaul dgn rakan2 sebaya (bye2 playgroup)
  • Utk anak saya, registration fee RM 150 dan bayaran bulanan RM 300. OK ke harga camtu?

I am sure banyak je taska camni so excuse my excitedness hehe. Anyway, I was really anxious actually, even to the point of, baju apa dia nak pakai hari2, sesuai ke baju ni, botol susu ni OK ke..haha. Ni some checklist utk first time ke taska/nursery:

  • Baju 3 pasang
  • Nappy secukupnya - label
  • Barang mandian - shower gel, shampoo, berus gigi, ubat gigi, sikat (Aisyah tak suka ubat gigi lagi), towel - label
  • Susu, botol susu and teat - label
  • Powder - label
Oleh sebab rumah saya kat depan je, saya cadang nak kerja from home on the first day (or at least first 2 days) instead of cuti terus sebab takkan mak nye nak dok kat taska je..that will be counter productive. I hope that is a right move.

Excuse this mommy yang nervous tentang anak dia masuk taska :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...